Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Rumours?

Alhamdulillah.....
aku berasa sangat lega dan segalanya sudah selesai.....
thank you friends kerana memaafkan aku.....

segalanya bermula dengan misconceptions dan rumours!!!!!!
rumours telah merosakkan segala-galanya!

salah aku kerana cepat salah faham dan terburu-buru...

dan aku nak highlight beberapa perkara :

1) Jangan mudah percaya kepada khabar angin yang bertiup, selidik dahulu dengan bertanya kepada tuan empunya diri, JANGAN bertanya kepada orang lain, kerana secara tak langsung kita akan menyebarkan rumours itu dan menambahkan kebencian-->tanya direct ok!

2) Jangan kerana seseorang itu buat salah sekali, kita akan terus melabelkan dia sebagai bermasalah berkali-kali

3) Jangan ingat orang yang jenis kepala angin dan cakap straight forward tu adalah jahat, kerana mereka jenis extrovert, begitulah sebaliknya dengan orang yang introvert.

4) Jangan mudah menceritakan segala masalah dan syak wasangka kita kepada orang lain. Kerana ia hanyalah SYAK yang belum tentu kesahihannya.

5) Jauhilah daripada menyebarkan fitnah : FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARIPADA MEMBUNUH! Apatah lagi fitnah yang menyebabkan kebencian yang meluap-meluap. Bayangkan perasaan kita apabila kita difitnah, apakah perasaan kita bila semua orang membenci kita gara-gara difitnah?? Kalau kita berdosa dengan Allah, jika kita bertaubat Allah akan ampunkan, namun jika berdosa memfitnah manusia, dosa itu hanya terhapus hanya apabila kita meminta maaf dari orang tersebut, ngeri bukan? wallahualam....

6) Seseorang itu pasti mempunyai alasan sendiri kenapa dia berkata atau berkelakuan demikian... jangan buat assumption, tanya terus!!

********

Maafkan aku kerana buat assumption sendiri, aku patut tanya terlebih dahulu. Ya, kebenaran itu kadangkala pahit tapi kita terpaksa terima. Sekurang-kurangnya kita tidak hidup dalam syak wasangka terhadap orang.

So please you guys, kalau ada rumours yang bertiup ke telinga korang, aku mintak sangat-sangat, TOLONGGGGG jumpa dan tanya tuan punya badan..PLEASE! They won't harm you, they will appreciate it. Kalau perkara itu benar, mungkin dia boleh mengubah diri. Kalau perkara itu salah, memang sah-sah namanya fitnah dan mereka teraniaya. Apa yang berlaku mesti ada puncanya, jadi kita cari punca dan selesaikan dengan baik.

Rumours ni selalu ada, tak pernah padam, aku tertanya-tanya mengapa?

Korang tak pelik ke perkara yang sampai ke telinga korang tu buruk-buruk aje, semua jahat dan buruk dan negatif, nampak macam orang yang difitnah tu jahat tahap gaban punya? Tak pelik ke? Kalau semuanya jahat dan buruk, habis tu siapa aje yang betul?


Wednesday, February 15, 2012

Bila nak habih nihh....

aku puasa ganti hari ni....
bila nak habeh ni banyak sangat heeeee......
dan aku telah pun memohon cuti tanpa gaji selama sebulan...
aku nak buat siap-siap projek aku. Hee terketar-ketar aku jumpa 'tokey' nak mintak cuti. Aku slow talk aje dulu dan dia nampak ok je, cuma dia nak kena tanya husband dia dulu yang merupakan 'tokey' kepada 'tokey'.

Dan aku juga sedang dalam proses rundingan untuk menyelesaikan konflik. Petang ni rundingan terakhir. Lepas tu, aku malas nak campur hal sapa-sapa dah. Aku tak mau ambil tau hal sapa-sapa, tak mauuu!!!! Yang lepas biar tinggal sejarah. Tak apa, aku tak blame sapa-sapa, mungkin silap aku juga. Lepas ni aku mesti jadi extra-cautious.

bila cuti tanpa gaji, aku kena pandai-pandaila adjust duit aku yang lari sebulan.. isk isk...
hidup perlukan pengorbanan. InsyaAllah bulan 3 ni kami masuk ke rumah baru. Dan dalam pada tu, keadaan mungkin agak kelam kabut sebab lokasi dah berubah. Mungkin ini masa yang sesuai aku bercuti panjang. Lagipun kat rumah baru aku nanti lagiii dekat dengan UUM. Kalau dulu naik kereta 25 minit, kali ni mungkin less than 10 minutes. Dan dalam tempoh sebulan tu, aku boleh jumpa supervisor atau pegi library UUM pada bila bila masa!!!! dengan syarattt, aku kena bawak ketaaaaa!!!!!!!! Kereta dah ada cuma tunggu aku je ouchh......

semoga segalanya berjalan lancar... amin...

erm..... aku rindu Wan lah.....

