alhamdulillah mak aku nak datang, dia dah dalam perjalanan pun sekarang ni!
syukur dia nak datang walaupun badan masih uzur, aku harap nanti dia gembira datang ke sini..
aku nak bawa round-round Kedah-Perlis. Aku harap mak aku happy!
Sebenarnya aku sambung cuti tanpa gaji,
cuma kelmarin dan hari ni aku datang kerja sebab ada lawatan MQA untuk course HR dan Accounting.
Sekarang ni aku kat lab encik habibi kat tempat kerjanya. Dia ada kelas dalam bengkel, so aku ikut duduk dalam bengkel penuh dengan mesin-mesin grinding nih. Tengok budak-budak ni muda belia lagi.. teringat zaman belajar kat UKM dulu...
Kejap lagi insyaAllah aku nak beli ikan bakar kat Kuala Perlis. Nanti petang mak aku sampai, bolehla makan ikan bakar kat rumah. Nanti esok baru aku nak bawa diorang makan kat tepi laut Kuala Perlis. Mak aku belum pernah makan kat sana, setakat lalu je masa hujung tahun lepas bila pulang dari Pulau Langkawi.
Huhuu tak sabar jumpa mak, abang dan keluarganya. Semoga diorang selamat sampai, amin.
No comments:
Post a Comment