Monday, January 14, 2013

desperate housewife...


whoaaahh...
pagi tadi masa nak datang kerja, sangatla kalut macam ribut..
aku terjaga lewat, 6.30 pagi,
dan kalau aku lewat, habibi pun selalunya lewat jugak, sebab aku yang selalu kejut dia.
Dengan baju belum bergosok, nak cari baju budak-budak ni dalam longgokan kain waaaaaaa....
lepas tu mek kecik ni dia merengek-rengek pulak, jadi tensen aku nih sebab dah lewat, serah kat abah dia suruh pakai baju..
sebenarnya kelmarin sangat le penatnya, tak sempat nak siapkan kain baju awal-awal.
Kelmarin, balik aje dari kerja, tak sempat nak landing depan tv, terus mandi bersih-bersih, dan masuk ke dapur bagi clear dulu pinggan mangkuk, gelas-gelas  bersepah atas meja....
lepas tu aku siapkan bahan-bahan nak masak gulai kari daging dan laksa penang. Aku nak makan weekend lepas sebenarnya, tapi mulut aku sakit, aku jadi malas nak buat.
Masak la aku kung keng kung keng macam berkungfu.....stop sembahyang maghrib kejap...
lepas tu sambung masak..
bila siap gulai dan nasik aku bagi diorang 3 beranak makan dulu sebab aku nak siapkan laksa pulak....
kung keng kung keng....
sambil tu kemas-kemas cuci dapur + sidai kain...
akhirnya masak jugak masakan aku selepas memasak macam orang gila kat dapur.. ehhehe..
bukan masak tu macam orang gila, tapi letih macam orang gila heheh...
akhirnya pukul 10 malam aku mengadap dinner aku 2 pinggan laksa... mulut masih sakit tapi ok dah sikit..
lepas tu aku baru boleh nak rehat, layan Internet kejap dan aku dah keletihan.... tak mau nak buat apa dah!!!

dalam kepala aku, ni baru anak 2 orang, yang dah besar, kalau ada anak kecik aku tak tau la macam mana ribut-ributannya huhuuu.....
lepas tu tidur macam apa ntah letih sungguh.
Tapi yang untungnya, hari ni balik dari kerja aku tak payah nak masak teruk-teruk yayy!!!
cuma beli roti untuk cicah dengan gulai daging. Gulai kari aku diorang kata sedap tau hehehhe, berbeza dengan masa mula-mula kawen dulu memang takda taste hehehe.... rahsia dia adalah minyak kena banyak bila menumis, sebelum masukkan santan aku akan buang balik minyak tu ke dalam sinki (aku tak reuse). Dan aku jugak guna rempah yang aku bawak dari kampung, kalau aku masak gulai memang bau satu taman rasanya, wangiii.....opss... bukan sebab aku yang masak, tapi rempah dia memang kick! Kalau korang nak try, pegi pasar siti khadijah tu, pegi kat area-area santan kelapa dekat dengan orang jual ikan tu, haaa pilihla. Aku suggest rempah Selising dan rempah Niksah. Tapi yang lain tu boleh aje nak cuba. Rempah Niksah tu mak aku dok guna untuk masak kari sejak dia bukak kedai kopi berbelas-belas tahun dah. Kiranya aku cuba nak mewarisi skill mak aku la nih, ewahhh... dan mak aku bubuh gula melaka dalam gulai tu, rasa dia sedap. Korang tau la kan, masakan kelate ni semua manis-manis, tapi boleh aje ikut citarasa masing-masing.
Habibi kata masakan aku sedap (dok perasan dari tadi huahuaa), cuma sayur aje kureng hehehe...
nak buat camna, aku jenis makan ulam mentah dari kecik, sebab tu la sayur masakan aku kurang kick hehhe... dok makan ulam macam kambing..

oklah...
bye...

No comments:

Post a Comment