My pet? hheheh
Bila tengok belakang kunyit ni, teringat masa kecik-kecik dulu selalu dok tangkap.
Tapi bila besar (dan tua :) ), aku tak berani nak pegang langsung, rasa geli camna ntah. Aku tak berapa suka (aku tak suka sebenarnya !) serangga berkaki panjang macam belalang, mentadak, labah-labah (tapi labah-labah bukan serangga), katak hijau (dalam bilik air kat kampung tuu), binatang suka merayap macam lipas..eeee boleh terjerit terlolong la kalau kena badan aku.
Beberapa hari lepas semasa aku dok masak kat dapur, encik habibi masuk dari pintu dapur sambil menunjukkan belalang kunyit ni kat anak-anak. Dia jumpa masa dok berkebun kat belakang. Aku tengok je lah diorang dok main, jangan harap aku nak pegang!
No comments:
Post a Comment