Monday, June 10, 2013

sekarang baru aku faham...

alhamdulillah...
sejak bekerja di tempat baru ni, rezeki aku murah. Bukanlah rezeki itu hanya wang ringgit, tapi rezeki dari segi kesenangan dan kemudahan juga.
Aku boleh balik awal ke rumah, 5.30 petang dah boleh sampai ke rumah, berbanding sebelum ni aku sampai ke rumah 6.30 petang.
Bila balik awal, aku boleh buat kerja lebih awal, boleh kemas rumah, boleh angkat kain, dan boleh masak awal. Habibi dan anak-anak boleh makan awal, dan habibi boleh ke masjid dengan Faiz. Dulu pun sepatutnya boleh aje kan, tapi kelapangan ini sepatutnya tak boleh dijadikan alasan lagi. Bukankah kelapangan juga satu rezeki? alhamdulillah..
lepas tu aku juga boleh siapkan baju untuk esok hari dengan lebih awal, dan, tido awal, apa lagi nak di kata, alhamdulillah....
minyak petrol juga memang jimat banyak. Kalau dulu, isi RM60 tu boleh tahan seminggu je, tapi kali ni, hampir 2 minggu belum refill lagi, alhamdulillah.... Allah beri nikmat yang tak terkira. Bekerja dekat dengan rumah, nikmat Allah mana lagi yang aku dustakan? Orang lain ulang alik pergi kerja dengan kesesakan dan mengharungi perjalanan yang jauh, tapi aku hanya melalui jalan yang lancar tanpa jem, syukur....
Sekarang baru aku faham....
aku baru faham kenapa doa-doa aku sebelum ini tidak termakbul...
rupa-rupanya Allah nak bagi yang terbaik untuk aku dan keluarga.
Aku pernah tertanya-tanya, kenapa aku tak dapat kerja kat **** dan *****, sedangkan tempat tu dekat dengan rumah sewa aku yang lama, naik motor 3 minit aje. Aku juga tertanya-tanya, kenapa tak dapat langsung kerja private berdekatan rumah aku, aku terus bertanya kenapa dan kenapa? kenapa tidak ada rezeki untukku?
Jawapan untuk persoalan itu aku hanya temui setelah beberapa tahun kemudian. Setelah aku lalui ujian dan liku-liku yang mencabar jiwa dan raga, setelah bersusah payah terlebih dahulu. Allah dah rancang baik punya untuk aku dan keluarga. Aku tak pernah tahu pun yang beberapa tahun kemudian aku akan beli rumah di *** dan dapat kerja idaman dan dekat pula dengan rumah. Aku tak pernah tahu, tapi Allah Maha Mengetahui!

Benarlah kata-kata Allah,

 "Sesungguhnya setelah kesulitan ada kesenangan....sesungguhnya setelah kesulitan ada kesenangan.."

Aku faham sekarang, ampunkan aku ya Allah kerana tidak sabar, selalu tergesa-gesa. Memang manusia itu kan jenis yang terburu-buru.
Sekarang aku benar-benar faham, dan aku dapat banyak pelajaran daripada perkara yang telah lalu. Semoga aku tidak cepat putus asa di masa akan datang, sebab aku tau Allah akan beri nikmat di kemudian hari. Aku harus bersangka baik dengan Allah.. memang apa yang dilalui selama bertahun-tahun itu bukanlah begitu mudah dilalui, Allah nak uji hamba-Nya, Dia juga nak kita lebih tabah.
Tiada kata yang lebih baik melainkan melafazkan kesyukuran kepada-Nya.
Sekarang ini aku nak fokus kepada kerjaya sahaja.
Aku baru aje dapat skop tugas kelmarin, mencabar juga. Tapi aku tak sabar nak mula.

Ohh Tuhan... aku tidak mampu berkata apa-apa lagi, alhamdulillah... alhamdulillah.....

No comments:

Post a Comment