Ahad lalu kami ke pasar Changlun, beli barang-barang dapur. Ketika dok tunggu habibi masuk pasar basah, aku dan anak-anak tunggu kat luar depan gerai kosong. Masa tu ada seorang tokwan sedang duduk, lalu dia memanggil anak-anakku duduk disebelahnya. Masa dok tengok tokwan tu, terus aku teringat kat Wan, sekali imbas muka mereka berdua macam sama. Bila aku upload kat Fb, semua orang ingat tu memang gambar Wan.
Semalam masa nak keluar makan, Faiz sedikit moody sebab dia tidur masa maghrib. Masa kat luar rumah, aku nak pujuk dia lalu ajak dia jalan di sisi aku sambil peluk dia.
"Dulu, masa mama kecik macam Faiz, mama jalan dengan tokwe macam ni lah, mama takut gelap. Tokwe bawak torchlight, mama peluk kaki tokwe sambil jalan..."
teringat aku pada suatu ketika dulu, ketika aku mengikut Wan ke kedai kopinya pasa waktu malam, melalui jalan dan padang yang gelap gelita takda lampu jalan. Aku berjalan bersama-sama Wan sambil memeluknya kerana aku takut keadaan sekeliling yang gelap gelita, berjalan di atas jalan batu dan kadang-kadang bertemankan cahaya bulan.. I miss that moment so much... aku kerap mimpi Wan kebelakangan ni. I love u, always...
al-fatihah..
No comments:
Post a Comment