Friday, February 3, 2012

Ada kursus daa...

Aku tak sempat update cerita...
sekarang sibuk ada kursus COPPA kat hotel kat sini. Angkut hubby dan anak-anak sekali. Padahal rumah dekat je, saja nak nak tido kat hotel.

Sekarang rehat sampai 8.45 malam. Lepas tu sambung bahagian Taxonomy Bloom pulak. Tenaga pengajar semuanya lecturer UUM. Nasib baik tak jumpa supervisor aku.

Projek master aku pulak terpaksa mintak guideline dari abang aku. Dia suruh chat ngan dia pakai Skype tapi aku tak sempat la. Esok tengahari baru habih kursus ni. Banyaknya benda dalam kepala otak ni. Tengahari nak pegi tengok rumah.

Okayla nanti aku update lain.

Sunday, January 1, 2012

2012!!

Ketika dentuman mercun dan bunga api kedengaran di ruang angkasa, aku dan anak lelaki sudah pun tidur. Walaupun ramai yang celebrate kedatangan 2012.
Bagiku, tak ada apa yang nak diraikan. Kerana aku masih hidup dalam kenangan. Sedih rasanya nak biarkan tahun 2011 berlabuh. Terasa semakin jauh aku dengan Wan. Terasa Wan pergi semakin jauh..dan jauh...

Tapi aku juga perlu lakukan sesuatu untuk masa depan. Aku harap dapat melakukan sesuatu yang significant tahun ni. Sebab aku boring dengan pencapaian aku. Nothing significant. Makan minum, makan minum, pejam celik, tidur, bangun tidur.....what's more? I didn't contribute something which is significant. Yes, I did many things but it didn't get any satisfaction. I get bored with my work. My work didn't reveal the maximum capacity of me. I want to do something more.

Hey, I am a active person, and sitting here reading books repeatedly is very boring! I want to meet people so I can improve my communication and the way I mix up with people.
I want to do something where I can move around and enjoy myself. Ermmm.. it seems like an aerobic instructor reflects me?

Pegawai Perhubungan is kinda interesting, or maybe I can do something with sport?
ahh...boring!!!! I wanna get out of this place, looking for a better job, with better prospects, which I can work full of enthusiasm and passion....
come on....give me a new job!
I'm looking forward.....

Wednesday, July 13, 2011

ISO 9001/2008 is coming......

Hari ini kalut menyiapkan segala fail untuk lawatan ISO minggu hadapan....sambil siapkan fail sendiri, admin mintak tolong tengok fail kat bilik fail...

alhamdulillah suara aku dah okey sikit hari ni walaupun masih rock macam suara ramli sarip....at least aku boleh membaca Al-Quran untuk Wan...hanya bacaan Al-Quran yang mampu aku hulurkan buat Wan tersayang......dah 9 hari Wan pergi...ketika masih ada bagaikan tidak terasa kehadirannya, ketika sudah tiada baru terasa kehilangan....sekejap je masa berlalu....tak lama lagi nak puasa...mak masih bersedih...

aku plan nak balik seorang weekend ni tapi tak pasti...orang account kata nak potong sekaligus gaji aku sebab banyak hari unpaid leave baru-baru ni...damned you! bagus la..potong...jangan tak potong...aku ingatkan potong sikit-sikit...tak beli biskut raya le aku...

nak beli baju raya pun takde mood sebab aku tak rasa nak raya langsung....tarikan raya dah berkurangan sejak Wan tiada...selalunya apa sahaja berita gembira, mak dan Wan la orang yang mula-mula sekali dicari untuk diceritakan....tapi....sekarang...nak bercerita pun malas....biasanya mak dan Wan la pendengar yang sedia....they are always by my side....Wan is always by my side....selalu backing aku ketika orang lain condemned aku...anak bapak...hehe....

Bila raya, aku selalu belikan baju untuk mak dan Wan..tapi Wan jarang nak pakai...dia sayang semua pemberian anak-anaknya..semuanya disimpan dalam almari..hujung tahun lepas aku ke Langkawi...kubelikan baju t-shirt tapi tak pernah aku nampak Wan pakai...bulan 5 lepas aku ke Melaka..kubelikan tshirt...tak perasan pakai ke tak...nak pakai macam mana, Wan dah jarang keluar rumah, letih katanya....setakat duduk dalam kereta pusing-pusing bandar bolehla....

Alhamdulillah....aku bersyukur kerana Allah memberikan kekuatan untuk mengharungi kehilangan yang memeritkan ini....memang sedih..tapi aku masih boleh terima dan aku tidak meratap....

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. (Ali Imran: 185).

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. (al-Nisa’: 78)

Kita pula bagaimana? Adalah sudah bersedia? Semoga masih berpeluang mencari keampunan-Nya...