Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Mak dah balik...sedihla..

kelmarin tengahari macam sekang ni aku hantar mak aku kat Jalan Kuala Ketil, balik Kelantan. Sebab abang aku tak berapa tau jalan kat situ, kami hantar keluar dari bandar sungai petani.
Rasa macam baruuu je semalam mak aku tido kat sini dengan aku, isk isk.. cepat sungguh masa berlalu. Tup tup rumah ni dah sunyi.

Dan aku pulak kembali kepada rutin asal nak buat projek.
4 hari mak aku kat sini, aku jadi gemuk sebab makan banyak hehehe... aku masak makanan kegemaran mak aku seperti sayur lemak. Bukan susah pun nak masak, makanan orang kampung. Tak perlu masak merah, masak kicap semua tu. Ada budu, tempoyak, ulam, perghhh... haaa akibatnya aku gemuk dah niii... makan nasi sampai tengah malam. Dan aku juga kalut masa hari pertama tu sebab cari barang tak jumpa dalam bilik stor. Cari lesung, pinggan mangkuk, sudip... kan aku baru pindah.

Pada hari Jumaat iaitu selepas semalaman tido di sini, mak aku bercerita pada Subuh hari, yang dia mimpikan Wan. Dia sangat gembira sebab ini adalah pertama kali dia mimpikan Wan. Katanya muka Wan sangat manis dalam mimpinya itu. Sebelum ni dia selalu kata Wan 'merajuk' dengannya, sebab tak muncul pun dalam mimpinya.

Aku harap mak aku sihatla sebab dia nampak sangat happy datang sini. Kami bawa dia pusing-pusing pegi taman, makan ikan bakar kat Kuala Perlis, makan cendol kat Jo Cendul tepi highway kat Jitra, bawa pusing market, bawa ke pasar tanjung Dawai di samping ke rumah mertua aku. Okla tu dia seronok dan excited nak datang lagi. Dia kata kalau boleh duduk lagi lama kan best. Tapi abang aku kena kerja Isnin iaitu hari ni. Aku suruh duduk sini sampai hujung bulan ni tapi dia tak mau. Aku memang tau dia takkan mau punya hehehe.... mana dia boleh tinggalkan rumahnya lama-lama.

Semuanya berkenaan emosi, if she's happy, she's healthy. So tanggungjawab anak-anak adalah memastikan ibubapa gembira. Abang aku berpesan supaya adik beradik berkorbanla sedikit seorang supaya pulang ke kampung sekerap mungkin. Kata abangku, bukannya nak kena pulang setiap minggu, kalau berpakat sesama adik beradik benda tu takkan jadi susah. Katanya lagi, kalau la dia anak sulung, dia akan pegi rotan sekor-sekor supaya sacrifice sedikit untuk emak dan sepakat menjenguknya secara konsisten. Huhuu maklumla ada yang liat. Kalau sorang dua je yang jaga sungguh-sungguh, yang lain akan lepas tangan dan jadi culas, sebab rasa secure bahawa dan ada adik beradik lain yang jaga. So fikir-fikirkan! peringatan ini untuk aku juga..


ps: Jarang ada orang tua yang nak duduk dengan anak. Dia nak anak yang pulang jenguk dia. Kalau ada yang boleh pun, masih ramai yang tak boleh. Aku dengar banyak kes macam mak aku. Dia rela dok rumah sorang-sorang kat kampung dari duduk rumah anak-anak. Sekarang kita boleh kata macam-macam sebab kita belum tua dan masih sihat, agak-agak kita nanti camna ye?

Thursday, April 5, 2012

my mom is coming yay!!!

alhamdulillah mak aku nak datang, dia dah dalam perjalanan pun sekarang ni!
syukur dia nak datang walaupun badan masih uzur, aku harap nanti dia gembira datang ke sini..
aku nak bawa round-round Kedah-Perlis. Aku harap mak aku happy!

