Tengahari tadi kami ke kedai makan berdekatan tempat kerja, bungkus nasi dan minuman untuk dimakan dalam bilik. Panas sungguh masa berjalan kaki ke kedai makan. Aku pakai kasut, tak suka pakai sandal sebab nanti kaki aku ni togel dan jadi hitam heheh...
Ketika nak melintasi jalanraya dengan plastik makanan di tangan, kelihatan sebuah lori sampah yang sedang mengangkut sampah dari tong sampah depan kedai tadi. Ahhh... tak nampak pulak kereta di hujung sana, macam mana nak melintas ni, lepas tu kereta yang lalu lalang tak putus-putus pulak. Tercegat kami di tengah panas dalam 10 minit kot, tak boleh nak lintas. Semasa kami terjenguk-jenguk melihat kereta di belakang lori sampah, lori tu pulak terus bergerak dan berhenti depan kami untuk memunggah karung plastik yang diletakkan di tepi jalan. Dengan cuaca yang panas terik, dua orang pekerja kontrak itu mencampakkan sampah ke belakang lori. Tiba-tiba semasa karung terakhir dicampak, karung plastik terkoyak lalu terjatuh di atas jalan raya. habis terburai isi karung seperti sisa makanan yang berair dan macam-macam lagi. Aku ingatkan diorang akan terus tinggalkan sampah tu. Tapi terus pekerja tersebut memberi isyarat kepada driver supaya berhenti, jangan terus. Banyak kereta yang terpaksa berhenti di belakang lori. Kami berlima berdiri tercegat dalam kepanasan tak boleh nak lintas sambil memerhatikan mereka. Pekerja itu mengeluh kerana karung plastik itu sangat mudah koyak dan tembus.
Kami memerhatikan pekerja itu yang mengambil sekeping papan lalu mengutip balik sampah yang bertaburan di atas jalanraya. Kesian aku tengok, dengan kulit mereka yang gelap akibat sinaran matahari yang dihadapi setiap hari. Badan mereka berpeluh-peluh dan nampak kepenatan. Berapalah agaknya pendapatan mereka yang bekerja sebagai pengutip sampah. Bekerja dengan sampah sarap dan terdedah kepada kuman dan penyakit. Selepas itu bila lori bergerak mereka terus memanjat lori dan berpaut pada pemegang sambil berdiri tengah panas.
Kami terfikir sejenak... betapa bersyukurnya kami yang bekerja dalam keadaan selesa dalam aircond, tak payah kerja teruk-teruk di tengah panas matahari. Ya Allah, ampunkan kami kerana tidak bersyukur.
Sesungguhnya mereka melakukan pekerjaab yang mulia, yang kita sendiri tidak sanggup lakukan. Janganlah memandang serong kepada pekerja lori sampah, tanpa mereka, siapa yang nak uruskan sampah sarap hasil buangan kita?
Dan, aku berharap kita dapat membantu mereka dengan cara mengikat plastik sampah tu elok-elok. Gunakanlah plastik sampah yang berkualiti dan tidak mudah koyak apabila dipegang. Maklumlah, sampah tu berat. Bila diangkat, ianya mudah terkoyak kalau plastik tu jenis terlalu nipis dan murah. Kita kena lebih bertanggungjawab, janganlah asalkan lepas diri kita saja, orang lain pula yang susah. Apa salahnya sampah itu diikat kemas dan diletakkan ditempat yang sepatutnya agar mudah mereka mengambilnya. Kasihan mereka, penat dan panas kerana kita.
No comments:
Post a Comment