Monday, January 20, 2014
smile!
Smile!
Bila melalui pintu gerbang universiti untuk ke tempat kerja, kelihatan pak guard dan mak guard tersenyum girang menyambut staff datang kerja, sambil mengangkat tangan.
Aku suka datang kerja pagi-pagi dan tengok sambutan ramah tamah guards. Macam satu alu-aluan yang beri semangat nak masuk opis.
Ada seorang mak guard berbangsa India, tersenyum manis macam dalam iklan ubat gigi.
Hari ni aku lupa buat senaman muka, jadi aku balas senyuman macam sakit gigi. Tak real langsung!
Sebenarnya penting pagi-pagi bangun dari tido, tengok kat cermin, buat regangan otot mulut dan muka seperti senyum, nganga luas-luas macam singa laut, herot ke kanan dan ke kiri. Korang akan dapati muka korang akan dapat senyum dengan lebih real dan sweet hahaha... aku cakap betul ni...
bandingkan kalau tak buat regangan muka, memang senyum nampak herot-herot sebab otot muka masih keras kot hehe...
Aku pernah dengar Datuk Dr Fadzilah Kamsah kata, buat regangan muka selepas bangun tidur akan jadikan muka lebih berseri dan awet muda.
Patutla mak guard kat entrance tu comel lote...
senyumlah..senyumlah ahai cekmek molek...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment