Monday, June 25, 2012

ok..shopping again!!

Seronok betul kat tempat kerja aku ni, macam-macam boleh shopping walaupun takda kedai. Aku supply kain pasang, orang lain supply tudung, jubah, skirt, seluar, kuih-muih..etc ... macam-macam. Asalkan ada duit, semua boleh beli.

Aku pun tak tahan godaan hari ni, ada orang jual jubah. Cantek bangat, ngam-ngam dengan badan aku. Depa kata badan aku kurus, senang nak beli baju, jubah. Aku bukan kurus, cuma aku tak gemuk hehe..

Lepas tu ada supplier seluar palazzo dari Padang Besar. Aku order 4 helai seluar. Nanti next week dia datang bawa. Kami tak payah ke Padang Besar untuk shopping. Order ada dengan dia. Boleh dapat dengan harga yang murah tanpa perlu berpenat lelah berpanas di komplek Padang Besar. Lagipun mahalla barang kat sana, memang peniaga dah assume pelancong ramai, jadi lebih baik beli dengan direct supplier. Bukan setakat seluar, nak apa, bagitau aje nanti budak tu bawa. Ok this week aku dapat jubah dan seluar, ok happyyy!!!!!

hehee esok pulak nak pegi survey eyeliner pulak. Skang aku dah mula minat dengan eyeliner, berjangkit dengan kawan-kawan. Ala bukan yang branded pun, ada yang suggest Follow Me, Avon etc. Aku dah ada dah sebenarnya tapi kaler coklat. I need a black eyeliner, rasa mata lebih cantik.

Hehee dan aku nak bagi tips nak buat rawatan stim muka sendiri. Rasanya ramai dah tau ni. Senang aje, masukkan air panas dalam baldi, kemudian halakan muka di atas permukaan air dan selubung dengan kain. Kalau air panas sangat, memang nak bernafas pun payah hehehe, agak-agak la kan asal ada wap. Ia akan membuka liang-liang muka untuk membuang sisa kotoran. Dah lama aku tak buat sebenarnya, kalau rajin boleh buat tapi bahaya la nanti anak-anak kacau hehe..
selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment