Sunday, February 5, 2012

when I write....


sebenarnya hari ni hari ketiga kami 4 branak berkampung di rumah baru...
rumah masih under construction, tengah cat grille....
letrik dah ada cuma tak ada air je, terpaksa bawa air dari rumah, atau solat kat masjid aje.

Aku dapati toilet wanita kat masjid tu kurang memuaskan, rasa geli pun ada bila masuk. Macam tak ada orang cuci je. Aku ni jenis yang tak buleh tengok jamban kotor, jadi aku tolong cuci kelmarin. Sebelum tu dah beli clorox dan Ajax. Waktu petang kelmarin orang tak ramai, jadi aku jadi cleaner sekejap. Walaupun lantai tu tak bersih sepenuhnya sebab tak sempat nak biarkan larutan clorox tu meresap lama-lama, at least bersih la daripada sebelumnya.

Aku ni memang sejak dulu lagi tak buleh tengok toilet kotor. Masa aku duduk kat rumah sewa di tahun akhir pengajian, boleh dikatakan aku cuci toilet setiap hari! Masa mula masuk dalam rumah tu, aku agak terkejut melihatkan keadaan toilet yang macam *%#@@#$$ !!! Tak paham aku camna la diorang boleh duduk atas toilet macam tu, tak lekat bakteria e-coli kat punggung ke??? Padahal yang duduk kat rumah tu orang cerdik dan alim belaka..isk isk misconception daaa.... Bukan banyak pun modal nak cuci, setakat beli berus jamban, lepas tu kalau nak jimat tak mau beli pencuci jamban, beli aje clorox jenama tak glemer tu, RM3 dah dapat 2 botol. Kalau nak wangi beli lagi satu jenis Ajax Fabuloso. Ini bau ntah apa-apa, lagi teruk dari bau longkang, ei gelii geliii!!!!

Aku judge orang melaluinya keadaan toiletnya! Bukan nak kata aku ni bersih sangat, tapi aku geli kalau toilet tu busuk dan kotor. Lagi-lagi kalau lantainya berlendir, uwekk!!! Kaler lantai tak kisah sangat, asal bersih. Bila aku masuk public toilet yang menyakitkan hati, kadang-kadang aku rasa macam nak jadi penyelia toilet aje, nak cuci bagi bersih dan wangi. Yang pengguna ni macam-macam hal, tak reti flush!! Gila betul, memang jenis tak bertanggungjawab langsung. Orang macam ni memang hampeh, jenis buat kerja tak selesai, terus tinggal dan menyusahkan orang, aku rasa macam tu la realitinya pun. Yang jenis tarik flush sampai patah pun aku rasa heran juga, apahal tarik kuat-kuat gila-gila punya? Tak reti nak jaga harta benda awam ke? Lepas tu buang tisu dan pantyliner merata, kelmarin aku kutip pakai kaki aje, geli! Teruk betulla depa ni... ahh panjang pulak aku membebel pasal toilet ni. Aku nak pi tengok tengahari ni, still in good condition atau dah bertukar rupa.

Oh ok sambung pasal benda lain pulak...
aku sebenarnya rasa macam nak demam pagi tadi, + selesema. Kelmarin anak perempuan aku yang suam-suam. Semua pakat kena selesema dan batuk. Mungkin disebabkan cuaca yang panas.

Dan semalam jugak aku beli buku guna baucer, kat ekspo buku di Jitra. Nanti aku update lainla.
Budak-budak ni dah mula bosan sebab aku tak bagi diorang keluar bilik, kat luar tengah welding. Kami bawa tikar, kipas, makanan, baju, buku-buku budak-budak, dan duduk kat master bedroom. Meniarap aje laaa...


No comments:

Post a Comment