wahh....
nampaknya belum reda isu perlawanan bolasepak di stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ni, di antara TRW dan DTFC.
Macam-macam isu yang berlarutan di fan pages di Fb.
Isu askar bersenjata yang hadir di stadium yang dikatakan mengiringi kerabat diraja Johor dll, sedang rancak diperkatakan.
Tapi, aku bukan nak ulas pasal tu, tapi aku nak cerita tentang penyokong-penyokong TRW, yang dikatakan ganas dan suka baling objek ke dalam stadium.
Memang betul, dalam puluhan ribu penyokong, bukanlah semuanya cerdik-cerdik, pasti ada segelintir yang bermasalah dalam mengawal tingkahlaku masing-masing. Bagi aku, kat mana-mana pun sama. Cuma aku nak bagitau beberapa perkara sahaja iaitu tentang perangai orang Kelate.
Aku akui, orang kelate ni ramai yang jenis 'pongoh' atau panas baran. Mereka cakap dengan nada lembut tapi jenis panas baran. Sebab tu lah kalau di provoke, diejek, dicaci atau dipropa, mereka akan mudah bertindakbalas, dan natijahnya berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Moralnya, jangan provoke, ibarat jangan dijolok sarang tebuan. Ramai lagi orang kelate yang baik-baik dan berbudi bahasa, yang tu tak jadi bualan pula.
Kedua, memang benar, orang-orang kelate ni jenis suka berada dalam kelompok mereka sahaja. Kenapa?
ada sebabnya kenapa jadi begitu. Sebabnya adalah orang Kelate ni loghatnya agak berbeza dengan loghat negeri lain, tak seperti Kedah atau sebelah selatan tanah air, bahasa kelate ni susah nak difahami. Bila nak bertutur dalam bahasa melayu standard, berlakulah masalah, ibarat lidah bergulung, bergumpal, susah tau nak tukar 'frekuensi' getaran lidah nih. Dan bila bertutur dalam bahasa melayu standard dengan kawan-kawan, akan terkeluarla slang kelate dalam pada dok cover-cover tuh. Dan seperti yang biasa berlaku, penutur tersebut sering disindir,
" oh, orang kelantan nih, cari geng dia je nih..."
atau akan diajuk,
"hoo gapo dio mung ni"
bila kena perli macam tu, mereka akan berasa malu untuk bercakap dengan kawan-kawan dari negeri lain, dan akhirnya mereka akan cari geng senegeri jugakla. Mereka jadi mudah nak berkomunikasi, apa yang ingin disampaikan, dapat diluahkan dengan 'jayanya' ehhehe, tak perlu cover-cover dah. Jadi maka dengan itulah, orang kelate dilabelkan sebagai assabiyah.
Nasihat aku, kepada orang kelate sendiri ,
kita kena ada keyakinan diri yang kuat, walau dimanapun kita tercampak, kita tetap akan survive walaupun di negeri orang, walaupun berkawan dengan orang dari pelbagai negeri. Tidak mengapa kalau nak terus kecek kelate, be confident, atau lagi bagus kalau cuba belajar slang orang lain. Aku berada di Perlis/Kedah dan tahun ni masuk tahun ke 8 aku bermastautin di utara. Mula-mula datang ke sini, yang perli aku pun orang kelate jugak sebab bila aku cakap dengan kawan-kawan orang utara, ada bunyi loghat kelate aku ni. Lepas tu bila jumpa kawan-kawan orang kelate, automatik la frekuensi aku ni kena tukar jadi tune kelate, pun orang perli jugak. Dah aku orang kelate woi! Apehal pulak aku nak cakap slang macam orang Kolumpo dengan kawan senegeri aku pulak! Aku nak cakap slang utara pun masa tu mana aku reti!
Alhamdulillah, sejak kawen dan hingga anak dah masuk sekolah, aku belajar cakap slang sini, siap boleh menyamar lagi ehhehehe....tapiii.... aku takkan lupa asal usul dan budaya aku. Bila cakap dengan kawan-kawan, kadang-kadang aku keluar jugak bahasa aku, takde masalah pun!!!
