Selama ni aku jarang sangat buka channel 501 Astro Awani, sebab dok selalu tengok channel berita Al-Hijrah. Kadang-kadang aku tak tengok berita langsung kat TV sebab aku dah tau awal-awal kat Internet, selalunya kat forum la.
Sejak kejadian pesawat MH370 hilang, setiap hari aku tengok channel 501.
Kalau kat ofis aku bukak website dia.
Aku memang suka tengok kesemua wartawan dan pembaca berita Astro Awani.
Bagi aku, mereka sangat bijak, petah, analitikal dan dan hanya bertanya benda-benda yang relevan dengan topik. Selain itu, jika menemubual, mereka dapat membuat ulasan dan mengaitkan dengan soalan seterusnya. Aku biasa dok tengok rancangan kat tv lain, bila bersoal jawab dengan tetamu, selalu juga jawapan tetamu itu tamat di situ tanpa soalan berhubungkait lain yang lebih cerdik didengar, lebih-lebih lagi kalau temubual dalam bahasa Inggeris. Selalunya mereka akan terus ke soalan seterusnya tanpa kesinambungan yang analitikal. Aku dapat lihat yang ada segelintir pengacara atau wartawan tertentu kurang analitikal semasa membuat liputan.
Bila tengok Astro Awani, aku selalu cakapm wow hebat diorang ni, very intelligent dan jarang nak tersasul.
Aku pernah tengok satu rancangan tv ni, pengacara yang merupakan artis seolah-olah saling nak overcome pasangan pengacaranya, kesian pulak pasangannya yang tersasul-sasul. Bagi aku, pengacara dan wartawan kena banyak membaca dan belajar dengan mereka yang arif dalam bidang ni. Mungkin pembaca berita Astro Awani memang asal dalam bidang ni dah kot.
Aku perhatikan, pembaca berita Astro Awani menggunakan bahasa Melayu yang baik. Mereka juga boleh menguasai bahasa Inggeris dengan lancar, memang kagum ahh!!
Walaupun masih muda, tapi mereka sangat professional dan berbakat.
Hmm nampaknya sekarang aku dah beralih arah kepada siaran berita Astro Awani, bravo!
Sunday, March 16, 2014
apa yang sibuk sangat hah?
arrghhh...
dah la lama tak buat entry, aku baru mengalirkan kisah aku kat new entry ni tiba-tiba laptop restart.. grrrrr....
aku nak cerita pasal aku sibuk join car boot sale sejak kebelakangan ni.
Aku join je walaupun car boot sale untuk jual serum aku ni. Lebih kepada belajar selok-belok dan promote barang, bina network dengan carbooters yang lain, enjoy sebenarnya. Aku dah mula seronok buat biz ni dan aku dah ajak abang aku join sekali. Yang penting ia bukan MLM sebab bisnes ni berdasarkan jualan produk, bukan tarik orang jadi ahli.
Dan berita cuaca pulak, syukur alhamdulillah sebab kat sini dah hujan setelah berbulan-bulan kering kontang takde hujan.
Kebakaran berlaku sana sini sepanjang minggu lepas, risau aku sebab rumput garing gile, kalau baling puntung rokok memang mudah sangat terbakar. Ahli bomba pun tarik nafas lega la bila hujan sejak semalam sampai hari ni, sejukkkk dan nyaman je rasa.
Hari ni pulak first time sejak hampir setahun lalu, aku telah ambil EL! Kereta aku bateri kiok, mampuih kat simpang dekat rumah, Nasib baik dekat je beberapa meter dari rumah, dan hari ni hari Ahad jadi habibi ada kat rumah. Bateri tu last tukar tahun 2010, memang patutlaa....
mampuih tengah-tengah simpang tuh, malu aku blok kereta orang. Nasib baik ada seorang ajk masjid yang kebetulan lalu, dia tolok tolak kereta aku ke tepi, haishhh ingin je aku jerit panggil habibi sebab dekat je huehuee....
oklah, ada beberapa kerja rumah yang belum selesai nih....
tata

Monday, March 10, 2014
Rakaman kotak hitam
Takziah diucapkan kepada keluarga penumpang MH370 yang hilang tanpa jejak setakat ini.
Setiap hari aku tengok Astroawani online, takde berita terbaru pun, dok ulang dan ulang.
Kejadian ini meruntun hati seluruh rakyat Malaysia termasuklah aku, aku masih menunggu dan menunggu, walaupun bukan sanak saudara aku, tapi hati tetap sayu dan sedih.