Sebenarnya aku sambung cuti tanpa gaji,
cuma kelmarin dan hari ni aku datang kerja sebab ada lawatan MQA untuk course HR dan Accounting.

Sekarang ni aku kat lab encik habibi kat tempat kerjanya. Dia ada kelas dalam bengkel, so aku ikut duduk dalam bengkel penuh dengan mesin-mesin grinding nih. Tengok budak-budak ni muda belia lagi.. teringat zaman belajar kat UKM dulu...

Kejap lagi insyaAllah aku nak beli ikan bakar kat Kuala Perlis. Nanti petang mak aku sampai, bolehla makan ikan bakar kat rumah. Nanti esok baru aku nak bawa diorang makan kat tepi laut Kuala Perlis. Mak aku belum pernah makan kat sana, setakat lalu je masa hujung tahun lepas bila pulang dari Pulau Langkawi.

Huhuu tak sabar jumpa mak, abang dan keluarganya. Semoga diorang selamat sampai, amin.

Wednesday, April 4, 2012

My mom needs me...

Mak aku kena high blood pressure...
kerana memikirkan banyak perkara dan rindukan anak-anak, mak aku dilanda kesepian dan darah tingginya naik.

She needs me right now....
kena balik ni, tapi tak pasti bila, insyaAllah...

Monday, December 5, 2011

Dugaan lagi.....

Hmm....
Mak aku admitted to ward hari ni selepas pulang dari sini....
Doktor nak check sebab demam berpanjangan....
Dari kelmarin lagi aku terpikir nak defer....
apa nak jadi dengan projek aku ntah....
kalau aku defer, baru la aku dapat bernapas sikit....
ntah....
tak mampu aku buat 2, 3 benda dalam satu masa.....
sekarang aku diduga lagi...
semoga mak aku cepat sembuh....


Ps : update : alhamdulillah mak aku tak jadi masuk ward....

Monday, August 8, 2011

9 hari puasa...

Sedar tak sedar dah 9 hari puasa....pejam celik pejam celik...sekejap je Ramadhan...semoga sebulan Ramadhan ni kita dapat manfaatkan sebaik-baiknya.....

Ketika di dalam kereta menuju ke stesen bas beberapa minggu lepas,kata abangku.. "Balik la selalu....bila diorang (mak ayah) dah tak ada, dah tak guna dah balik pun.." sambil memandu kereta Kelisanya.

pukul 3.44 pagi di bandar Kota Bharu

Alhamdulillah, aku balik lagi weekend lalu untuk menjenguk mak...aku sampai di stesen bas KB pukul 3.44 pagi. Terus call abang aku supaya mengambilku. Dalam 5 minit, abangku sampai.

Ketika dalam perjalanan ke rumah mak, kami melalui bangunan hospital Kota Bharu.... "Teringat ketika dok ulang alik jaga Wan, kat wad tu la Wan duduk.." kataku sambil menunjuk ke arah blok bangunan hospital yang bertentangan dengan bangunan Wisma Persekutuan.

syukur, mak is getting better...bila ramai orang berkumpul di rumah, mak sangat gembira dan makan pun banyak...dan seperti yang dijanjikan....pagi itu aku ke pusara Wan...ketika nak masuk di pintu pagar kubur, kami berjumpa Pak Husin, kawan baik Wan yang sedang mengheret anak-anak kambingnya...syukur..Pak Husin dah boleh berjalan...Selepas menambat anak-anak kambingnya, Pak Husin turut sama ke perkuburan. Kebetulan ketika itu, berlaku satu lagi kematian, maka ada proses menggali kubur baru berdekatan kubur Wan.

Assalamualaikum Wan....anakmu datang lagi....apa khabar Wan?

Hanya bacaan Al-Quran yang mampu kukirimkan buatmu ayah......

Aku dan pokseng....semoga pokseng sihat sentiasa hendaknya...bila tengok pokseng, aku teringat Wan...

