Monday, March 3, 2014

what I see when I look into an old photo?

Hmmm...
aku sebenarnya suka memerhati dan sukakan sejarah. Walaupun aku tak ingat tarikh dan tau dengan jelas, aku menghargai sejarah, aku akan dengar dengan penghayatan.
Aku juga suka tengok gambar-gambar lama, gambar dahulu kala dan berfikir dengan gambar itu.
Ok sebelum tu aku nak copy paste sejarah pahlawan Kelantan, Tok Janggut :


PROFIL TOK JANGGUT

Nama Sebenar : Haji Mat Hassan Panglima Munas
Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.
 
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
 
Biografi Ringkas

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat menyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
 
  • cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun.
  • cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun.
  • kelapa sebanyak 3 sen setandan.
  • sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka.
 
 
 
Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.
 
********************************************************************************
 
Ok,
boleh baca sejarah tu sampai habis.
Tapi aku juga ada terbaca bahawa jasad yang digantung itu bukanlah Tok Janggut yang sebenar, sebab menurut warisnya dalam artikel tu, Tok Janggut adalah seorang Melayu tulen, berwajah Melayu dan bukannya berwajah Punjabi seperti dalam gambar. Boleh tengok wajah yang dikatakan Tok Janggut kat link ini.
Menurut bacaan aku lagi, Tok Janggut yang sebenar telah melarikan diri ke dalam hutan dan menyamar dengan nama lain, wallahua'lam.
 
Ok back to the main topic, I wanna talk about what I see when I look into this kind of photo.
Menurut Wan, semasa jasad Tok Janggut digantung di Padang Bank, ayahnya iaitu atuk aku turut serta beramai-ramai pergi melihatnya pada Mei 1915. Nama atuk aku Wan Mat Amin.
 
Tahun 1915 tu Wan belum dilahirkan lagi.
Bila aku tengok gambar tu, aku akan tengok pokok, tengok sungai, tengok langit dan terbayang-bayang keadaannya seperti video iaitu seperti reality.
Aku terbayang atuk aku dok buat apa, nenek aku buat apa (meniaga jual jaga), dok junjung air dari sungai ke, dok bersawah ke, cemana dressing diorang, diorang makan apa, imagine diorang tak pakai selipar, adakah diorang kecek kelate macam aku atau macam siam heheheh. Masa tu belum ada jambatan, jadi aku imagine cemana atuk aku seberang sungai dengan sampan. Jauh betul imaginasi aku, sebab tu aku selalu perhatikan gambar lama.
 
Macam jugak aku tengok cerita P Ramlee ke, mesti aku dok imagine, Ooo masa ni tahun 1960-an ni mak dan wan dok buat apa kat Siam ye ( Wan dulu mandur ladang getah kat Siam). Saat yang sama dalam cerita tu, aku terbayang Wan jugak dok buat apa pada masa yang sama, with the same sunray and moonlight, what were they doing?
Selalu aku imagine camtu bila tengok gambar atau cerita lama. I miss them actually, I miss the good old days.
Aku penah download Google Earth kat pc. Aku zoom sampai nampak bumbung rumah dan jalan depan rumah. Masa tu Wan dah meninggal, tapi Google Earth tu tunjukkan data yang diambil ketika Wan masih ada. Bila aku tengok bumbung rumah, terus imagine, ohh.. masa ni Wan ada dalam rumah sedang buat apa ya...sedih pulak macam tu.
 
Kalau zaman sekolah dulu dok tengok gambar sejarah tingkatan 3, gambar Sir Stanford Raffles
 

Dok imagine cemano kalau jumpa Raffles ni dengan baju dia zaman tu hehehehe....
punyala imaginasi.

Aku juga suka tengok documentary pasal WW1, WW2, pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima, kisah landasan keretapi Burma etc... I'm so curious to know, and I appreciate those in history.
And now it's us who'll going to create our own history for our kids, it's gonna be a good one I hope, well, though my existence does not give much impact to the nation like Tun Dr M or Tok Guru, at least I'll be a beautiful history to my children and offsprings, amin...
 
 
 

No comments:

Post a Comment