Friday, October 5, 2012

Pesanan dan amanat.....

Tadi mak aku telefon,sebab aku lupa nak telefon pagi tadi. Setiap hari aku telefon tanya khabar.
Mak aku tak dapat datang untuk majlis konvo aku, dia pun tak berapa sihat. Aku tak kisah sangat pun, sebab bukan ada kerja (kerja yang best) pun kata aku. Mak pun quote kata-kata Wan suatu waktu dahulu. Kata Wan, tak apa la tak dapat kerja lagi pun, janji ada tukul dan gergaji (tools). Bila sampai masanya tukul dan gergaji tu diperlukan, insyaAllah ada la kerja. Ohh... what a nice advice. I love his words.
Aku kagum dengan Wan sebab dia berfikiran jauh. Kalau aku menghadapi masalah, dia tidak terus blame, sebaliknya memberikan nasihat atau dia diam sahaja, tunggu dan lihat. Bila Wan bersuara, semua orang akan berikan perhatian sebab suaranya lantang. Dan bila Wan marah, semua orang terdiam kecut perut hehehhe, I miss him so much. Bila aku bangun daripada tidur, aku mesti tercari-cari dalam benak aku ni sama ada semalam aku mimpi Wan atau tidak, orang pertama yang datang dalam kepala aku bila bangun tidur adalah Wan. Beberapa hari lepas aku sangat stress, dan bila stress tidak lain dan tidak bukan, muka Wan la yang akan appear, terus air mata mengalir laju.. sob....sob.... i miss him soo much!

2 hari lepas aku mimpi aku ke kedai Wan, pergi ambil surat kat mailbox. Tapi kelibat Wan di kedai tu tak kelihatan, kecewa..kecewaa..... masih terbayang di waktu petang selepas berkemas-kemas mahu pulang ke rumah, Wan akan sapu sampah dalam kedai dan menutup kedai dengan menggunakan kepingan-kepingan papan bernombor. Aku suka tolong Wan tutup kedai guna papan tu, sebab boleh kira nombor di papan.  Kadang-kadang masa kedai dah ditutup tu la masih ada seorang dua yang datang minum teh. Terpaksala Wan bancuh teh dan tunggu sebab pelanggan kan. Sambil-sambil tu aku bermain-main disekitar kedai, panjat pokok cermai kat depan. Bila dah nak balik Wan panggil aku. Wan kunci pintu kayu kat kedai dengan mangga. Bunyi selak pintu tu masih aku ingat, lepas tu Wan menyorong basikalnya di atas jalan berumput, bila sampai atas jalan batu baru Wan kayuh basikal tuanya dengan tong nasi di belakang yang diikat kemas dengan pengikat getah. Aku turut mengekori sambil mengayuh basikal aku. Wan turut memberikan aku seutas getah pengikat untuk aku ikat beg sekolah di belakang. You see, aku sentiasa mengekori Wan. Wan bagi makan lembu atau cari rumput lembu pun aku ikut, dan sampai ke besar aku sentiasa mempertahankannya walaupun banyak kali kami juga tak sebulu :-/  Aku tak sebulu dengan Wan sebab dia sangat garang, tapi pendapat dan pegangan dia selari dengan aku....That's why he is still in my heart now and forever....


Korang penah tengok tak pengikat getah ni. Aku ikat beg sekolah yang berat kat belakang basikal, Wan yang ajar. Dulu masa Wan ke pasar naik basikal beli barang, Wan ikat barangan seperti ayam, ikan dalam plastik kat belakang basikal, guna getah ni la. Masih kuingat aku berlari-lari mengekori Wan yang pulang dari pasar.

i miss you Wan, I will never, never ever forget to pray for you, insyaAllah...

i love u..

No comments:

Post a Comment