Pokseng dan Wan ibarat isi dengan kuku.....akrab sungguh mereka berdua...


Sempat posing dengan atuk sepupu yang datang tengok orang gali kubur...atuk sepupu aku ni merupakan seorang kadi dan juga guru tajwid.

Buat yang merindui bonda......

Aku hanya sempat tidur semalaman bersama mak, hari Sabtu kami ke kubur, hari Ahad tak kemana-mana cuma ke airport hantar kakak aku bersama anaknya. Kakak aku juga pulang 2 hari, kami sepakat untuk balik bersama. Ahad petang aku bakar daging sebagai juadah berbuka...mak seronok apabila ada orang bising-bising sekeliling rumah, dia rasa ceria. Mak juga request supaya aku masakkan bihun goreng..kata mak, bihun goreng yang aku masak tu sedap hehee...
Yummmy...

Malam itu aku naik bas pukul 9.30 malam dekat dengan Tesco. Seperti biasa, abangku yang menghantarku. Ketika di dalam bas, seperti biasa, itu merupakan saat-saat yang paling sayu apabila aku terus terkenangkan mak dan Wan....

Sambil bas meluncur laju, kuperhatikan langit yang penuh dengan bintang....banyak sungguh bintang di langit....ketika aku masih bersekolah dahulu, ketika dalam perjalanan ke masjid untuk berterawih, sambil mengayuh basikal aku akan memerhatikan bintang di langit. Selalu kulihat tahi bintang kecil melintasi langit. Ketika pulang, biasanya Wan mengekoriku dengan motosikal atau aku mengejar Wan hehe...siapa yang sampai dulu? hehe...

Tak lama setelah menaiki bas, aku tidur. Dalam pukul 4 pagi aku terjaga dari tidur dan terus memandang ke langit, cantiknya bintang..cantik lagi Penciptanya...tiba-tiba aku ternampak sebutir tahi bintang melintasi angkasa....cantik!! Teringat aku saat-saat indah suatu waktu dahulu....terasa keindahannya itu bagai sudah hilang.....

I miss you ayah.....sudah 36 hari Wan pergi....al-fatihah...
raya ini anakmu akan kembali menemani mak....


Monday, August 1, 2011

Kemurungan??

Pagi tadi ketika sedang bersiap-siap untuk makan sahur kira-kira pukul 5.12 pagi, telefonku tiba-tiba berdering......nama abangku tertera...

oh no....this is not good....kalau tak melibatkan hidup atau mati takkan diorang nak telefon pagi-pagi macam ni.....aku ingatkan sesudah Wan tiada, aku takkan menerima lagi panggilan 'mengerikan' di malam hari atau di dinihari.

Kata abangku yang bermalam di rumah mak, mak uzur dan dia meminta aku pulang. Terus aku terduduk di kerusi...."Kenapa? tak boleh bangun ke?" tanyaku....

"Uzur, tak lalu makan dan nampak pelik..." kata abangku...

aku termenung seketika....aku yang belum menghidangkan lauk, cuma hidang nasi, tidak perasan yang hubby tengah makan sorang-sorang kat meja...dia ambil lauk sendiri....

sambil menghela nafas yang panjang....lalu aku terus call kakak aku pulak...

"Macam mana ni? Kata teruk...." tanyaku kerisauan.....

"Aaaaa......macam mana ni? Aku ingatkan dia okey.....takkan dua-dua sekali nak tinggalkan kitaa!!!" kata kakak.

"Matila kita kalau dua-dua nak pergi!!! Mak kena kuatkan semangat....mana buleh buat macam tu!!" aku mengeluh....

Lalu aku menelefon kakak iparku pula. Katanya, mak mengalami kemurungan dan kesedihan melampau. Kemurungan menjadikan dia tidak berselera makan. Dia terlalu banyak memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu sehingga tekanan darah naik melambung kepada 200 beberapa hari lepas. Bila Wan pergi, dia sangat berdukacita. Katanya, itu temannya selama lebih 50 tahun! Ya mak...memang...tapi mak harus dapat mengawal emosi....takkan mak nak tinggalkan kami sendiri?????? Takkan nak biarkan diri mak jatuh sakit...kenapa???? Bukannya buleh duduk sekali dengan Wan pun...please mak...pleasee.......be strong ok!

