Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Hari-hari tanpa gaji....

(Sebelum study, nak tulis satu entry dulu)

Kelmarin habibi dan aku cuti (aku memang cuti sebulan), jadi kami banyak uruskan hal-hal tergendala kelmarin. Pada mulanya aku rasa berat hati nak hantar budak-budak ni ke tadika, rasa sedih pulak sebab kami cuti. Tapi oleh kerana kami nak ke rumah baru buat kerja, maka tak sesuai la bawa diorang sebab banyak habuk, bising dan panas.

Pagi-pagi lagi kami ke JPN nak ambik IC yang aku buat bulan lepas. Rasa janggal pulak berjalan tanpa kanak-kanak dan tanpa yelling and screaming and shouting hehehe. Kat JPN tengok-tengok sistem down pulak, kena datang lain kali.

Masa keluar dari bangunan JPN, encik habibi tarik tangan aku dan dia pegang tangan sambil berjalan.. "Uwaahhhh.... romantik pulak sejak masuk 34 tahun nih... kihkihkih..." aku mengusiknya sambil tergelak. Hahaha bukan senang nak romantik nih. "Apsal pulak tiba-tiba romantik nih?" saja tanya soalan sengal hahaha... "Abih tu dok pegang anak je, masa sempat.." jawabnya hehehe.

Kami jarang nak duduk berdua sebab tak pernah sunyi daripada kanak-kanak. Kalau keluar ke mana-mana, mesti dok berkejaran dengan si adik dan si abang. Ke mana pergi mesti kami berempat. Mesti cuba sedaya upaya angkut sama.

Ada antara kawan-kawan yang akan mengambil cuti sehari dua tanpa anak-anak dan diorang menghabiskan masa berdua, tapi.... aku tak buleh buat macam tu, tak sampai hati aku, kesian diorang. Habibi pun sama, dia takkan tinggalkan budak-budak kecuali bila ada kerja penting. Kalau nak keluar dengan kawan-kawan dan tinggalkan budak-budak, memang jarang dibuatnya. Kecuali sekali sekala main futsal. Kami berempat sangat sinonim, macam irama dan lagu, ewahhh.....

Dalam kereta, aku rasa sunyi sebab tak dengar suara budak-budak, tak ada yang nak berebut duduk atas riba, tak ada yang nak panjat kerusi, tak ada yang nak bertekak, dan aku dan habibi tak payah nak jerit-jerit. Tapi rasa janggal pulak, kesian diorang kena tinggal. Ala, sehari je pun. Nak ke rumah baru cat grille. Aku pulak pergi jumpa supervisor dan bayar yuran kat Bank Islam. Selepas settle urusan kat UUM kami kembali ke rumah baru. Aku sambung kerja dengan mencuci tandas dan menyapu sampah dan habuk. Kata habibi, kami dah boleh mula angkut barang sikit-sikit.

Dan.. sekarang aku nak mula study... kalau aku dok di rumah tidur dan tengok tv, takda maknanya aku ambik unpaid leave sebulan, rugi woihhh......

Saturday, February 25, 2012

Ok darling tak mau paksa dah!!

Aku baru beli Colgate Plax mouthwash kelmarin. Aku cari Oral B mouthwash tak jumpa-jumpa, susahla cari brand Oral B kat Perlis ni.

Dan pada malamnya aku telah 'mengarahkan' habibi supaya gunakan mouthwash tu. Selama ni aku dok membebel-bebel suruh dia guna tapi dia tak mau, katanya nanti dia akan muntah.

Aku pun dengan kejamnya telah menyuruhnya berkumur dengan mouthwash sambil aku menunggu di pintu bilik air. "Ini satu arahan" kataku hehehe...

maka dengan terpaksa, encik habibi pun menuangkan mouthwash ke dalam bottle cap. Sebaik saja cecair mouthwash mencecah mulut, habibi terus termuntah habis keluar makanan yang dia makan masa dinner. Pada mulanya aku hanya tergelak. Jahat betul aku, masa tu Faiz dan adiknya pun gelak. Tapi nampak gayanya gelak tawa aku bertukar menjadi tangis apabila habibi muntah tak berhenti-henti sampai 20 minit sampai merah menyala mukanya huhuuu... nampak macam takleh breathing, macam choking. Waaaaaaa nyesal nyesal!!!!

