Friday, April 13, 2012

Kenapa bagi nama Faiz kat Faiz?

Ketika aku sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur, si abang berkata di pintu dapur,

Faiz : Kenapa mama bagi nama Faiz (kat Faiz)?
Aku : Kenapa pulak, nak nama apa?
Faiz : Kenapa tak bagi nama Khairul Fahmi Che Mat?
Aku : aaaaaa..... (nasibla anak oii.... bapak kamu bukan Che Mat!)


pssssttt... aku curi-curi snap gambar dia tadi. Nampak macam aksi goalkeeper, tapi sebenarnya tengah berjoget-joget dengar lagu tema Ultraman kat laptop.

Monday, April 9, 2012

Wargghhhh.......

Isk...isk....

Ohh......

aaaaa.........

Sunday, April 8, 2012

Mak dah balik...sedihla..

kelmarin tengahari macam sekang ni aku hantar mak aku kat Jalan Kuala Ketil, balik Kelantan. Sebab abang aku tak berapa tau jalan kat situ, kami hantar keluar dari bandar sungai petani.
Rasa macam baruuu je semalam mak aku tido kat sini dengan aku, isk isk.. cepat sungguh masa berlalu. Tup tup rumah ni dah sunyi.

Dan aku pulak kembali kepada rutin asal nak buat projek.
4 hari mak aku kat sini, aku jadi gemuk sebab makan banyak hehehe... aku masak makanan kegemaran mak aku seperti sayur lemak. Bukan susah pun nak masak, makanan orang kampung. Tak perlu masak merah, masak kicap semua tu. Ada budu, tempoyak, ulam, perghhh... haaa akibatnya aku gemuk dah niii... makan nasi sampai tengah malam. Dan aku juga kalut masa hari pertama tu sebab cari barang tak jumpa dalam bilik stor. Cari lesung, pinggan mangkuk, sudip... kan aku baru pindah.

Pada hari Jumaat iaitu selepas semalaman tido di sini, mak aku bercerita pada Subuh hari, yang dia mimpikan Wan. Dia sangat gembira sebab ini adalah pertama kali dia mimpikan Wan. Katanya muka Wan sangat manis dalam mimpinya itu. Sebelum ni dia selalu kata Wan 'merajuk' dengannya, sebab tak muncul pun dalam mimpinya.

Aku harap mak aku sihatla sebab dia nampak sangat happy datang sini. Kami bawa dia pusing-pusing pegi taman, makan ikan bakar kat Kuala Perlis, makan cendol kat Jo Cendul tepi highway kat Jitra, bawa pusing market, bawa ke pasar tanjung Dawai di samping ke rumah mertua aku. Okla tu dia seronok dan excited nak datang lagi. Dia kata kalau boleh duduk lagi lama kan best. Tapi abang aku kena kerja Isnin iaitu hari ni. Aku suruh duduk sini sampai hujung bulan ni tapi dia tak mau. Aku memang tau dia takkan mau punya hehehe.... mana dia boleh tinggalkan rumahnya lama-lama.

Semuanya berkenaan emosi, if she's happy, she's healthy. So tanggungjawab anak-anak adalah memastikan ibubapa gembira. Abang aku berpesan supaya adik beradik berkorbanla sedikit seorang supaya pulang ke kampung sekerap mungkin. Kata abangku, bukannya nak kena pulang setiap minggu, kalau berpakat sesama adik beradik benda tu takkan jadi susah. Katanya lagi, kalau la dia anak sulung, dia akan pegi rotan sekor-sekor supaya sacrifice sedikit untuk emak dan sepakat menjenguknya secara konsisten. Huhuu maklumla ada yang liat. Kalau sorang dua je yang jaga sungguh-sungguh, yang lain akan lepas tangan dan jadi culas, sebab rasa secure bahawa dan ada adik beradik lain yang jaga. So fikir-fikirkan! peringatan ini untuk aku juga..


ps: Jarang ada orang tua yang nak duduk dengan anak. Dia nak anak yang pulang jenguk dia. Kalau ada yang boleh pun, masih ramai yang tak boleh. Aku dengar banyak kes macam mak aku. Dia rela dok rumah sorang-sorang kat kampung dari duduk rumah anak-anak. Sekarang kita boleh kata macam-macam sebab kita belum tua dan masih sihat, agak-agak kita nanti camna ye?

