Kerongkongku gatal-gatal...
dah seminggu batuk-batuk. Mujur tak kronik. At first I didn't feel comfortable with my chest. I'm getting better now, alhamdulillah.
Aku masih dok berbincang dengan my buddy pasal projek kami tu. Hehee, macam besar je bunyinya. Dia akan jadi supplier aku nanti. Produk made in Kelantan, imported from Kelantan. Tunggu aje masanya. Cakap lebih-lebih tak guna takut tak jadi kenyataan.
Sebenarnya aku nak cerita pasal kawan baik aku ni. Kawan lama sejak zaman sekolah, sejak di tingkatan satu lagi. Kiranya dah 17 tahun la kami berkawan. Hehee pernah aku gaduh besar dengan dia. Sebabnya adalah main dam! Hhahaa bodoh betul gaduh sebab tu. Aku lawan dam dengan dia, tapi aku kalah. Aku tak tau ada teknik macam tu untuk makan buah dam tu, jadi aku bangkangla. Last-last gaduh tak bertegur sapa berminggu-minggu jugak. Aku yang asalnya dok kat sebelah dia dalam kelas, terus pindah dok belakang. Hehehhe sengal betul! Kawan-kawan semua tau, diorang cuba gak bagi kami baik kembali. Akhirnya setelah penat bermasam muka, aku bubuh kad mintak maaf dalam beg sekolah dia. Hehehhe berdamai akhirnya, memang salah aku sebab aku tak tau teknik yang dia guna tu, jadi aku ingat dia tipu. Otak kanak-kanak lagi masa tu, umur 14 hehehe...
Tapi she remains as my buddy until now. Aku perasan satu benda, kawan-kawan yang penah gaduh dengan aku, gaduh gila-gila punya, last-last akan jadi kawan baik aku ehheheh. Aku juga ada team-mate yang aku pernah bergaduh gila-gila, aku marah betul kat dia sampaikan muka aku merah padam macam cili. Dia pun sama, tuduh macam-macam kat aku. Aku pun serupa hehehe, last-last skang ni baik aje, siap call aku lagi bila ada apa-apa masalah bab-bab studies.
Masa matrik pun sama, aku gaduh dengan kawan aku. Dia tu susah betul nak bangun tidur. Pagi tu ada lab Fizik, kena jalan jauh. Aku kejut tak bangun-bangun jadi aku tinggal la. Takkan aku nak tunggu. Last-last gaduh hahhhaa, dia marah aku tinggal dia. Tak pernah lagi aku jumpa orang tido mati sampai tahap tu.Tapi kami jadi kawan baik lepas tu.
Aku jarang nak marah orang, tapi bila aku marah sangat, memang muka berubah kaler macam cili api merah la. Aku tak payah kata apa tapi tengok muka macam tu tau la aku marah. Tapi dah lama aku tak marah macam tu hehehe, semuanya sebab salah faham. Biasanya ada le sebab aku jadi marah gile tu, aku ada alasan aku sendiri. Mestilah aku pertahankan diri aku hehehe.. kalau salah aku sorang, takde la aku jadi sampai macam tu.
Ohh....tak semestinya nak kena gaduh besar baru boleh jadi kawan baik. Tapi at least mesti ada juga selisih pendapat yang membuatkan hubungan persahabatan tergugat sedikit. Sekarang bila dah menginjak dewasa, malas dah nak pening-pening. Sebenarnya aku ni mudah dibawa berbincang, easy going person, mudah kira kata orang Kedah. Buat tak kena kat aku, aku marah le hehehe... (skang ni aku dok berbalas mesej dengan bekas seteru aku dulu heeee)
Okla, sebenarnya aku dok tunggu maklumbalas dari supervisor aku ni. Baru email dia. Aku belum repair report.
Sunday, June 10, 2012
Friday, June 8, 2012
Terharu...
Sejak beberapa hari ni, angin ribut kerap melanda di beberapa negeri di utara, termasuklah Kedah, Perlis. Ada rumah yang tercabut bumbung dan dimasuki air lumpur, terutamanya di sebelah pantai. Kata kawanku, rumah ibunya di Kuala Perlis dimasuki air lumpur semalam. Kat Kuala Muda pun air naik. Sekarang pun cuaca menakutkan, dengan keadaan gelap dan suram di luar. Macam nak turun hujan ribut aje nampaknya. Semoga selamat semuanya tanpa malapetaka.
Minggu ini aku rilek sikit rasa, nak rehat sehari dua sebelum jumpa supervisor pada weekend ni untuk repair report.
Semalam ketika solat, aku berdoa agar aku dapat mimpikan Wan, sebab aku rindu gila pada Wan, dan dah lama aku tak mimpikannya. Alhamdulillah, Allah listened to my prayers. Dan semalam memang aku mimpikan Wan. Aku mimpi aku pulang ke rumah. Ketika itu mak dan Wan sedang duduk menunggu di depan rumah. Aku terus menerpa Wan dan memeluknya. Sangat gembira sekali. Biasanya kalau aku mimpi balik rumah, dah tak ada sesiapapun, rumah sunyi, usang. Tapi semalam Wan ada!
Bila terjaga dari tidur dan mandi. Aku cuba ingat balik mimpi semalam. Sebak rasanya. Bergenang air mataku. Terus aku menghantar sms kepada kakak. Aku sebak kerana aku mimpikan Wan. Dan yang paling membuatkan aku sebak, adalah kerana aku dapat merasakan Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Aku dapat rasakan Allah sangat dekat dan sentiasa mendengar segala isi hati dan perasaan aku. Terima kasih Allah, I love You.
Aku akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa mendoakan Wan dan mak tanpa jemu, insyaAllah...

