Thursday, February 16, 2012

Rumours?

Alhamdulillah.....
aku berasa sangat lega dan segalanya sudah selesai.....
thank you friends kerana memaafkan aku.....

segalanya bermula dengan misconceptions dan rumours!!!!!!
rumours telah merosakkan segala-galanya!

salah aku kerana cepat salah faham dan terburu-buru...

dan aku nak highlight beberapa perkara :

1) Jangan mudah percaya kepada khabar angin yang bertiup, selidik dahulu dengan bertanya kepada tuan empunya diri, JANGAN bertanya kepada orang lain, kerana secara tak langsung kita akan menyebarkan rumours itu dan menambahkan kebencian-->tanya direct ok!

2) Jangan kerana seseorang itu buat salah sekali, kita akan terus melabelkan dia sebagai bermasalah berkali-kali

3) Jangan ingat orang yang jenis kepala angin dan cakap straight forward tu adalah jahat, kerana mereka jenis extrovert, begitulah sebaliknya dengan orang yang introvert.

4) Jangan mudah menceritakan segala masalah dan syak wasangka kita kepada orang lain. Kerana ia hanyalah SYAK yang belum tentu kesahihannya.

5) Jauhilah daripada menyebarkan fitnah : FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARIPADA MEMBUNUH! Apatah lagi fitnah yang menyebabkan kebencian yang meluap-meluap. Bayangkan perasaan kita apabila kita difitnah, apakah perasaan kita bila semua orang membenci kita gara-gara difitnah?? Kalau kita berdosa dengan Allah, jika kita bertaubat Allah akan ampunkan, namun jika berdosa memfitnah manusia, dosa itu hanya terhapus hanya apabila kita meminta maaf dari orang tersebut, ngeri bukan? wallahualam....

6) Seseorang itu pasti mempunyai alasan sendiri kenapa dia berkata atau berkelakuan demikian... jangan buat assumption, tanya terus!!

********

Maafkan aku kerana buat assumption sendiri, aku patut tanya terlebih dahulu. Ya, kebenaran itu kadangkala pahit tapi kita terpaksa terima. Sekurang-kurangnya kita tidak hidup dalam syak wasangka terhadap orang.

So please you guys, kalau ada rumours yang bertiup ke telinga korang, aku mintak sangat-sangat, TOLONGGGGG jumpa dan tanya tuan punya badan..PLEASE! They won't harm you, they will appreciate it. Kalau perkara itu benar, mungkin dia boleh mengubah diri. Kalau perkara itu salah, memang sah-sah namanya fitnah dan mereka teraniaya. Apa yang berlaku mesti ada puncanya, jadi kita cari punca dan selesaikan dengan baik.

Rumours ni selalu ada, tak pernah padam, aku tertanya-tanya mengapa?

Korang tak pelik ke perkara yang sampai ke telinga korang tu buruk-buruk aje, semua jahat dan buruk dan negatif, nampak macam orang yang difitnah tu jahat tahap gaban punya? Tak pelik ke? Kalau semuanya jahat dan buruk, habis tu siapa aje yang betul?


No comments:

Post a Comment