Tuesday, November 27, 2012

Marah-marah sayang

My children both are brilliant, intelligent and very active. Kedua-duanya memang sangat curious dengan apa yang berlaku di sekeliling, nak try and error. Diorang susah nak duduk diam melainkan tengok tv cerita kegemaran atau ada permainan yang menarik perhatian. Kadang-kadang aku boleh lost temper dengan mereka terutamanya si abang bila lagi aku larang, lagi dia nak buat.
Kelmarin aku benarkan dia main kat luar rumah, sementara aku kemas rumah dan mop lantai. Beberapa kali aku dengar diorang dok buka pili air dan dok main air. Bila aku larang, dia tutup. Lepas tu dia buka balik, aku larang lagi dia tutup dan ulang balik. Aku yang kepenatan mop lantai terus jadi hangin grrrrrr.... aku terus panggil si abang, geram tahap gaban sungguh rasanya lalu aku rotan belakang dengan hanger sedas. Terus buat muka sedih. Tapi aku memang lost temper I yelled at him like crazy! Aku rasa sangat sakit hati bila dia tak endah aku dok larang.

"Bila mama kata JANGAN main air Faiz paham tak?" I yelled..
 Dia cuma anggukkan kepala sambil mata kemerahan.
"Habis tu kalau faham kenapa buat jugakk?" aku tanya beberapa kali...
"Tau tau..." jawabnya perlahan...

Menguji kesabaran aku sungguhla, rasa nak rotan lagi bila dia jawab tak tau.
Aku cakap nanti weekend ni nak hantar balik rumah tokwan. Biar duduk kat sana.

Huhuuu kadang-kadang diorang menguji kesabaran aku,
tapi bila tengok mukanya yang kesedihan kena marah tu, dalam dok geram tu, aku rasa bersalah dan kesian. Tapi dia harus tau yang aku marah. No means No! Pakar motivasi larang kita daripada kata No, shit what do you want me to say, pakar motivasi pun bukan semuanya betul.
Kena tegas baru diorang takut.

Anak-anak aku memang sangat aktif, tapi diorang takut kepada ibubapa dan orang yang melarang mereka jika kita serius larang. Sebab ada budak-budak yang tak boleh ditegur langsung, akan yell balik, syukur anak-anak aku bukan macam tu, they won't fight back.

I felt guilty after that, I love them so much, and I'm worry if that might hurt them emotionally.

Okay I got something for you today,
I love you both, hugs!!


Sunday, November 25, 2012

Jalan-jalan ke seberang...

Layan gambar kami ke seberang pagi tadi. Asalnya nak try masuk lebih jauh, tapi atas masalah teknikal, kami hanya round-round sekitar Danok sahaja. Hehe ngeri kan nama Danok. Jangan risau, yang tu sebelah malam. Pada sebelah siang hari, kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan kelihatan menjadi tumpuan para pelancong yang rata-ratanya warga Malaysia.



Banyak kedai pakaian, beg dan kasut.

 Order makanan siam, tomyam pedas tahap gaban, kerabu mempelam, kailan ikan masin, dan ikan siakap masak apa ntah namanya ni, cili api murah kot kat sini, berasap kepala!!!


Waaaa cili api merata-rataaaa!!!
 
 Pulut ayam

 Pekan Danok, Thailand

 Macam-macam jenis baju, tapi kami banyak window shopping aje, sebab aku dah biasa tengok barang-barang ni semua, jadi aku tak teruja sangat.

 Opsss.... kedai mercun dan bunga api! Lepas snap kena sound dengan mek siam tu, "no photo!!"


 dannn...

gambar budak kenit 2orang ni yang kena paksa tidur sebentar tadi, tu buat-buat tidur!