Aku tahu mak sedih....dan dia perlukan teman berbicara......abang-abangku memang bergilir-gilir tidur di sana....cuma apabila siang hari dia keseorangan kerana orang lain pergi bekerja......

aku dan kakak sedang merancang untuk balik.....kasihan juga pada anak-anak masing-masing......tidak semudah itu untuk pulang ke rumah...bukannya dekat....lagi-lagi di bulan puasa ni..kalau aku balik sendiri, kesian diorang 3 beranak terkedek-kedek ke sana ke mari. Mungkin kalau aku balik, hubby akan membawa pulang anak-anak ke kampungnya di Kedah. It helps a lot. Tapi takkan nak tinggal selalu kot...apa pulak kata mertua aku nanti...asyik tinggal laki je.

Aku tengah berfikir...semoga Allah bagi mudah.....aku pun tak tau nak pikir apa ntahhhhh!!!!

al-fatihah...29 hari......banyak yang berlaku sejak Wan pergi....sedihnya kami bila Wan tiada....

Monday, July 25, 2011

My mom is lonely.....

Hmmmm....macam mana aku nak buat ni...

bencinya sebab aku tinggal jauh.....
mak aku jadi kemurungan dan low appetite.....
walau apa pun yang terjadi dia nak duduk di rumahnya juga....rumahnya dan rumah Wan..rumah yang banyak menyimpan kenangannya dengan Wan...

Sebagai anak yang paling 'kecik', I can say that I am very sensitive to her feeling..yup...I am very sensitive...Aku ada instinct dan sensor yang boleh memahami perasaan mak dan Wan. Ada sesetengah orang tidak pandai mengambil hati dan memahami perasaan orang tua..they don't even care!!! Ada sesetengah orang yang tak ada sensor langsung...opsss.......

aku rasa sangat tidak berguna sebab tidak berada di samping mak aku sekarang...it's a very hard time now....

sepatutnya aku berada di sisi mak dan Wan ketika mereka masih sihat lagi...apatah lagi sekarang apabila mak tinggal sendirian tanpa Wan......ruginya tidak dapat berbakti kepada kedua orang tua lebih-lebih lagi ketika mereka sudah tua....



semoga mak tabah.....
sudah 22 hari Wan pergi..al-Fatihah....

Thursday, July 14, 2011

Aku masih ada mak.....

Mak menangis ketika aku nak bertolak ke Perlis...don't cry mak...I'm coming!!

aku rasa aku kena balik kampung esok.....mak aku is not feeling well.....
InsyaAllah aku try cari tiket bas malam esok, balik sorang. Syukurla hubbyku memahami dan dia bagi aku balik...kalau balik malam esok, sampai pagi Sabtu...balik sini semula Ahad malam, sampai pagi Isnin.....

jangan lupa..aku masih ada mak...kesian mak aku..banyak tumpuan diberikan pada Wan yang telah tiada...sekarang hidup mesti diteruskan....aku masih ada mak yang masih muram...the one and only....aku nak balik masak untuk mak.....walaupun badan masih letih, tak mengapa, moga Allah permudahkan jalan.....

mak...I'm coming home soon....

Wednesday, June 29, 2011

Heart wrenching.......

