Monday, March 10, 2014

Rakaman kotak hitam

Takziah diucapkan kepada keluarga penumpang MH370 yang hilang tanpa jejak setakat ini.
Setiap hari aku tengok Astroawani online, takde berita terbaru pun, dok ulang dan ulang.
Kejadian ini meruntun hati seluruh rakyat Malaysia termasuklah aku, aku masih menunggu dan menunggu, walaupun bukan sanak saudara aku, tapi hati tetap sayu dan sedih.
Dalam pada dok tengok update kat internet ni, aku dengan gatal dan rajinnya telah google video rakaman kotak hitam kat Youtube, sekali terjumpa video simulasi serta rakaman kotak hitam deadly airplane crash di Indonesia pada tahun 2007, nama airlines tu Adam Air.
Apa yang aku nak cerita kat korang, selepas aku dengar audio perbualan pilot dan cockpit selama dua minit, aku dan kawan aku yang mendengarnya terus jadi pucat lesi dan ketakutan.
Gila ah menakutkan, 'deep impact' betol heee takuttt....
kata kawan aku yang sorang lagi, yang tu rakaman fake, tapi aku dengar macam real je dan menakutkan bila mereka melaungkan kalimah Allahuakbar.
Lepas tu aku google, pesawat Adam Air tu pun sama jugak kesnya, hilang dari radar macam MH370. Pesawat menjunam ke dalam laut dengan kelajuan tinggi menyebabkannya patah dua. Kesemua 96 penumpang termasuk anak kapal mati, innalillah...
rasa macam ngeri pulak naik kapal terbang ni, sebab tempoh panik sebelum mati tu lama dan menakutkan, ada masa untuk panik yang melampau. Hanya Allah saja yang tahu.
Dan ini rupanya kotak hitam tu, tak pernah hitam pun :p


Direkabentuk untuk tahan lasak sama ada terhadap hentakan, tekanan atau haba. Warnanya adalah jingga untuk memudahkan ia dikesan semasa proses mencari dilakukan.
Kejadian ini banyak mendorong kepada 'penggoogelan' ilmu berkenaan aviation, dan juga membuatkan aku takut nak naik flight walaupun beberapa tahun dah tak naik.
Semoga masih ada sinar untuk penumpang MH370, amin..

No comments:

Post a Comment