Friday, June 8, 2012

Terharu...

Sejak beberapa hari ni, angin ribut kerap melanda di beberapa negeri di utara, termasuklah Kedah, Perlis. Ada rumah yang tercabut bumbung dan dimasuki air lumpur, terutamanya di sebelah pantai. Kata kawanku, rumah ibunya di Kuala Perlis dimasuki air lumpur semalam. Kat Kuala Muda pun air naik. Sekarang pun cuaca menakutkan, dengan keadaan gelap dan suram di luar. Macam nak turun hujan ribut aje nampaknya. Semoga selamat semuanya tanpa malapetaka.

Minggu ini aku rilek sikit rasa, nak rehat sehari dua sebelum jumpa supervisor pada weekend ni untuk repair report.

Semalam ketika solat, aku berdoa agar aku dapat mimpikan Wan, sebab aku rindu gila pada Wan, dan dah lama aku tak mimpikannya. Alhamdulillah, Allah listened to my prayers. Dan semalam memang aku mimpikan Wan. Aku mimpi aku pulang ke rumah. Ketika itu mak dan Wan sedang duduk menunggu di depan rumah. Aku terus menerpa Wan dan memeluknya. Sangat gembira sekali. Biasanya kalau aku mimpi balik rumah, dah tak ada sesiapapun, rumah sunyi, usang. Tapi semalam Wan ada!

Bila terjaga dari tidur dan mandi. Aku cuba ingat balik mimpi semalam. Sebak rasanya. Bergenang air mataku. Terus aku menghantar sms kepada kakak. Aku sebak kerana aku mimpikan Wan. Dan yang paling membuatkan aku sebak, adalah kerana aku dapat merasakan Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Aku dapat rasakan Allah sangat dekat dan sentiasa mendengar segala isi hati dan perasaan aku. Terima kasih Allah, I love You.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa mendoakan Wan dan mak tanpa jemu, insyaAllah...

No comments:

Post a Comment