Tuesday, February 28, 2012

Grrrr.... orang macam ni pun ada

Tersirap darah aku tengok paper metro hari ni. Sebenarnya aku dah tengok video tu semalam. Ia berkenaan pengasuh sakit otak yang membalut badan bayi macam mayat supaya bayi tidur tak bergerak dan tak menangis. Dililitnya badan kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun tu macam pocong, lepas tu ditampalnya mulut dengan selotape... eiiii kalau aku jumpa memang aku nak tendang bagi mampus, sebelum tu aku nak bungkus dia macam lepat pisang, macam yang dia buat kat baby tu.

Memang dasyat la standard taska di Malaysia ni. Rata-rata yang aku dengar dan aku lihat, semua sama je. Kesian anak-anak kita. Bila hantar ke taska tu, diorang macam prisoner, dilayan macam pengemis.

Aku dah pernah kena kat Perlis ni, kat sebuah taska di Kangar. Taska ni ada beberapa cawangan.  Taska **i**h namanya. Aku sempat hantar anak aku dalam seminggu je sebab tak tahan dia buat Faiz macam tu. Masa tu Faiz umur 9 bulan. Dahla dia tak bagi kita masuk, dia kurung budak-budak tu macam dalam penjara. Aku dapat tau pun sebab aku biasa dok 'ambush' sebab aku pegi breastfeeding Faiz. Bila aku masuk ke, perghh... terkejut aku tengok dalam satu bilik tu penuh dengan kanak-kanak yang tidur dalam buaian dalam satu bilik kecil, tak ubah seperti kelawar. Yang aku heran tuh, pengasuh sorang je, budak berbelas-belas orang boleh tidur serentak??? Musykil.... musykil.... aku bukan buat cerita, ni aku nampak denga mata kepala aku sendiri.

Dahla bilik tu dikunci, pintu tak ada tombol, kalau nak bukak kena korek dengan sudu. Lepas tu ruang memasak tak diasingkan. Kanak-kanak bebas berlari di ruang memasak nak menuju ke bilik air.

Aku tau sikit demi sedikit keburukan taska tu. Nampak macam hebat sebab banyak cawangan, rupanya hampeh, like hell!!! Yang membuatkan aku berhenti hantar anak daripada taska tu, adalah kerana faktor-faktor tu la. Yang secara drastiknya sebab, pada suatu hari ketika aku nak breeastfeed Faiz, bila aku masuk dalam bilik kecik tu aku nampak seorang pengasuh tua (50-an) sedang menghayun Faiz dalam buaian dengan kuat tanpa henti. Faiz menangis dengan kuat dan tak berhenti, namun dia terus menerus menghayun dan hayun buaian macam takda perasaan. Nak bagi anak aku mereng ke???? Aku yang marah melihat kelakuan pengasuh yang sakit otak tu terus mengambil anak aku beserta barang-barang dan terus cabut tanpa berkata sepatah pun kepada pengasuh tu. Dia ingat anak aku ni tak ada harga ke? Anak aku tu wey!!! Susah payah aku beranakkan dia, senang-senang diorang buat anak aku macam anak kucing? anak kucing pun aku tak pernah buat macam tu tau!

Dahla aku tengok baby yang baru lepas pantang, diorang tinggal je botol susu kat mulut, lepas tu diorang suruh kanak-kanak yang bermur 2,3 tahun tolong hayun buaian baby. Tak ke gila? kalau tersedak baby tu dan lemas, satu sen pun tak guna, kasi cekik je pengusaha dan pengasuh yang mementingkan duit semata-mata. Arrgghhh emo betul aku, sebab aku tak tergamak nak buat macam tu kat anak orang.

Pernah sekali aku tengok baby terjatuh dari buaian, tapi aku cepat-cepat sambut kepala dia daripada terhantuk kat lantai simen. Pengasuh dia WTF dok buat apa la. Sebenarnya pengusaha tu tak fikir semua tu. Dia ambik pengasuh sorang dua je sebab nak jimat kos, lepas tu dia ambik budak ni tak ada had sebab nak untung banyak. Aku pernah jumpa bekas pengasuh dia, katanya, kanak-kanak di taska tu hanya dijamu dengan bihun goreng yang digoreng 'bodo-bodo' je. Kesian kan, patutla diorang bila balik rumah kelaparan.

Aku ada bertanya kepada kawan habibi yang turut menghantar anak di situ. Katanya, taska tu ok je. Hah ye lah! Korang hanya tau hantar anak di muka pintu taska, dan disambut girang oleh pengasuh yang bermuka manis. Lepas pintu taska ditutup, ada korang ambik tau apa dah jadi kat budak-budak yang tak berdosa tu? Dahla bila masak, diorang tak buka tingkap. Kelemasan budak-budak tu. Patutla tuan taska tu tak bagi ibubapa masuk ke dalam rumah, sebab tak mau terbongkar rupanya. Hah aku peduli apa sebab aku breastfeeding.

Bila balik di waktu petang, amboih pakai bedak wangi-wangi nampak macam anak-anak terjaga. Cisss hipokrit gila. Cukupla seminggu anak aku tersiksa kat situ. Aku takkan maafkan pengasuh dan pengusaha yang mementingkan diri sendiri seperti di taska S*i**h tu. Aku takkan maafkan korang sebab membahayakan nyawa anak aku dan anak-anak orang lain.

Kepada mak bapak semua, tolong ambil berat perihal taska anak anda. Jangan main hantar je. Siasat dulu sama ada ada kelulusan atau tidak. Kelulusan saja tak cukup, tengok cara dia handle budak. Tengok sama ada diorang jenis biarkan budak dengan botol susu masa tidur atau tidak. Jangan percaya dengan muka manis pengasuh. Sekali sekala ambush je taska tu nak tengok. Kalau diorang jujur, diorang bagi je kita masuk sampai ke dalam bilik. Tengok camna diorang susun bilik dan susun atur, selamat ke tak. Pengalaman hantar Faiz ke taska Hell tu memang mengerikan. Syukur anak-anak aku selamat. Semoga kita lebih cerewet dalam memilih taska anak.

Huhh tengok paper metro hari ni memang bikin aku panasss.....

6 comments:

  1. salam. mlm tadi sy search tentang taska di perlis dan terjumpa tulisan puan. blh sy tahu, skrg ni puan htr anak2 puan di taska mana? sy tgh mencari taska yg sesuai utk anak sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ezdiany, anak saya dah masuk tadika dah. Dari umur 4 tahun start hantar tadika. Taska lama dia pun dah lama tak dengar cerita, cikgu pun tak ramai dah. Sekarang tak pasti. Kawan ada hantar kat taska dekat belakang sekolah rendah Islam under PAS kat jejawi. Nampak ok dia jaga, cuma dia letak baby atas katil. Boleh suruh letak kat bawah kot takut jatuh. Penjagaan Nampak ok so far.

      Delete
    2. Salam sis.. bulih tau tak kat name ape taska tu.. cos nak cari taska utk anak sy

      Delete
  2. Salam... sy nak tanya sis... sy tengah survey nak hantar anak ke tadika coz tahun depan umo anak saya 5 tahun... boleh saya tau sis hntar anak tu kat mana... kalu leh saya nak hantar jam 8 pg hingga 5 petang... rasanya sis tau ker kat ner nak hatr atau bg adea... tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada satu tadika kt tmn sena 8-5..hari keja pun boleh hantar walaupun cuti sekolah

      Delete
  3. Boleh mention tak taska apa

    ReplyDelete