Seperti biasa, apabila pulang ke Kelate, aku akan ke pasar Siti Khadijah untuk membeli stok rempah ratus, bedak rambai, dan juga tudung bawal. Baru-baru ni aku pegi dengan kakak.
Macam-macam yang dibeli. Aku rembat 2 helai tudung bawal pesen terbaru, nak beli lebih tapi sengkek sebab sehelai dah RM30, yang ni memang comey lah. Sambil tu beli laksa Maheran untuk dimakan hari tu.
Masa nak beli bedak rambai, aku split dengan kakak aku dan janji nak jumpa dia bawah tangga, bertentangan dengan MdDonalds.
Dah selesai beli bedak rambai dan rempah kari, aku ke tempat yang dijanjikan.
Sambil duduk-duduk menyusun barang, aku tengok abang ipar dan anak sedara berlalu pergi tinggal kakak aku yang sedang menyusun barangan. Di sebelahnya terdapat seorang pakcik tua sedang duduk menunggu pelanggan yang datang, dia menjual bunga kantan.
Bila aku mendekati kakak, aku tengok matanya macam berair kemerahan.
"Ni pasal apa pulak nih? " tanyaku (setelah diterjemahkan dari loghat Kelate).
"Mu gaduh ke?" tanya aku lagi confuse...
" Ingat aku gila ke nak gaduh depan orang..." kata kakak aku sambil duduk huhuuuuu.. mana la aku tau, sebab aku nampak abang ipar berlalu pergi meninggalkannya sendiri.
Aku bagi chance dia calm down, tapi nampaknya tangisnya makin lebat. Ayyoyyoo what had happened?
"Macam Wan...." katanya sambil mengesat air mata dengan tudung...
"Mana..mana?".. tanya aku sambil tercari-cari...
kakak aku kata kat sebelahnya...
oh... pakcik yang jual bunga kantan tu ke...
lalu aku pun duduk diantara kakak aku dan pakcik tu sambil kaki terjuntai ke bawah...
susuk badan pakcik tu kurus dan wajahnya kelihatan macam Wan aje, dengan imej berkopiah, memang syahdu tengok dia, dah tua macam ni pun masih kena kerja cari duit.
"Pakcik tinggal kat mana?"
"Pakcik tinggal **** ( aku lupa tapi kat kawasan Peringat)"...
"Pakcik datang naik apa?"
"Pakcik datang naik kereta sewa....balik nanti naik bas,jimat sikit.."
huhuuu aku terkedu....
lagi-lagi bila menjeling ke kanan tempat duduk pakcik tu, ada 2,3 ikat bunga kantan yang setiap ikatnya terdiri daripada 3 batang bunga kantang yang segar bugar dan dijual dengan harga seringgit seikat.
"Mek tinggal di mana?" tanya pakcik tu.. errr,,,kat sini orang perempuan muda-muda dipanggil mek hehehe...
"Kat Kedah pakcik..balik kampung..."
ketika itu ada seorang pemuda yang datang membeli bunga kantan yang dijualnya.
Kami pun masa tu berkemas-kemas mau pulang, tak sempat nak bersembang. Mau aje aku berikan no telefonku kepadanya dan suruh dia call jika memerlukan, tapi tak terbuat pulak.
Sebelum pulang, kakak aku ada menghulurkan sesuatu kepada pakcik itu.
Umurnya mungkin sebaya Wan.
Kata kakak, dia sedih melihat pakcik itu. Datang dari jauh untuk jual beberapa ikat bunga kantan yang mana kalau dicongak pendapatannya hari tu, entah sampai ke tidak RM10.
Kata kakak aku kat pakcik tu, kat KL mahal nih bunga kantan nih.
Kata pakcik tuh, jauh sangat pulak nak gi KL tu, tak berbaloi huhuuuu....
selepas tu kami beredar meninggalkan pakcik tersebut, lupa pulak nak snap gambar sebab sadis pulak tengok kakak aku huhu...
dibelinya 3 ikat bunga kantan... tapi beli sesaje tak buat apa-apa pun, akhirnya suruh kakak ipar amik bawak pegi KL.
sebenarnya ini bukan pengalaman pertama aku, sebelum ini pun pernah jumpa makcik yang datang dari kampung naik bas mini, datang jual pucuk-pucuk sayur yang dipetik di sekitar rumah. Hasil jualan pada hari itu digunakan untuk membeli keperluan harian lalu dibawa pulang ke rumah. Tapi aku kagum, walaupun susah, tapi mereka tidak meminta-minta, dan bekerja selagi masih ada kudrat.
Kata aku kepada kakak, Wan lebih beruntung sebab tak perlu bekerja di hari tuanya. Semasa muda dah berpenat lelah bekerja membesarkan anak-anak. Bila anak-anak dah besar, Wan boleh berehat di rumah tumpukan kepada amal ibadat sahaja.
Hari ni genap 2 tahun kami bawa Wan keluar ke pasar Siti Khadijah buat kali terakhir pada 5 Jun 2011.
Aku ada snap gambar kakak aku, nanti aku upload bila free.
Rindu kami pada Wan tak pernah hilang....
al-fatihah....
No comments:
Post a Comment