Sunday, April 8, 2012

Mak dah balik...sedihla..

kelmarin tengahari macam sekang ni aku hantar mak aku kat Jalan Kuala Ketil, balik Kelantan. Sebab abang aku tak berapa tau jalan kat situ, kami hantar keluar dari bandar sungai petani.
Rasa macam baruuu je semalam mak aku tido kat sini dengan aku, isk isk.. cepat sungguh masa berlalu. Tup tup rumah ni dah sunyi.

Dan aku pulak kembali kepada rutin asal nak buat projek.
4 hari mak aku kat sini, aku jadi gemuk sebab makan banyak hehehe... aku masak makanan kegemaran mak aku seperti sayur lemak. Bukan susah pun nak masak, makanan orang kampung. Tak perlu masak merah, masak kicap semua tu. Ada budu, tempoyak, ulam, perghhh... haaa akibatnya aku gemuk dah niii... makan nasi sampai tengah malam. Dan aku juga kalut masa hari pertama tu sebab cari barang tak jumpa dalam bilik stor. Cari lesung, pinggan mangkuk, sudip... kan aku baru pindah.

Pada hari Jumaat iaitu selepas semalaman tido di sini, mak aku bercerita pada Subuh hari, yang dia mimpikan Wan. Dia sangat gembira sebab ini adalah pertama kali dia mimpikan Wan. Katanya muka Wan sangat manis dalam mimpinya itu. Sebelum ni dia selalu kata Wan 'merajuk' dengannya, sebab tak muncul pun dalam mimpinya.

Aku harap mak aku sihatla sebab dia nampak sangat happy datang sini. Kami bawa dia pusing-pusing pegi taman, makan ikan bakar kat Kuala Perlis, makan cendol kat Jo Cendul tepi highway kat Jitra, bawa pusing market, bawa ke pasar tanjung Dawai di samping ke rumah mertua aku. Okla tu dia seronok dan excited nak datang lagi. Dia kata kalau boleh duduk lagi lama kan best. Tapi abang aku kena kerja Isnin iaitu hari ni. Aku suruh duduk sini sampai hujung bulan ni tapi dia tak mau. Aku memang tau dia takkan mau punya hehehe.... mana dia boleh tinggalkan rumahnya lama-lama.

Semuanya berkenaan emosi, if she's happy, she's healthy. So tanggungjawab anak-anak adalah memastikan ibubapa gembira. Abang aku berpesan supaya adik beradik berkorbanla sedikit seorang supaya pulang ke kampung sekerap mungkin. Kata abangku, bukannya nak kena pulang setiap minggu, kalau berpakat sesama adik beradik benda tu takkan jadi susah. Katanya lagi, kalau la dia anak sulung, dia akan pegi rotan sekor-sekor supaya sacrifice sedikit untuk emak dan sepakat menjenguknya secara konsisten. Huhuu maklumla ada yang liat. Kalau sorang dua je yang jaga sungguh-sungguh, yang lain akan lepas tangan dan jadi culas, sebab rasa secure bahawa dan ada adik beradik lain yang jaga. So fikir-fikirkan! peringatan ini untuk aku juga..


ps: Jarang ada orang tua yang nak duduk dengan anak. Dia nak anak yang pulang jenguk dia. Kalau ada yang boleh pun, masih ramai yang tak boleh. Aku dengar banyak kes macam mak aku. Dia rela dok rumah sorang-sorang kat kampung dari duduk rumah anak-anak. Sekarang kita boleh kata macam-macam sebab kita belum tua dan masih sihat, agak-agak kita nanti camna ye?

No comments:

Post a Comment