Saturday, June 8, 2013

I met him!

Hai!
Aku kat kampung mertua sekarang ni. Kelmarin ada kenduri kesyukuran kat sini, ramai ipar duai dan 'beras'  (tiru P. Ramlee) berkumpul di sini. Anak-anak pulak jumpa geng diorang, jalan merata kampung, risau jugak tapi diorang dok berbasikal dalam kumpulan serta dilarang bermain di jalan besar. Setakat masuk lorong-lorong rumah orang kampung aje. Main sampai tak ingat nak makan.
Mungkin petang ni kami balik ke rumah, sebab esok aku kerja. Oleh kerana aku dan habibi bekerja berlainan negeri sekarang, maka cuti kami pun berselisihla, tak boleh cuti weekend sama-sama macam selalu.
Oh ya, aku cuma nak ceritakan tentang mimpi aku semalam.
Dah lama aku tak mimpikan Wan yang betul-betul jelas di kepala aku ni.
Setiap hari dok teringat Wan walaupun dah hampir 2 tahun Wan pergi.
Semalam aku tido nyenyak setelah selesai kenduri. Dalam pukul 12 malam aku tido setelah tensen dengan line internet yang slow.
Dan semalam aku bermimpi.
Dalam mimpi aku, aku dan kakak ke kedai kopi Wan. Gambaran kedai kopi tu masih jelas di kepala aku, dalam mimpi tu sama macam yang keadaan kedai kopi Wan dahulu walaupun sekarang dah dirobohkan kedai yang diperbuat daripada papan tu dan digantikan dengan dinding konkrit.
Aku mimpi aku masuk ke dalam kedai tersebut. Dalam mimpi itu, aku rindukan Wan dan terbayang-bayangkan Wan yang sedang bekerja di kedai. Ketika sedang feeling, tiba-tiba Wan hadir di depan aku berdiri dan tersenyum. Aku sangat gembira, lalu memeluk Wan yang tidak berkata walaupun sepatah. Aku rasa macam aku betul-betul jumpa Wan, gembira sangat. Selepas tu aku melihat Wan menyusun kepingan papan pintu seperti yang aku pernah ceritakan dalam entry sebelum ni, di mana ketika kecil aku turut membantu Wan menyusun kepingan papan bernombor sebelum kami pulang ke rumah di waktu petang. Aku hanya memerhatikan Wan dalam mimpi itu, melihatnya menyelesaikan kerja-kerja di kedai kopinya sebelum pulang, sepertimana situasi sebenar yang pernah aku lalui bersama Wan. Wan tidak berkata apa-apa dalam mimpi semalam.
Bila aku sedar pagi tadi, aku ingat dengan jelas 'pertemuan' kami semalam. Dan aku yakin, aku memang berjumpa dengan Wan semalam. Hati rasa sangat bahagia dan gembira walaupun kami jumpa hanya dalam mimpi. Aku dapat rasakan, Wan juga merindui aku. Bila dok ingat balik tadi, rasa macam nak menangis pun ada, rindu sungguh. Hanya doa kepada Allah sahaja yang aku panjatkan setiap hari.
Dah hampir 2 tahun, tapi rasa macam baru aje, rasa macam kenangan yang kami lalui bersama tu macam baru semalam berlaku. Bukan aku seorang aje, kakak aku lagi tragis bila ingatkan Wan siap teresak-esak lagi. Air mata kerinduan seorang anak terhadap seorang ayah yang berkorban segalanya untuk anak-anaknya. He is so kind and loving walaupun sangat garang dan tegas.
I just miss him so much.....
always...

2 comments:

  1. org ckp klu kita mimpi org meninggal kena sedekahkan surah yassin kan??byk2 bersabar kak yer,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ebabah, macam-macam pendapat, ada kata mimpi tu mainan tidur, tapi at least boleh 'jumpa' ehhehe...
      ebabah boleh email saya mek_933@yahoo.com, facebook banyak dok merepek aje dalam tu hehehe :)

      Delete