Sebelum balik, ambil gambar dulu

Aduhhh... so heart wrenching saying goodbye to wan and mak....Pada pukul 7 pagi aku dan mak keluar dari kuarters hospital menuju ke hospital yang terletak di seberang jalan. Dengan berseluar trek dan berbaju t-shirt sambil menggalas backpack, kami berjalan menuju ke tingkat 4, wad bendahara. Berkali-kali aku menanyakan mak sama ada dia masih larat atau tidak, katanya tak mengapa.Tapi aku tau, apa yang mak kata, tak seperti apa yang mak rasa. Itu yang membuatkan ramai orang salah anggap seolah-olah mak masih sihat, padahal dia pun uzur. Selepas memberi makan kepada ayah, it's time to say goodbye. Abangku menunggu di bawah dengan motor untuk menghantar aku ke stesen bas. Kalau dengan kereta jalan jem takut tak sempat.

Aku peluk dan cium mak dan wan. Aduhhhh..rasa mau menangis, tapi ku ketap bibir dan kutahan jua. Aku minta maaf kepada mak dan wan. Wan dan mak mau memberikanku duit, aku kata tak mengapa, aku dah ada duit, bagi sajalah kepada abang I, kerana abang I gajinya kecil dan dia banyak berkorban. " Kirim salam Wan pada N (hubby)", kata wan sambil menahan sebak. Lantas aku memotong "Orang boleh selalu balik, takda masalah, kalau ada apa-apa bagitau je, petang tu jugak sampai, senang sebab anak-anak boleh tinggal kat N", sambil menahan getaran di dada...huhuuuu....sebelum aku melangkah pergi sekali lagi kucium pipi wan dan aku melangkah pergi. Wan dan mak memandangku dengan sayu..sambil melangkah dengan beg bergalas di belakang, aku menoleh kebelakang beberapa kali. Sambil mengetap bibir, aku masuk ke dalam lif. Di hadapan lif itu terdapat pintu untuk ke anak tangga. Di situlah tempat aku membawa diri dan meraung sepuas hatiku kelmarin. Rasa sedih yang amat. Dalam hati hanya Allah yang tahu.

Aku turun ke bawah di mana abangku, abang I sedang menunggu di atas motosikal. Abang I menghantarku ke stesen bas yang terlak berhampiran dengan Tesco. Laju gila dia bawak motor, aku dah seram-seram sejuk. Dalam pukul 8.40 pagi aku sampai di stesen bas. Abang I terus memecut ke hospital tempat kerjanya. Sambil membimbit beg kain ( yang mengandungi sebungkus nasi kerabu, air mineral dan 2 ekor ayam mainan :-p), aku mencari tempat duduk di hadapan kaunter bas Mutiara. Sambil menunggu bas, aku dok sentimental terbayang-bayang muka wan dan mak di hospital tadi. Sayu sungguh hati ini, kesiannya mak dan wan. Kalau aku duduk di rumah, aku akan bantu apa sahaja yang perlu tanpa banyak mengomel dan merungut. Sepanjang aku balik, aku sempat membersihkan bahagian belakang rumah. Mak dan wan takkan mampu melakukannya lagi. Hari ini sudah beberapa kali aku menelefon mak. Boleh dikatakan setiap jam aku telefon. Itu sahaja yang mampu kulakukan. Kata mak, wan selalu bertanyakan aku sejak semalam. Hari ini pun wan bertanyakan dimanakah aku. Mak kata, kan aku dah balik sejak kelmarin lagi. Aku dah tunaikan janji aku untuk masakkah mee kuah kegemaran wan dan mak. Dan aku berharap agar dapat memasak makanan kegemaran wan dan mak lagi selepas ini.

Monday, June 13, 2011

Apabila susah hati....*sighhh*......

My father's condition is not well.....fever and bad cough had getting him worse :( Sehari-dua ni memang dia demam dan batuk sampai tak tidur malam...bila demam, takde selera makan...dan badannya semakin lemah. Tetiba tadi pukul 7 mlm dapat panggilan mak aku...bila dengar ring tone tu aku dah risau dah..mak aku takkan call time macam tu kalau takde benda penting..and I was right...ayah aku takleh bangun sampai terkencing kat atas lantai...mak aku tak larat nak angkat sebab berat...she was only able to lift his head..at that time my two brothers were on their way, luckily their houses are not far away, about 10 minutes drive. My mum called to inform me as I did called her several times today. Even though I live far away, but I know everything about them, what they do, what they eat etc....the constraint is : I CAN'T HELP ANYTHING OR CONTRIBUTE ANYTHING!!!! Just listening what's happening and pray..that's all....

