Wednesday, December 5, 2012

What's new this month?

Wahhh...
dah lama tak buat product review.
kali ni ada produk baru aku nak cerita, iaitu Bio Essence Starter Kit dan manjakani Serapat.
Sebenarnya dulu aku penah pakai Tanaka White Bio Essence Day Cream. Rasanya best, moisturized my skin. Tapi, harganya yang mahal membuatkan aku tak berdaya nak beli lagi heheh, around RM40++.

Lepas tu, semalam aku dok cari moisturizer kat Watsons. Ingat nak bedal aje any brands yang aku jumpa. Tapi tengok kat deretan product Bio Essence, ada less untuk starter kit ni. Dengan harga RM20 saja aku boleh dapat 6 jenis produk iaitu krim siang, krim malam, toner, face mask sekeping dan White & Firm Double Action Essence. Hahhaa ok la tu boleh try semua kot-kot la best, nanti boleh beli lagi starter kit Bio Essence. Harga biasa kit ni adalah RM29.90.

Dan, produk seterusnya adalah Manjakani Serapat. Ehemm... dulu aku pernah bagi testimoni pasal Perapat extra, aku kata kawan aku suggest. Sebenarnya dulu kawan aku bukan suggest Perapat, tapi Serapat, adoii dah nama dekat-dekat. Aku telan Serapat ni dah beberapa minggu dan aku rasa kesan dia lagi bagus berbanding Perapat yang agak perlahan kesannya dan less significant. Harganya kat kedai jamu tu RM9 untuk 70 biji. Aturannya adalah makan 3 biji 3 kali sehari.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment