alhamdulillah dah selamat sampai kat kampung kelmarin....
jalan dari Jeli sampai Tanah Merah, Tanah Merah sampai Kota Bharu, agak teruk dan dasat!!
terkejut aku masa start kat Jeli tuh, lobang sana lobang sini aku rasa macam naik kereta racing dalam hutan sebab driver dok pulas stereng, ke kanan, ke kiri, lepas tu brek..
sebelum tu abang aku dah warning, katanya jangan balik pada waktu malam sebab banyak lubang. Banyak kereta yang pecah tayar dan rosak akibat lubang-lubang yang berpuluh-puluh, beratus la aku rasa!
Bertahun-tahun aku dok balik kampung guna jalan tu, okay aje setakat lubang sikit-sikit tu biasa la, ni bawak kereta macam orang gila sebab nak mengelak lubang, ada pulak satu tempat tu takda warning langsung, jalan under contruction nasib baik sempat brek. Bahaya sungguh la kepada pengguna jalanraya, kereta rosak tu satu hal, kereta jugak boleh terbabas sebab nak elak lopak. Adoihh paranoid aku dibuatnya. Kalau naik kereta malam memang jahanam la kereta. Aku harap isu ni diselesaikan segera, sebab isu jalan berlubang ni dah pun dipolitikkan. Tapi seriously, memang teruk sungguh jalan yang kami lalui semalam. Namun syukur sebab takda jalan yang ditutup akibat banjir. Okay aje sebab sehari dua ni mak aku kata tak hujan kat sini, berbeza dengan beberapa hari yang lalu hujan memang lebat dan tak berhenti-henti.
Pagi tadi masa anak-anak masih tidur di waktu pagi, aku dan habibi keluar mencari 'makanan' kat pasar siti khadijah ehheh... aku beli stok rempah ratus, gula melaka, cili hijau besar. beras nasi dagang, beli laksa dan makanan lain. Nanti la aku upload gambar, ni pun aku tulis entry sambil budak-budak ni dok panjat belakang aku :p
Tadi mak aku request nak makan gulai dalca dan aku pun buat la..
mak aku cakap sedappp!!! ehhehe bukan senang tau nak dapat compliment macam ni sebab mak aku ni boleh kata pandai masak gulai, sebab dulu kan mak dan wan mengusahakan kedai kopi.
okla nanti aku cerita lain..
No comments:
Post a Comment