Tuesday, December 25, 2012

Happy holiday!!!

Yayyy kelmarin last aku keje untuk minggu ni sebelum bercuti panjang..
insyaAllah aku nak balik KB soon! tapi kena settle urusan kat sini dulu sebab aku nak kena hadiri taklimat persekolahan untuk Faiz yang akan masuk darjah 1 minggu depan. InsyaAllah Faiz akan memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah rendah agama di sini.
Tadi kami 4 beranak dok lepak-lepak kat luar rumah, bawak tikar dan bantal, dok baring tengok bulan dan bintang (sambil berangan nak miliki teleskop suatu hari nanti).
Sambil-sambil tu dok bincang pasal duit poket Faiz nanti. Aku tak pasti nak bagi berapa sebab sekolahnya sampai ke petang. Takkan nak bagi seringgit dua kot, nanti kelaparan pulak. Mungkin pagi nak kena bawa bekal. Aku dan abahnya dah mula excited ni, siap ambil cuti dan nak bawa kamera masa hari pertama sekolah hehehe.. semuanya mengingatkan aku tentang hari pertama persekolahan aku masa darjah satu dahulu...
Wan hantar aku kesekolah dengan menaiki basikal tuanya. Selesai pendaftaran, Wan bawak aku round-round sekolah, tunjuk kat mana kelas, bilik air dan kantin. Selepas tu Wan pulang dan berjanji akan datang pada pukul 12 tengahari. You know, I was a good girl ehhehe, tak nangis pun sebab excited. Pukul 12 Wan datang dan kami pulang dalam 12.30 tengahari bersama Wan yang mengayuh basikal tua.
I miss you Wan, I love you so much! Nak hantar anak aku ke sekolah ni aku tak pernah lepas dari teringatkan Wan..


No comments:

Post a Comment