Hehe dah lama nak ambil gambar ni, hari ni baru dapat peluang. Lalu kat batu penanda ni, terus ke The Store di belakang tu. Seriously, tak pernah aku terbayang bahawa suatu hari nanti aku akan bermastautin di Kedah-Perlis. Tak terjangkau dek akalku dulu.... sebab aku dok bayangkan, aku akan bekerja dan bermastautin di Selangor/KL. Dan memang dah tersurat, bahawa aku bertemu jodoh dengan orang utara, dan membina keluarga di sini. Dan aku juga punyai kawan-kawan di sini. Semasa di UKM dulu pun, best friend aku adalah orang Kedah, dah memang aku ditakdirkan hidup di sini kot ehhe..
Hmmm... cuaca agak panas semasa aku keluar dengan kawan aku tengahari tadi, rasa bahang gila. Naik The Store pusing-pusing window shopping, rasa nak ini, nak itu, tapi takda bajet, senyum kelat je lah walaupun di hati terliur nak macam-macam, terliur dengan kain baju, snickers... aihhh siapa nak bagi aku duit seketul ni, buleh aku shopping hehehe...
Dan sekarang juga kedengaran guruh di luar, dengan awan yang berarak dihalau angin yang bertiup kencang. nak hujan ni, anytime je akan turun, alhamdulillah, basah la bumi yang panas ni. Nak balik petang ni mesti hujan lebat macam kelmarin. Semasa dalam perjalanan pulang dengan melalui jalan Kangar-Changlun kelmarin, ada accident berlaku berdekatan dengan simpang nak masuk ke jalan short cut ke Changlun. Aku ingatkan serpihan kereta di tengah-tengah divider, rupanya rangka motor! Dah jadi macam twisted metal hancur berderai, eeiiii... takut aku. Di sebelah kiri jalanraya kelihatan sebuah kereta Naza Ria warna hitam yang telah merempuh sebuah bangsal tepi jalan. Takutnyaaa... terus aku perlahankan kenderaan. Kalau tengok pada keadaan motosikal tu, eii aku rasa teruk juga. Semoga penunggang motosikal tu selamat hendaknya, walaupun motosikal dia dah hancur lebur. Terus aku tak berani nak bawa laju-laju. Aku rasa paling laju aku bawa 100km/j je pun, itu pun bila memotong. Dalam keadaan biasa aku bawa 80-90km/j saja. Aku kena berhati-hati lepas ni, tak boleh pentingkan diri sendiri saja, kesian penunggang motosikal tu, mesti keluarganya resah gelisah dengan kejadian menimpa.
Esok weekend, gembiranyaaa.....
I want to cook something special lah..
wei aku belum hantar jubah konvo ehehhe, kena denda RM10 sehari. Saja hantar lambat sebab aku nak bergambar lagi weekend ni.
Korang buat apa ye weekend? I love weekends so much...
No comments:
Post a Comment