Tuesday, January 3, 2012

Realiti atau fantasi?

Bila bersembang, adaaa je topik pasal filem ni.
What is so good about Ombak Rindu?

Yang aku baru tahu, novel Ombak Rindu tu best seller tapi aku tak ambil kisah pun. Maaf lah aku tak pernah baca, sebab aku bukan peminat novel. Aku hanya pernah baca beberapa buah novel je sepanjang hidup aku ni, iaitu yang pertama semasa aku berumur 9 tahun, aku baca novel Anak Din Biola. Kemudian ada la baca buku cerita pendek-pendek pasal kanak-kanak. Novel cinta pertama yang aku baca ntah apa ntah aku lupa nama dia, penulisnya Norhayati Ibrahim. Memang best cerita tu sampai meleleh air mata tapi aku tak sanggup nak peruntukkan masa aku membaca cerita yang merupakan rekaan semata-mata (ermmm... my brain is denying my heart :p )

Aku lebih suka baca buku yang berasaskan fakta, bukannya rekaan atau fiksyen. Aku rasa macam buang masa sebab ianya adalah khayalan penulisnya.

Kalau beli majalah pun, aku suka majalah pasal informasi seperti Pa & Ma, Wanita, Keluarga, Rapi dan sejenis dengannya. Kalau kat UKM dulu aku selalu beli majalah Massa, tapi sekarang dah tak ada dah (chehh nak kata intelek gitu wakakaaa!!). Aku juga suka tulisan Abdul Jalil Ali.

Bukan bermakna aku tak suka langsung semua novel tuh, tapi kekangan masa menyebabkan aku memilih untuk membaca bacaan yang realistik sahaja. Dan aku berazam untuk membaca sebuah buku seminggu. Aku baru beli sebuah buku pasal 25 Rasul pada 2 hari yang lepas. Aku harap aku akan membeli buku setiap bulan dan mendapat banyak pengajaran daripadanya.

Dan, pasal filem Ombak Rindu tu, aku tak pasti pasal apa yang diorang menangis meleleh-leleh ka panggung wayang. Kalau tayang kat TV mungkin aku tengok, tapi takde la aku nak pegi cari tengok pulak. Baik aku tengok cerita aksi Jackie Chan atau Transformer yang aku buleh faham cerita tu on the spot! Sebab aku banyak kerja lagi nak dibuat selain daripada mengadap TV atau novel. Dan yang aku tau, dalam filem Ombak Rindu tu ada adegan panas atau suam-suam di mana Aaron Aziz telah mencium tengkuk si cantik Maya Karin. Aku rasa tu kot yang menjadikan filem yang banyak ralat tu mencecah 10 juta ringgit.

Filem terakhir (tengok VCD, bukan kat TV) yang aku tengok adalah Da Vinci Code cetak rompak yang kualiti gambarnya adalah sangat rendah, dan aku juga kurang memahaminya sebab otak aku ni nak faham cerita yang mudah-mudah je. Oh..don't get me wrong,bukan aku tak suka filem, tapi aku tak ada MASA!

( maksud tersirat : aku malas! aku nak mudah, malas fikir banyak-banyak, I take it easy, aku straight to the point, aku jenis pantas dan nak cepat, baca novel lambat habis, baca majalah cepat habis, boleh camtu? aku lebih suka tengok gambar dan dengar audio.. lalaaaaaa)


No comments:

Post a Comment