Friday, January 25, 2013

kenapa tak boleh ada habuk?


Inilah antara sebabnya kenapa rumah aku tak boleh berhabuk, heheh..
bukannya nak kata rumah aku takda habuk, tapi seboleh-bolehnya aku kena mop beberapa kali dalam seminggu. Hidung aku jugak sensitif dengan habuk, aku boleh kena selesema kalau banyak habuk. Kelmarin aku ke gudang borong di Beseri. Masuk aje kat deretan barang-barang, aku terus bersin dan bersin. Gudang tu banyak habuk sebab open air. Kena tertutup macam tesco baru la habuk tak boleh masuk.
Tapi, selepas aku sapu sampah, mop lantai dan mengemas, bukannya kekemasan tu boleh tahan lama pun, nak maintain kemas kena hard work, tapi aku ni bukannya kemas sangat pun. Tapi aku cuba sapu sampah dan mop dengan kerap.

No comments:

Post a Comment