Dalam pada dok tengok update kat internet ni, aku dengan gatal dan rajinnya telah google video rakaman kotak hitam kat Youtube, sekali terjumpa video simulasi serta rakaman kotak hitam deadly airplane crash di Indonesia pada tahun 2007, nama airlines tu Adam Air.
Apa yang aku nak cerita kat korang, selepas aku dengar audio perbualan pilot dan cockpit selama dua minit, aku dan kawan aku yang mendengarnya terus jadi pucat lesi dan ketakutan.
Gila ah menakutkan, 'deep impact' betol heee takuttt....
kata kawan aku yang sorang lagi, yang tu rakaman fake, tapi aku dengar macam real je dan menakutkan bila mereka melaungkan kalimah Allahuakbar.
Lepas tu aku google, pesawat Adam Air tu pun sama jugak kesnya, hilang dari radar macam MH370. Pesawat menjunam ke dalam laut dengan kelajuan tinggi menyebabkannya patah dua. Kesemua 96 penumpang termasuk anak kapal mati, innalillah...
rasa macam ngeri pulak naik kapal terbang ni, sebab tempoh panik sebelum mati tu lama dan menakutkan, ada masa untuk panik yang melampau. Hanya Allah saja yang tahu.
Dan ini rupanya kotak hitam tu, tak pernah hitam pun :p
Direkabentuk untuk tahan lasak sama ada terhadap hentakan, tekanan atau haba. Warnanya adalah jingga untuk memudahkan ia dikesan semasa proses mencari dilakukan.
Kejadian ini banyak mendorong kepada 'penggoogelan' ilmu berkenaan aviation, dan juga membuatkan aku takut nak naik flight walaupun beberapa tahun dah tak naik.
Semoga masih ada sinar untuk penumpang MH370, amin..

Thursday, March 6, 2014
Monday, March 3, 2014
what I see when I look into an old photo?
Hmmm...
aku sebenarnya suka memerhati dan sukakan sejarah. Walaupun aku tak ingat tarikh dan tau dengan jelas, aku menghargai sejarah, aku akan dengar dengan penghayatan.
Aku juga suka tengok gambar-gambar lama, gambar dahulu kala dan berfikir dengan gambar itu.
Ok sebelum tu aku nak copy paste sejarah pahlawan Kelantan, Tok Janggut :
PROFIL TOK JANGGUT
Nama Sebenar : Haji Mat Hassan Panglima Munas
Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.
Dok imagine cemano kalau jumpa Raffles ni dengan baju dia zaman tu hehehehe....
punyala imaginasi.
Aku juga suka tengok documentary pasal WW1, WW2, pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima, kisah landasan keretapi Burma etc... I'm so curious to know, and I appreciate those in history.
And now it's us who'll going to create our own history for our kids, it's gonna be a good one I hope, well, though my existence does not give much impact to the nation like Tun Dr M or Tok Guru, at least I'll be a beautiful history to my children and offsprings, amin...

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Biografi Ringkas
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat menyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
- cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun.
- cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun.
- kelapa sebanyak 3 sen setandan.
- sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka.
Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.
********************************************************************************
Ok,
boleh baca sejarah tu sampai habis.
Tapi aku juga ada terbaca bahawa jasad yang digantung itu bukanlah Tok Janggut yang sebenar, sebab menurut warisnya dalam artikel tu, Tok Janggut adalah seorang Melayu tulen, berwajah Melayu dan bukannya berwajah Punjabi seperti dalam gambar. Boleh tengok wajah yang dikatakan Tok Janggut kat link ini.
Menurut bacaan aku lagi, Tok Janggut yang sebenar telah melarikan diri ke dalam hutan dan menyamar dengan nama lain, wallahua'lam.
Ok back to the main topic, I wanna talk about what I see when I look into this kind of photo.
Menurut Wan, semasa jasad Tok Janggut digantung di Padang Bank, ayahnya iaitu atuk aku turut serta beramai-ramai pergi melihatnya pada Mei 1915. Nama atuk aku Wan Mat Amin.
Tahun 1915 tu Wan belum dilahirkan lagi.
Bila aku tengok gambar tu, aku akan tengok pokok, tengok sungai, tengok langit dan terbayang-bayang keadaannya seperti video iaitu seperti reality.
Aku terbayang atuk aku dok buat apa, nenek aku buat apa (meniaga jual jaga), dok junjung air dari sungai ke, dok bersawah ke, cemana dressing diorang, diorang makan apa, imagine diorang tak pakai selipar, adakah diorang kecek kelate macam aku atau macam siam heheheh. Masa tu belum ada jambatan, jadi aku imagine cemana atuk aku seberang sungai dengan sampan. Jauh betul imaginasi aku, sebab tu aku selalu perhatikan gambar lama.