I have asked my partner (hubby) for his permission to go home this weekend by bus if my dad's condition is worsened. He will take care of the kids. Luckily it is not a problem handling them by himself. I told him, he was lucky because he had never felt the way I felt when my parents get sick...as his parents are still healthy and younger compared to mine. I always feel scared, shivering, nervous, worrying, feeling uncertainty, and useless when I can't do anything to help..I can't help my mum and dad when they need me!!! That is so hopeless......

Pray..that's all I can do...pray that Allah will have His mercy on my parents..to grant them a good health, happiness...

He was so weak when I saw him 2 weeks ago....



Uwaaaaa...nak nangis tengok gambar ni....ni kat depan kedai yang disewakan...masa ni ayah aku datang kutip sewa kedai...dulu kedai ni merupakan kedai kopi ayah dan mak aku...tapi telah di renovate..dulu usang je...kat kedai ni la aku membesar, dan duit hasil kedai kopi la mak ayah aku hantar anak-anak belajar sampai masuk Universiti, 3 orang pegi luar negara, dengan duit kedai kopi la ayah aku bagi kat abang aku sebanyak RM300 (300 keping RM1...masa tu teh 'o 30 sen je secawan..RM300 is a very big amount that time) untuk daftar masuk UPM naik lori panjang pada tahun 1982..waaa nak nangis.....(sorry gambar aku tak clear..kaler oren tu casing hp aku)



Ayah aku nak ikut pegi pasar Siti Khadijah..kakak aku terpaksa pimpin sebab dia tak larat nak jalan...suatu waktu dulu ayah aku yang pimpin kami lintas jalan....dulu aku selalu ikut ayah pegi tambat lembu kat padang..bila nak ke padang tu kena lintas jalan besar, dan ayah aku pegang tangan aku erat-erat.....that was 20 years ago...

He was too tired...sampai kat tengah-tengah tangga ni terpaksa berhenti, we were worried....masa aku kecik-kecik..ayah aku naik basikal tua dari rumah ke pasar kota bharu untuk beli bahan-bahan masakan kat kedai kopi....pasar ni merupakan tempat rutin dia setiap minggu, naik turun tangga adalah perkara biasa..tapi sekarang....that was so difficult for him to climb up the stairs....there's no more tough looking father carrying heavy loads on his shoulder :-(


He was too tired...muka pun dah pucat kuning dan sangat kurus..he wasn't that skinny before...(just received an sms just know, kadar gula ayah aku adalah 17!!!! aku rasa dia tak makan ubat...dia penah kata, dah bercupak ubat dia telan...if I were there, I will give him the pills at the right time..If i were there....)


My sister and my niece..sorry niece...I wanna show this photo hehe...

Sitting again....penjual ikan bilis tu kata, lama dah tak tengok ayah aku, dia bertanya kenapa muka tidak sihat...ayah aku kenal hampir semua peniaga di pasar...that was his place for ages...I remember when I was 5 years old...ayah aku nak pegi pasar naik basikal tua, dan aku pesan supaya dibelikan payung...

Kalernya macam tu la cuma payung budak kecik....bila balik...ayah aku belikan payung tu dan aku sangat gembira..kemana saja aku bawak payung tu....

Thanks Wan kerana memayungi kami selama ini...kalau bukan kerana didikan ayah (walaupun ayah sangat garang), dah tentu kami jadi mat rempit atau minah rempit.....terima kasih ayah dan mak kerana mendidik kami sejak kecil...semoga kami dapat menjadi anak-anak yang soleh yang dapat mendoakan mak dan wan kelak.... i love you so much mak dan wan....nak nangis wehhhhh................