Monday, January 2, 2012

Again..what's new?


Yaaaa teruskan membeli belah....
aku telah membeli dua barang ni kelmarin, Safi Balqis Perfect 10 facial wash and eye cream...
murah aja eye cream tu M12.90 dan facial wash RM6.20. Nak pakai yang mahal-mahal tak cukup duit maa, pakai produk buatan Malaysia aje. Berkualiti apa!

Ya betul, orang perempuan memang takut bila usia menginjak, yang bermaksud semakin tua. Uhhh sensitif bila sebut tua ni. Hehehe, seperti kata penjual kosmetik, anda boleh bertambah usia, tapi anda tak perlu menjadi tua... err.. camtu ke?

Sebagai anak yang bongsu, bila aku mencecah usia 30-an, maka mak aku akan berkata,

"patutla mok dah tak larat, M umur 30 dah!"

Teringat aku ketika berada di kolej matrikulasi 10 tahun yang lepas. Masa tu aku rasa tak syokkk sangat. Sebabnya masa tu aku berumur 19 tahun dan nak menginjak ke 20 tahun! Rasa ngeri je. Sekarang ni bukan 20 tahun, tapi kepala 3 dah woi!!!

Masa adik umur setahun setengah, 2010. Uiks.... target umur 30 anak dah 3, ermm......



Sebenarnya muka tetap menampakkan usia seseorang. Part mana yang nampak tu? Hmmm part pipi dah nampak jatuh ke bawah. Mostly bila nak hujung 20-an, ianya semakin kelihatan. Bila senyum atau gelak, the wrinkles appeared noticeably.

The way you stare, you look and laugh. Itu menampakkan tahap kematangan seseorang. Macam aku ni ha, biasanya aku selalu kelihatan serius. Bila serius tu nampak tua la ehhehe. En. Habibi selalu suruh aku senyum bila nak tangkap gambar, tapi aku rasa makin payah nak senyum tak tentu pasal. Nampak macam dibuat-buat. Ya la, macam-macam yang difikirkan. Kalau sebelum kawen, enjoy memanjang, tak ingat dunia, you can laugh and cracking jokes. But things change when we grow up. You started to look at something from different point of view. We started to be an observer and think a lot. Ini pendapat aku la. Kerana aku ni asal usulnya amatla loyar buruknya, hehehe... tapi sekarang ikut keadaan la nak loyar buruk pun, kalau silap, boleh menampakkan kebodohan sendiri.

So, nak buat apa kosmetik ni? Ia adalah untuk menambahkan keyakinan diri. Memangla muka tang tuu jugak, tapi yang penting kita nampak segar dan harum! Tapi memang berbeza kalau kita tak jaga langsung kulit kita berbanding kalau kita jaga dengan sebaiknya.

Dulu aku tak pandai nak pakai bedak atau krim bagai nih, muka comot gila. Sekarang ni timbul keinsafan pulak bila tengok kadar pembaharuan kulit ni tak secepat waktu remaja. Lepas tu aku suka tengok kawan-kawan aku yang tepek bermacam-macam kat muka selepas diorang solat atau ketika nak keluar, dalam hati aku berkata dengan jahatnya, " Ler...tepek macam-macam, tapi tak elok pun.." kihkihkih.

Rupa-rupanya baru aku tau, bukan pasal elok tak elok, tapi pasal keyakinan diri. Orang akan lihat kita dengan pendapat berbeza, tapi yang pasti tuan empunya diri rasa konfident gila dah ehhehe... Pakai bedak yang nipis, blusher sikit dan lisptick sikit + spray perfume lembut, woww you look so fresh ! Laki kawan aku pernah menegurnya kerana dia langsung tak pakai apa-apa kosmetik. Maknanya hubby suka tengok kita touch up sikit-sikit, jangan over sudah la. Macam kita sendiri, ada ketikanya tak sanggup nak tengok muka sendiri di cermin, so apatah lagi orang lain? Bila terlalu tak jaga, orang akan kata, " Ni jenis yang tak ambik port langsung ni.." @
" ni jenis yang tak jaga langsung ni.." @ "pucatnya dia ni, bibir keriiiing je..bila gelak merekah terus".

Bagi aku sendiri le, aku takleh tinggal serum dan krim Safi Rania Gold. Serum tu aku pakai sejak April 2011. Biarla tak jelita macam Rozita Che Wan, yang penting aku sukaaaaa ehhehe!

Oh ya untuk orang lelaki pula, jangan mengambil kesempatan kerana anda seorang lelaki. Anda juga harus menjaga kebersihan diri dan selalu wangi. Mana aci kalau bini ke wangi, tapi laki adalah sebaliknya...ayyoooo!!!

No comments:

Post a Comment