Friday, November 23, 2012

Harry Fearless

Hai guys...
aku bz memasak hari ni, masak laksa ala-ala laksa Teluk Kechai ehhehe...
by the way aku nak recommend page Harry Fear , wartawan berkulit putih yang sangat berani dan ikhlas dalam menyampaikan laporan yang telus mengenai perang di Gaza. Sebenarnya ia bukanlah perang, tapi pembunuhan beramai-ramai! Bagi aku, Harry merupakan seorang yang sangat mengagumkan, bukan semua journalist mampu melakukan sepertinya, mungkin ada tapi aku tak tau.
Aku berdoa agar Allah sentiasa melindunginya dan memberikannya hidayah. Aku percaya, Allah akan sentiasa menggerakkan hamba-hambanya dari seluruh dunia untuk membongkar kegiatan Yahudi, seterusnya menghapuskan mereka, seperti mana yang diceritakan Allah dalam Al-Quran, surah Al-Israa ayat 4-7.

Good luck Harry, may Allah protect you!

Thursday, November 22, 2012

It's Friday again!!

Today is paycheck day!!! yay!
Setiap hari jadi hamba duit, bekerja untuk mendapatkan duit, sedangkan kepuasan dalam kerja tak begitu ketara. Pergi pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang..... itulah kehidupan sehari-hari. I wish I'll be working in a more interesting field, itu lagi best nak pergi kerja setiap hari..but when eh??

Zaman belajar, tau perabih duit aje. Bila dah bekerja, baru tau susahnya nak dapat duit. Most of the time aku rasa sayang nak belanjakan duit aku, tapi at the same time aku beli apa yang aku sangat-sangat inginkan. Ada orang kata, buat apa lah nak sayang-sayang sangat duit, duit memang untuk digunakan. Ermmm, sesuai lah kata-kata itu untuk orang yang terlalu kedekut. Tapi buat orang yang telalu boros, duit simpanan juga penting untuk kegunaaan dikala kecemasan.

Well, kami sedang survey-survey untuk pergi jalan-jalan ke Hatyai. Amboi oversea wehh!! Hahhah dekat aje, negara jiran. Lagi dekat daripada aku nak ke KL nuh. Dan, tentu duit aku habis nanti...ahhh bila masa aku nak saving ni! Bila aje aku nak save sikit, mesti ada aktiviti. Tapi kalau takda aktiviti, boring pulak.

Weekend lepas aku agak bz sebab MIL, FIL and SIL, BIL hehehe semua datang ke rumah aku 2 hari. Walaupun dah kawen 7 tahun, bila mereka datang aku kena bersiap-siap keperluan makanan, tak boleh buat sambil lewa. Bagi aku, it's like a practical test. Bagi aku ini sangat penting bagi menantu perempuan di mana mereka harus jadi extra intelligent and hardworking when it comes to cooking, serving and entertaining their in laws ( aku ni menantu perempuan tunggal woiiihh hee). Jangan buat main-main tau, tapi kalau nak main-main juga, bersedia lah untuk kena condemn di kemudian hari. Tak salah kalau kita beringat kan.. ni yang aku kawen dah 7 tahun. Orang lain aku tak tahu. They are nice family, tapi sebagai menantu kita kena sentiasa peka. Did I pass the test? ehehe I never know haha...

oklah, see ya later..
ntah bila aku nak format lappy ni..

Tuesday, November 20, 2012

di antara kita...

Tengahari tadi kami ke kedai makan berdekatan tempat kerja, bungkus nasi dan minuman untuk dimakan dalam bilik. Panas sungguh masa berjalan kaki ke kedai makan. Aku pakai kasut, tak suka pakai sandal sebab nanti kaki aku ni togel dan jadi hitam heheh...