Masa tu aku nak call one of his friends yang tinggal berdekatan sebab aku tengok lain macam je macam nak pengsan je. Tapi masa tu dia kata dia dah ok. Sambil menggosok belakangnya, sesekali aku marah sebab tak sangka nak jadi macam ni (huhuu bersalah sebenarnya).

Lepas tu dia duduk di kerusi dengan muka merah keletihan.

Huhuuu ok la darling, I won't force you anymore. Tak tau pulak sampai macam tu punya allergic kat mouthwash. Masa kat PPP Shah Alam pun katanya dia pernah muntah macam tu, sebab guna mouthwash kawannya.

Ok ok... lepas ni just jumpa dentist ok, tak payah guna mouthwash. Sebab aku sangat mementingkan kesihatan gigi, tu yang aku paksa dia semalam... huhuuuuu ok lepas ni tak suruh dah! sorry darling!

Thursday, February 23, 2012

Happy birthday darling!!!

(takde gambar lain daaa....lama tak keluar shooting)

zum geburstag fur dich!

Happy 34th birthday darling!!

today is your birthday, semoga panjang umur, sentiasa sihat, sentiasa sabar (as you are), sentiasa ceria, semoga dimurahkan rezeki, semoga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga, amin...

Dah 11 tahun aku kenal this wonderful guy, dan dah lebih 6 tahun kawen, thanks for everything dear hubby! Kenal sejak umur aku 18 tahun, sampaila nak masuk 30 ni alhamdulillah masih setia, cewahh.....

Sesuai la lagu tema For The Rest of My Life-Maher Zain tu hehehe....
lagu tema zaman bercinta pulak adalah lagu Kasih Kekasih-Inteam, dan semua lagu Inteam yang lain hehehe....

Pagi tadi aku wish happy birthday, dia macam terpinga-pinga hahaaa... tak ingat birthday sendiri la tu. Masa turun dari kereta, lepas salam-salam, aku wish lagi sekali dan dia hanya tersengih.

Aku kata " hari ni kita celebrate kena beli kek secret recipe, tapi abah yang belanja.." hehehheheh buleh tak macam tu?

PS :Sebenarnya aku tak pernah bagi hadiah sejak kawen pada habibi, dia pun sama, adil tak?
Anyway, happy birthday darling!

Friday, July 15, 2011

Thank you darling......

You are the best hubby in the whole world!!!!
thanks kerana sangat memahami...thanks for being so gentle :-)
You are a gift from Allah!


Gambar zaman muda....ketika masih slim hehe....anakku yang kecik sebijik muka hubbyku, cuma versi pompuan hehe....

Thanks kerana membenarkan aku pulang ke kampung....plan nak beli tiket balik jap lagi..insyaAllah....dalam hati 50/50 sebab kesian nak tinggalkan diorang 3 branak ni.....dalam beberapa minggu ni memang kalut tak sempat nak bersantai ngan diorang. Thanks hubby kerana tolong jaga budak-budak. Ketika aku ke kelas di UUM sepanjang setahun setengah yang lepas, mr hubby banyak membantu dengan menjaga budak-budak. Terima kasih kerana sentiasa sanggup membantuku dan memahami keadaan aku sekarang....ich liebe dich auch!

Thanks for being patient with me....
Thanks for never let me down....
Thanks for being nice...
Thanks for being my hubby :-p
Thank you...for loving me....(layan lagu Bon Jovi pulak...)
May Allah bless you and our family....amin..

Oh ya..untuk pulang malam ni, seperti biasa aku hanya berseluar trek dan t-shirt, dengan backpack je yang mengandungi baju sehelai dua..kadang-kadang orang ingatkan aku student UiTM Arau atau Unimap..chesss perasan muda hahaaa....doakan aku selamat pergi dan pulang.......
basss...tunggu akuuuu.....

** kali ini aku pulang tanpa Wan menanti kepulanganku di muka pintu..for the first time :,-( ...sedih nak tinggalkan anak-anak (ngan abah dia sekali )..dan sayu nak balik tengok 'bekas' Wan...Al-Fatihah...