Tadaaaa..... inilah dia baby's wipe cap Tesco.
Wet tissue ni sangat penting bagi aku, dan wajib ada dalam beg aku.
Aku guna wet tissue ni untuk remove make-up sebab aku pakai water-resistant foundation dan eye liner. Senang nak cuci mekap, gosok aje kat muka dengan lembut, boleh tanggal kesemuanya.
Wet tissue tesco ni murah aje, tak sampai RM2 untuk sepeket 30 helai ni. Ia juga wangi. Berbaloi beli yang ni berbanding brand yang lebih mahal seperti Anakku, Pureen, Johnson's etc. Baunya sama seperti wet tissue Watson's, tapi harganya lebih murah, aku rasa kilang sama aje.
Di samping itu, wet tissue ni juga sangat penting untuk kegunaan anak-anak seperti nak lap tangan dan muka mereka. Kalau diorang nak terkencing tepi jalan bila takda air, wet tissue ni juga la penyelamat, dan tentulah bila balik ke rumah kena basuh lain dan tukar seluar.
Bila aku rajin make-up, aku juga kena rajin cuci muka dengan wet tissue ni, dan bila rajin cuci, muka pun jadi lebih bersih sebenarnya. Bercakap pasal ni, dah lama aku tak tepek air timun kat muka ni, bz. Tapi skang ni aku tak boleh abaikan eye-liner, memang bestlah pakai, mata aku kan sepet. Tapi kan, bila tanggal make-up, hah itu dia wajah sebenar kihkih.....tapi at least kena ada lipstick baru tak nampak pucat.
Ok dapatkan wet tissue anda sekarang ehhehe....
ps : wet tissue ni maksud aku adalah baby's wipe. Plastik dia sama ada pink, biru atau hijau. Kalau yang kaler putih tu wet tissue yang kasar. Baby's wipe ni tekstur lembut macam brand Anakku etc.
No comments:
Post a Comment