Aku suka tengok keadaan rumah yang tersusun kemas dan rapi. Kat ruang tamu kemas, bilik tidur kemas, bilik air kemas, belakang rumah kemas, depan rumah kemas, dapur kemas, bilik stor kemas...
taapiiii... aku tak mampu huhuu....
Aku boleh kemaskan tapi aku tak buleh maintain kemas. Kejap je okay pastu sepah balik.
Kat dapur tu kejap je aku clear, lepas tu pinggan mangkuk cepat je bertimbun. Ye, basuh terus tapi ada masanya aku terkejar nak buat benda lain pulak (hamboi macam sibuk sangat) tak sempat nak clear periuk belanga.
Semalam aku melawat rumah bos, bukan bos aku tapi dalam unit lain, kiranya rakan sekerja la. Dia baru lepas melahirkan anak lelaki. Baru sebulan bersalin.
Dia takde pembantu. Makcik bidan datang jaga 2 minggu pertama je. Selebihnya dia uruskan sendiri family dia termasuk anak-anak lain yang bersekolah.
Apa yang aku sangat kagum dan admire, rumah dia saaaaangatla kemas dan rapinya. Macam takde habuk sikit pun. Takde benda-benda bertabur bawah meja ke, tepi tingkap ke, walaupun satu benda. Kalau kat rumah aku, bawah meja tu ada guli la, lego la, kertas la. Bila aku simpan dan buang, aik ada balik. Soo.... I wonder... how did you do thatttt??????
Maksudnya, dia sentiasa mengemas ke? Tidak letihkah? Selepas masak nak kena buat segala macam kerja rumah? huhuuuu aku kena pegi skodeng ni. Balik kerja petang kelmarin terus aku capai penyapu dan kutip barang2 dan sorokkan mana yang patut, and yeah nampak kemas. Tetapi tidak lama kemudian ada lego pulak kat bawah almari.
I wish I have a maid! A robotic maid! Kalau berbentuk manusia kang masalah pulak huhuu...
Cuma aku kena sentiasa mengutip dan menyimpan apa yang ada di atas lantai dan di atas meja dengan segera. Jangan langkah atas barang-barang tu, ambil dan simpan terus. Tapi rumah bos tu memang super kemas la macam kat hotel pulak, kagumm kagummm!!!!!
Oklah nak balik dah, balik kemas rumah!
No comments:
Post a Comment