Ketika nak melintasi jalanraya dengan plastik makanan di tangan, kelihatan sebuah lori sampah yang sedang mengangkut sampah dari tong sampah depan kedai tadi. Ahhh... tak nampak pulak kereta di hujung sana, macam mana nak melintas ni, lepas tu kereta yang lalu lalang tak putus-putus pulak. Tercegat kami di tengah panas dalam 10 minit kot, tak boleh nak lintas. Semasa kami terjenguk-jenguk melihat kereta di belakang lori sampah, lori tu pulak terus bergerak dan berhenti depan kami untuk memunggah karung plastik yang diletakkan di tepi jalan. Dengan cuaca yang panas terik, dua orang pekerja kontrak itu mencampakkan sampah ke belakang lori. Tiba-tiba semasa karung terakhir dicampak, karung plastik terkoyak lalu terjatuh di atas jalan raya. habis terburai isi karung seperti sisa makanan yang berair dan macam-macam lagi. Aku ingatkan diorang akan terus tinggalkan sampah tu. Tapi terus pekerja tersebut memberi isyarat kepada driver supaya berhenti, jangan terus. Banyak kereta yang terpaksa berhenti di belakang lori. Kami berlima berdiri tercegat dalam kepanasan tak boleh nak lintas sambil memerhatikan mereka. Pekerja itu mengeluh kerana karung plastik itu sangat mudah koyak dan tembus.

Kami memerhatikan pekerja itu yang mengambil sekeping papan lalu mengutip balik sampah yang bertaburan di atas jalanraya. Kesian aku tengok, dengan kulit mereka yang gelap akibat sinaran matahari yang dihadapi setiap hari. Badan mereka berpeluh-peluh dan nampak kepenatan. Berapalah agaknya pendapatan mereka yang bekerja sebagai pengutip sampah. Bekerja dengan sampah sarap dan terdedah kepada kuman dan penyakit. Selepas itu bila lori bergerak mereka terus memanjat lori dan berpaut pada pemegang sambil berdiri tengah panas.

Kami terfikir sejenak... betapa bersyukurnya kami yang bekerja dalam keadaan selesa dalam aircond, tak payah kerja teruk-teruk di tengah panas matahari. Ya Allah, ampunkan kami kerana tidak bersyukur.
Sesungguhnya mereka melakukan pekerjaab yang mulia, yang kita sendiri tidak sanggup lakukan. Janganlah memandang serong kepada pekerja lori sampah, tanpa mereka, siapa yang nak uruskan sampah sarap hasil buangan kita?

Dan, aku berharap kita dapat membantu mereka dengan cara mengikat plastik sampah tu elok-elok. Gunakanlah plastik sampah yang berkualiti dan tidak mudah koyak apabila dipegang. Maklumlah, sampah tu berat. Bila diangkat, ianya mudah terkoyak kalau plastik tu jenis terlalu nipis dan murah. Kita kena lebih bertanggungjawab, janganlah asalkan lepas diri kita saja, orang lain pula yang susah. Apa salahnya sampah itu diikat kemas dan diletakkan ditempat yang sepatutnya agar mudah mereka mengambilnya. Kasihan mereka, penat dan panas kerana kita.

Monday, November 19, 2012

apa khabarmu di sana?


uhhh sakit hati aku dengan lappy aku yang slow ni, bukan aku tak mau update blog, tapi setiap kali nak upload gambar, terus jadi jammed. Ni aku guna Explorer instead of Mozilla Firefox. Layan je le gambar pasar pagi kat Pauh, Perlis, atau lebih dikenali sebagai Nat Pokok Getah. Nat tu adalah pasar pagi dalam bahasa kat sini. Nat pokok getah ni ada pada setiap pagi Ahad. Unik kan, jalan-jalan bawah pokok getah yang redup.


Dah lama tak ke sini, dekat setahun dah. Gerai tudung, cadar, baju, macam-macam adaa...


Redup aje, nak berjalan pun selesa....



My girl dah tak larat jalan, cuaca pun dah mula panas walaupun dalam pukul 10 pagi. Singgah makan kuey tiow sup siam, abah dan tokwan and the gang semua dok mana ntah hehe...tinggal kami berdua.

Thursday, November 15, 2012

donate....donate...

please...please help our brothers and sisters in Palestine...
though we couldn't make it in the battle field, but we can contribute some money to get some food and medicines.

please go to Aqsa Syarif Relief Fund.