Kat tempat kerja aku ni ada 3 orang rakan senegeri, tapi takde pulak aku nak pergi cari diorang dan tubuhkan geng. Buat biasa sudahlah!
Lagi satu, orang kelate sendiri jangan melabel kawan-kawan kita yang tak menutur bahasa kelate dengan mengatakan yang dia tu perasan dan sebagainya. Ikut keadaanlah, kita tinggal di mana, kenalah belajar sesuaikan diri. Masa kat U dulu, aku pernah kena perli dengan budak lelaki sebab tak cakap kelate dan menyamar ehhehe.
Dengan family aku sendiri, anak-anak aku cakap slang utara sebab diorang sekolah kat sini, kawan-kawan orang sini. Diorang tak boleh cakap kelate, tapi diorang paham. Aku jarang cakap kelate kat rumah. Tapi disebabkan tak cakap kelate, kadang-kadang aku rasa tak terluah segala apa yang aku nak cakap. Bila cakap kelate, aku boleh express kan segalanya dengan jelas ( Inilah sebabnya orang kelate suka cari geng).
Walaupun begitu, aku sangat bangga dengan asal usul aku, negeri kelahiran aku.
Aku dah biasa diperli macam-macam. Dulu pun kes bolasepak jugak, orang prejudis dan kata macam-macam, kutuk negeri aku depan aku, nyaris aku nak tumbuk hahaha (maklumlah darah panas hahah).
Bab-bab kena kutuk pasal politik negeri kelate, perangai orang kelate, ajuk percakapan aku, semuanya aku dah kena. Aku jadi tak heran dah. Kerana segelintir yang buruk, diorang kutuk kasi pukul rata terus.
Pesanan aku buat orang kelate, yakinlah di mana saja kita berada, berkawanlah dengan semua orang dari pelbagai negeri, cuba sesuaikan diri dan jangan cari geng saja. Orang nak kata, kita sabar je lah, apa boleh buat.......
buat mereka yang tak suka dengan kelate,
aku cuma mintak jangan diprovokasi sudah, kalau korang tak suka berkawan dengan mereka, usah diprovoke. Selagi mereka tak menyusahkan orang lain, kenapa nak anti tak tentu pasal? biarlah mereka dengan budaya mereka, dengan bahasa mereka, dengan geng mereka dan dengan parti politik pilihan mereka. Nak buat macam mana dah itu pilihan masing-masing. Jangan diajuk percakapan mereka. Ada yang cuba nak ajuk denga mengatakan "mung nok buat gapo", watch out, istilah 'mung' ni hanya digunakan untuk mereka yang rapat sesama mereka. Kalau tiba-tiba kita nak tiru, ia sebenarnya kedengaran agak kasar bagi orang kelate. Kalau kat utara ni istilang 'hang' la. Kalau kita belum kenal rapat dengan dia, tiba-tiba panggil 'hang', bagi aku ni memang kedengaran kasar la.
Pengalaman aku sendiri, dari kelate ke kedah, aku dapat rasanya perubahan dari segi percakapan, maksud aku, orang kelate percakapannya lebih lembut bunyinya walaupun kata "bengong nate ni", walaupun marah gila, intonasi dia masih lembut. Kalau kat sini, bunyinya bagi aku sedikit kasar "hang nak pi mana?" walaupun dia tak marah heheh... tapi seperti yang aku katakan tadi, sesuaikan diri kita di mana saja kita pergi dan hormati negeri orang. Bagi aku, takkan ada pergaduhan dan perselisihan faham selagi kita hormatkan orang lain dan terima mereka seadanya.
malaysia ni unik, ada pelbagai loghat dan budaya....
kenapa nak mengejek orang lain yang berbeza daripada kita?
peace no war.....
No comments:
Post a Comment