ehehe mau kencang ya? kencang dalam bahasa Indonesia maknanya badan yang pejal, tak kurus dan tak gemuk. Bukan kencang berlari tau heee...
aku sempat bersembang dengan kawan aku dalam dewan konvo yang lalu, Indonesian student.
Aku tanya pasal macam mana orang perempuan di sana jaga badan hehe (aku ni takda soalan lain dahh), dan adakah dia sendiri makan jamu?
kawan aku hanya gelak sebab katanya dia tak suka makan jamu. Tapi ibunya memang mengamalkan jamu.
Jamu yang dimakan adalah buatan sendiri iaitu kunyit hidup yang dikisar, lalu diperah dan diambil airnya/tapis. Air tu minum la.. tapi aku rasa tekak aku tak boleh nak terima ni heheh. Bibik kakak aku dulu pun pernah bagitau, air kunyit tu dicampur dengan gula merah, katanya bagi menambahkan susu ibu.
Kata kawanku lagi, ibunya turut mengamalkan mengamalkan sebatian beras + kencur/kecur yang dikisar, lalu dipakai di muka. Daripada apa yang aku surf, kat sini kita panggil kencur tu sebagai cekur.
Mana nak cari cekur ni ye, kat kampung-kampung tu ada kot.
Aku dok tunggu nak bank in duit untuk collagen ni, tapi hari ni kedai tu cuti. Tak sabar dah niii....
aku bagitau kat habibi kelmarin, ehheh dia kata dia terima aku seadanya, cewaahh ayat novel gitu, sebab dia tengok aku excited nak menerai produk ehheh..tapi pompuan weh naturalnya macam ni le ehhehe...
hye... awak beli kolagen apa yer ker order ngan kak nani?
ReplyDeletehai jen, saya tak beli ngan kak nani, tapi order kak Gojez Houz, ada dua jenis, Peptan dari France dan Gogen dari Germany. Consumer Gogen lagi ramai bagi feedback so saya beli Gogen RM110 untuk 2 botol (2 x60g)
Delete