Thursday, June 7, 2012
Murtabak raja
Korang pernah dengar nama murtabak raja? murtabak gergasi ni setahu aku hanya ada di Kelantan. Kakak ipar selalu bekalkan aku dengan murtabak raja. Harganya RM12 sekeping. Ohh... lupa pula nak tangkap gambar murtabak. nanti aku update lain. Kalau nak beli, kena telefon order dahulu. Kalau main terjah aje takut tak ada sebab dia buat atas request, kadang-kadang dia buat lebih.
Wednesday, June 6, 2012
Alhamdulillah...all praises to Allah...
Alhamdulillah...
dah selamat melalui master project defence pagi tadi. Syukran, tak percaya dah habis.
Legaaaaaa....
akhirnya tamat sudah pengajian aku selama 2 tahun setengah. Sejak Izzati kecik baru berjalan, sampaila dia besar. Masih kuingat abahnya membawanya bersama sewaktu menghantar dan menjemput aku pulang dari kelas. Abanya juga yang mengasuh ketika sehari suntuk aku ke kuliah. Terima kasih habibi dan anak-anak. Terima kasih Wan yang sentiasa mendoakan aku dan bangun solat hajat pukul 3 pagi, agar aku lulus exam. Walaupun Wan dah uzur, tapi tidak pernah jemu berdoa untuk kami.Wan memang rajin bangun solat hajat untuk anak-anak pada awal pagi ketika menjelang peperiksaan. Terima kasih mak yang menjadi pendengar setiaku.
Fuhhh legaa... tinggal nak repair report dan hantar kedai buat hardcover aje.
Thank you Allah, I love U...

Monday, June 4, 2012
Nostalgia 2.....
Hari ni 5 Jun 2012, aku terkenang kenangan 5 Jun 2011 ini dan ini. Gambar itu diambil pada 5 Jun 2011.
Aku sangat sedih hari ni sebab terkenangkan Wan dalam gambar tersebut. Dah lama aku keraskan hati, pagi tadi saja nak feeling lebih, mengalir air mata aku... rindu sungguh rasanya. Al-Fatihah...
kalau dulu, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, aku berasa sangat-sangat gembira untuk bertemu Wan dan mak...
bila nak kembali ke sini aku berasa sedih dan penuh harapan, agar dapat ketemu di lain kali bila aku pulang...
tapi sekarang,
ketika dalam perjalanan balik ke kampung, aku berasa sedih...
ketika nak kembali lagi-lagi la sedih....
:'''''(

Sunday, June 3, 2012
Nostalgia...
Hari ni 4 Jun, aku terkenang kenangan ini . Itu merupakan kali terakhir aku membawa Wan ke pasar Wakaf Bharu.
Friday, June 1, 2012
Buah nanas....
Pagi tadi aku bertolak dari Bukit Kayu Hitam pada pukul 7.30 pagi. Ingatkan nak bertolak lebih awal, tapi kami tido puas-puas dulu, bagi badan segar. Banyak kali singgah kat stesen minyak, beli minuman, mandikan budak-budak. Tu yang jadi lambat. Dalam kereta biasala, budak-budak kejap ok, kejap bergaduh, lepas tu baik balik. Pagi tadi mak ke Kedai Lalat dengan kakak aku. Tak sempat nak pegi kedai Lalat. Ruginya! Aku pesan ikan kering kat mak.
Dalam pukul 2 lebih, masuk Jeli. Habibi dah mula mengantuk. Kami berhenti tepi jalan kat stesen minyak tidur sekejap. Lepas bangun tu aku ambk turn drive dan bagi habibi sambung tidur. Aku drive kejap aje, lepas habibi dah mula segar, dia drive balik. Masa nak masuk Tanah Merah, kami melalui satu kawasan di mana kiri kanan banyak gerai buah nanas. Banyak gila buah nanas yang tersusun di atas rak kayu. Aku sangat excited dan meminta habibi berhenti salah sebuah gerai. Tak sabar aku nak bawa pulang buah nanas sebagai buah tangan. Aku terus keluar dan membeli 3 biji nanas yang sedia dilonggokkan yang berharga RM10 selonggok. Aku main pilih aje yang mana nampak oren dan bau manis. Lepas tu aku masukkan dalam bonet kereta. Kemudian terus aku masuk duduk kat seat depan.
Tiba-tiba baru aku terfikir....
"Siapa nak makan banyak-banyak ni...." aku bercakap sendirian walaupun habibi kat sebelah...
'Tokwe aje yang suka makan nanas.." dengan perlahan aku jawab soalanku sendiri....
huhuuuuuu..... aku lupa yang Wan dah tak ada.... aku belikan nanas untuknya.... Wan suka makan nanas.... huhuuuu...

Subscribe to:
Posts (Atom)