just a short entry before I go to bed....
all those three mouseketeers had already sleeping.
apa yang mesti aku lakukan sebelum tido?
ohh.... gosok gigi dan mandi ekspress, walaupun aku dah mandi waktu maghrib tadi. Sebab aku tak boleh tidur dalam keadaan berpeluh, dan walaupun tak berpeluh, I must keep myself clean and clear hehe.. orang kata tak elok mandi malam tapi aku bukan mandi beria-ria pun, just rinse for a few minutes and to get the shower cream fragrance onto my skin. Even kalau aku ni seorang lelaki, aku tak mau bini aku tido dengan bau yang semacam, at least the fruit extract's fragrance boleh tolong hilangkan stress hehe.. macam terapi laa kononnya....
ermm... tadi aku tengok rancangan Reflection, host Imam Suhaibb Webb yang membincangkan topik pasal Hijrah.
Aku cuma nak share intipati rancangan tadi.
Berkenaan dengan Hijrah Rasulullah dan orang-orang beriman dari Mekah ke Madinah, kata imam, Rasulullah menggunakan pelbagai strategi dan sumber-sumber yang ada dalam menjayakan hijrah tersebut. Walaupun sumbernya terhad, tapi dimaksimumkan dengan sebaiknya. Orang-orang Islam mahupun orang bukan Islam turut bersama menjayakan hijrah Rasulullah S.A.W dengan sumbangannya masing-masing, walaupun dengan sumber kewangan yang terbatas. Lalu dikaitkan dengan kehidupan kita sekarang ini. Sepatutnya kita menggunakan sumber yang mudah dan sedia ada disekeliling kita untuk menuntut ilmu. Tak perlu ada alasan yang macam-macam dalam menuntut ilmu. Kata imam, ulama dahulu sanggup mengembara mengumpul ilmu hadis dengan berjalan kaki sampai jatuh sakit. Sedangkan kita yang serba senang, kitab-kitab hadis ada je dalam rumah tapi jarang pula nak membelek-beleknya. Begitu juga tafsir Al-Quran 30 juzuk yang belum habis dibaca walaupun umur 30 tahun ( itu aku!!).
Maka sama-samalah kita melakukan penghijrahan supaya kita menjadi seorang Islam yang lebih berilmu dan bermanfaat kepada semua.
Kadang-kadang perubahan yang ingin dilakukan itu memerlukan hati yang kuat, lawan dan terus lawan hati kita yang statik dan susah berubah itu, agar boleh buat suatu anjakan baru, harus kuat kerana manusia memang sukar untuk berubah...
No comments:
Post a Comment