Macam jugak aku tengok cerita P Ramlee ke, mesti aku dok imagine, Ooo masa ni tahun 1960-an ni mak dan wan dok buat apa kat Siam ye ( Wan dulu mandur ladang getah kat Siam). Saat yang sama dalam cerita tu, aku terbayang Wan jugak dok buat apa pada masa yang sama, with the same sunray and moonlight, what were they doing?
Selalu aku imagine camtu bila tengok gambar atau cerita lama. I miss them actually, I miss the good old days.
Aku penah download Google Earth kat pc. Aku zoom sampai nampak bumbung rumah dan jalan depan rumah. Masa tu Wan dah meninggal, tapi Google Earth tu tunjukkan data yang diambil ketika Wan masih ada. Bila aku tengok bumbung rumah, terus imagine, ohh.. masa ni Wan ada dalam rumah sedang buat apa ya...sedih pulak macam tu.
Kalau zaman sekolah dulu dok tengok gambar sejarah tingkatan 3, gambar Sir Stanford Raffles
Dok imagine cemano kalau jumpa Raffles ni dengan baju dia zaman tu hehehehe....
punyala imaginasi.
Aku juga suka tengok documentary pasal WW1, WW2, pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima, kisah landasan keretapi Burma etc... I'm so curious to know, and I appreciate those in history.
And now it's us who'll going to create our own history for our kids, it's gonna be a good one I hope, well, though my existence does not give much impact to the nation like Tun Dr M or Tok Guru, at least I'll be a beautiful history to my children and offsprings, amin...
Syarahan Perdana bersama Ustaz Kazim Elias
Moh la kite berame-rame malam nih!
Kita pi dengaq ceramah Ustaz Kazim Elias kat Dataran Budaya, Universiti Utara Malaysia.
Bawah satu family, ajak sanak saudara atuk nenek jom!
Saturday, March 1, 2014
hai guys
hai..
err... dok tengok entry aku bulan lalu sangatla sikit, purata sekali dua je seminggu aku buat entry.
Tapi bulan lepas memang aku sibuk pun. Sebab dalam masa yang sama aku start buat business. Sekarang ni dah ok, dah back on track. Biasala nak adjust kan dengan hal aku.
Aku belum beli lagi Majalah Harmoni bulan Mac, Mingguan Wanita pulak 28 Februari, nak tengok nama aku kat senarai stokis Serum Biowhite Collagen Panacea Beauty hehehhe, tak sempat nak beli.
Nak keluar dengan habibi pun susah skang ni, bz macam selebriti gayanya huhuuuu.... dalam tempoh mahgrib ke atas tu tak boleh nak date dengan dia, sejak jadi AJK masjid ni. Dulu lepas maghrib boleh lepak-lepak kat kedai makan, ohh takpelah, mengejar akhirat pulak, maklumlah dah makin tua. Selalu gak pukul 10 lebih baru balik. Aku apa lagi, online la keje aku sambil main dengan budak-budak ni.
Semalam aku ajar main mainan zaman aku budak-budak tu dulu, aku panggil lompat tali, tapi kat sini diorang panggil main tali zailofon. Aku beli getah satu plastik dan dok anyam jadi 2 tali untuk dua orang budak ni. Diorang enjoy bukan main, sampai berpeluh-peluh merah muka. Mula-mula aku demo dulu, haa sakan kan aku, dah jadi macam cekgu tadika.
Bagi aku bagus jugak main benda ni, sihat, dengan aku sekali berpeluh. Esok aku suruh dia ajak kawan-kawan main, lepas tu aku suruh dia bawak getah tu sekolah, err boleh ke? hehehe sebab zaman aku sekolah dulu boleh je, cikgu tak marah pun.
Kelmarin ingat nak pegi vaksin Mama Meow dan Hachiko, tapi habibi ada hal lain pulak. Postpone.
Kelakarla Hachiko, suka mengekor aku, bila aku mengemop lantai dalam bilik, dia ikut, bila aku masuk toilet basuh mop dia ikut, aku pegi ruang tamu dia ikut. Pastu semalam masa aku jenguk bilik budak-budak ni, nampak dua-dua budak ni dah tidur, si Hachiko ni tido atas lengan si abang.
Kat sini ada persatuan pencinta kucing yang terdiri daripada students dan staff. Aku cuma provide info je, kucing yang mana sakit, kat mana etc. Aku takde la fanatic dengan kucing ni, tapi bila jumpa kawan yang sama-sama minat tu jadi bertambah minat.
oklah, nanti aku cuba pikir nak tulis pasal apa dalam entry akan datang.
bye

Subscribe to:
Posts (Atom)