Wednesday, June 19, 2013

job interview....

Dari dulu lagi aku suka menonton rancangan the Apprentice, sejak bujang lagi. Memang tak pernah missed. Tapi sejak ada anak kecik aku tak sempat nak follow sangat. Tengok kadang-kadang. Sekarang ni pun aku tengok melalui YouTube, senang, boleh pause kalau ada hal hehehe...
The toughest interview katanya, memang tough pun. Dan aku salute sebab ada satu-satunya calon wanita beragama Islam bertudung dalam The Apprentice Asia, Nik Aisyah Amirah Mansor namanya. Bukan calang-calang orang boleh masuk ni, kena ada high reputation dalam kerjaya masing-masing. Nik Aisyah ni baru berumur 25 tahun, muda lagi, lulusan Universiti of Adelaide. Kalau tengok dari namanya tu, macam orang kapong kawe je hehe... tapi tak tahulah..
aku bukan nak cerita pasal tu, tapi nak cerita pasal the toughest interview yang aku lalui, kekekee tough la sangat. Untuk mendapatkan jawatan aku sekarang, aku lalui dulu temuduga bersama senat, pendaftar, pengarah jabatan dan beberapa lagi la yang aku tak kenal pun.
Sebelum interview, ada proses saringan diadakan. Aku dan calon-calon lain dikehendaki menjawab 2 jenis ujian, iaitu ujian IQ dan ujian kesesuaian kerjaya. Alhamdulillah, daripada 30+ calon, aku berjaya dalam saringan tersebut dan termasuk dalam 15 calon yang disenarai pendek ke temuduga pada tengaharinya.
Masalah aku nih, aku jenis sangat takut sebelum interview (bercakap di khalayak), stage fright, tapi alhamdulillah aku pandai cover muehehehhehe, bila aku cakap atau jawab, diorang kata aku nampak confident, tapi sebenarnya nervous nak mampuih.
Ok, 15 orang tadi dibahagikan kepada 3 kumpulan, maknanya 5 orang setiap kumpulan. Dan setiap kumpulan masuk sekaligus, bermaksud 5 calon harus fight di antara satu sama lain dihadapan panel. Bukannya macam forum, tapi diorang akan soal seorang demi seorang. Dan diorang juga akan buka soalan, siapa yang nak jawab dulu. Dan sudah tentunya, kena cakap omputih.
Pengalaman aku lah, jangan berdiam diri apabila ditanya. Jangan hanya tahu biarkan calon lain menjawab. Kita juga harus segera jawab apabila ditanya, jangan asyik tunggu orang jawab dulu, kalau rasa jawapan tu ok, jawab je lah. Kalau tak ok pun, hentam je lah. Diorang ni sebenarnya bukan nak tengok fakta sangat pun, tapi nak tengok macam mana calon-calon tu present themselves. Tapi yang paling penting juga, take your time untuk berfikir sejenak, take a deep breath dan jawab dengan tenang. Kan aku kata, aku pandai berpura-pura walaupun nervous gila hehehehhe.....
Ok baik, apakah soalan yang ditanya? antaranya :

-biodata diri secara ringkas
-pemahaman calon tentang jawatan yang dipohon, dalam kes aku, pegawai teknologi maklumat lah (PTM),
-apakah skill yang penting bagi seorang PTM yang harus ada?-->( jawapannya adalah COMMUNICATION SKILL ya, bukan skill teknikal semata-mata)
-apa kah cara untuk meningkatkan keselamatan data
-apa itu bottleneck
-apa yang paling penting untuk jadi PTM
-apa bahasa pengaturcaraan/ platform yang awak kuasai
-awak boleh ke belajar bahasa pengaturcaraan dalam masa yang singkat?
-kenapa kami mesti ambik awak?( fuh ni goreng sampai hangus hahahha, promote yourself la masa ni)

dan ada la lagi soalannya aku lupa, tapi secara generalnya macam kat atas tu la.
Lagi satu ye, dressing kena kemas, jangan selekeh, you must look presentable and smart tapi bukan seksi hehehe... pakai la bedak sikit, touch up secara simple dan jangan melebih-lebih pulak. Kalau pucat lesi macam hantu kubur tu risau pulak pendaftar tu nak ambik hehhe... yang penting, CERIAAAAAAAA!!!
Tapiiii... walau apa pun, aku nasihatkan banyakkan solat hajat dan berdoa. Mintak sungguh-sungguh kepada Allah agar dipermudahkan soal jawab bersama panel. Berdoa jangan main-main, itu aku tekankan! Allah yang beri rezeki kepada hamba-Nya, kita buat sehabis baik dengan bantuan-Nya.
Bila aku masuk kat tempat sekarang ni, baru aku tau, memang diorang ni perlukan ramai pekerja tetapi bergantung kepada had-had tertentu dan budget. Baru-baru ni masuk meeting, diorang request for technician. Lepas tu ketua unit akan forward kan request ni kepada pendaftar.
Dan, nasihat aku kepada job hunting, bila ada iklan, apply je lah, jangan stop ok ehhehhehe....
selamat maju jayaaa....


take note :

1) interview aku ni takde kabel ok! Allah sahaja lah penolong aku! alhamdulillah, jadi berdoalah!
2) buat orang kampung macam aku nih, cabaran utama adalah nak cakap omputih. Jadi asahkan lidah anda dengan spaghetti biar boleh cakap omputih dengan fasih hehe.. masa jawab soalan pasal security at working place tuh, aku jawab dan jawab, masa tengah jawab tu dalam otak 'ohh.... aku cakap apa nihhh weh, Omai English!!' hahahah, jangan risau, cakap jeee.. jangan senyap!

2 comments: