Semalam tinggal aku sorang kat rumah, sebab habibi tak sempat nak balik. Dia balik petang ni kot. First time aku tido sorang-sorang kat rumah. Mak tanya, tak takut ke duduk sorang (maksudnya orang jahat, bukan hantu hehe). Aku kata okey aje sebab dah ada jiran sebelah kanan dan belakang. Tak risau pun, tak takut pun.
Bila tinggal sorang, jadi malas nak buat apa-apa. Nak kemas rumah pun malas.
Sebelum tu pada petangnya aku ke UUM jumpa supervisor untuk sign borang pengesahan semakan report sebelum buat hardcover. My supervisor is very helpful, aku rasa dia bukan jenis yang kedekut markah kot. Dia bukan jenis push sangat, dan bukan jenis take easy lepas tangan. Dia suruh aku hantar paper ke conference. Aishhh bila pulak tuh aku nak buat conference paper.
Lepas settle hal kat UUM, aku ke Changlun cari kedai hardcover. Katanya boleh siap hari Khamis ni. Aku harap Khamis ni aku dah boleh submit kat office UUM, dan settleee!!! Yabedabeduuuuu tak sabar nak menamatkan marathon ini.
Hari ni aku datang kerja dengan perasaan yang lebih damai, sebab dah selesai dah semuanya. So, I'm waiting to do my next task. Boss suruh compile balik data-data student dalam database. Aku rasa lepas ni aku dah tak bagi lecture kot, dah tukar bidang hehehe, but still in IT field. Eloklah, aku pun dah malas nak study buat masa sekarang.
Sebenarnya aku tak tau nak cerita apa hari ni.
Tapi tadi kat FB dok tengok gambar kawan-kawan yang buat reunion etc. Wah wah bergaya sungguh diorang ni. Tudung gaya terkini yang aku tak ter follow. Aku pakai tudung yang outdated dah, tak tau aku yang mana satu terkini. Cantik betul diorang ni. Pandai diorang berfesyen. Aku ni bab-bab fesyen ni memang fail terus hehe. Aku dan habibi memang 2x5 dressing outdated.
Azamnya sempena umur 30an ni nak coba beri perhatian pada penampilan diri. Tapi aku rasa ia perlukan maintenance cost yang tinggi. Tengok aje le start dari kasut, kemudian seluar atau skirt yang cantik, kemudian blouse, atau dress, dan tudung bawal tak bawal, 3 layer 4 layer, fuhhh satu 'set' dah berapa ongkos tuh? Ni tak masuk accessories gantung sana sini kat tudung. Lepas tu tak masuk mekap semua tuh. Alamak sayangnye duit!!! Tapi kawan aku boleh bergaya dengan bajet yang telah ditetapkan setiap bulan. Dia memang memperuntukkan duitnya untuk membeli pakaian setiap bulan. Dan dia takkan beli lebih daripada itu. Contoh RM100 untuk pakaian. Dia hanya guna bajet sebanyak tu je la. Aku kagum sebab dia bukan jenis membazir, dia pandai merancang kewangan tapi dia sangat bergaya, dengan pakaian baru setiap bulan yang sangat cantik.
Err... tapi aku susah nak tiru orang. Kalau ada duit baru beli baju, Tak kira bajet tak bajet hehehe. Ohh aku perlukan transformasi. Boring wehh bukak almari asek-asek baju tuuuu aje. Takde baju pun huhuuu. Semuanya dah expired! Nanti aku nak tanya kedai Cina jahit baju tu, dah siap belum baju aku. Boring dah jadi selekeh hehehe....
Okla nanti kalau ada idea aku tulis lagi..
No comments:
Post a Comment