Thursday, April 5, 2012

my mom is coming yay!!!

alhamdulillah mak aku nak datang, dia dah dalam perjalanan pun sekarang ni!
syukur dia nak datang walaupun badan masih uzur, aku harap nanti dia gembira datang ke sini..
aku nak bawa round-round Kedah-Perlis. Aku harap mak aku happy!

Sebenarnya aku sambung cuti tanpa gaji,
cuma kelmarin dan hari ni aku datang kerja sebab ada lawatan MQA untuk course HR dan Accounting.

Sekarang ni aku kat lab encik habibi kat tempat kerjanya. Dia ada kelas dalam bengkel, so aku ikut duduk dalam bengkel penuh dengan mesin-mesin grinding nih. Tengok budak-budak ni muda belia lagi.. teringat zaman belajar kat UKM dulu...

Kejap lagi insyaAllah aku nak beli ikan bakar kat Kuala Perlis. Nanti petang mak aku sampai, bolehla makan ikan bakar kat rumah. Nanti esok baru aku nak bawa diorang makan kat tepi laut Kuala Perlis. Mak aku belum pernah makan kat sana, setakat lalu je masa hujung tahun lepas bila pulang dari Pulau Langkawi.

Huhuu tak sabar jumpa mak, abang dan keluarganya. Semoga diorang selamat sampai, amin.

Wednesday, April 4, 2012

My mom needs me...

Mak aku kena high blood pressure...
kerana memikirkan banyak perkara dan rindukan anak-anak, mak aku dilanda kesepian dan darah tingginya naik.

She needs me right now....
kena balik ni, tapi tak pasti bila, insyaAllah...

Monday, April 2, 2012

entry sebelum tidur...



Hihiii kelakarla bila check beg diorang ni, macam-macam ada...
baru lepas siapkan beg sekolah diorang. Biasanya aku buat pagi-pagi masa nak pegi sekolah, skang ni nak buat awal-awal. Ala bukan apa sangat pun, bubuh baju dan buku, check kotak pensel dan asahkan pensel/kaler yang patah.

Hmmm...saja nak update pagi-pagi buta ni...
bila aku on netbook, aku mesti menatap gambar Wan kat desktop....
bila aku buka blog, aku mesti scroll down kat gambar Wan, sambil melihat wajahnya buat seketika, selepas tu baru aku buat benda lain.
Kat handphone aku pun wallpaper gambar Wan. Hari-hari aku tatap gambar Wan, sambil dalam hati mendoakannya tanpa henti. Bila aku lihat wajahnya, mesti aku tertanya-tanya bagaimana keadaan Wan sekarang, Wan sedang buat apa ye? semoga Wan baik-baik saja... cuma aku rindu la kat Wan. Setiap kali tengok gambar Wan, perasaan rindu membuak-buak, nak menangis tak buleh (tak cukup effort untuk menangis) sebab masa yang berlalu telah sedikit sebanyak telah mengubati duka lara di hati. Dah lama tak buat entry pasal Wan.. nanti aku buat entry sentimental lain kali.

Kelmarin aku jumpa supervisor...
dia kata I'm improving, good progress. So keep on moving. Sempat lagi aku buat lawak dengan encik supervisor bila netbook aku lambat gila nak loading,

"Encik N kena sabar, netbook saya lambat macam cipan!"

(erk... terlebih sudah, sebab aku bengang netbook lambat loading)

hahahah supervisor tergelak je. Setiap kali aku jumpa dia, mesti ditanyanya berapa RAM netbook aku ni,

" Setiap minggu En N tanya saya berapa RAM, dan saya tak tau pun.."

kataku sambil tersengih, memang aku tak ambil port, ignorant sungguh. Kalau aku pernah check pun, aku mesti lupa.

Teringat aku masa buat projek degree, aku selalu buat lawak dengan cik supervisor. Aku dan kawan aku di bawah seliaan pensyarah yang sama. Bila turn kawan aku, dia selalu kena marah. Tapi bila turn aku tunjuk progress, cik A mesti tergelak besar dengan aku. Hahhah bukan aku kaki bodek, tapi aku kadang-kadang crack jokes spontaneously walaupun aku nampak serius. Kawan aku jadi bengang sebab dengan aku cik A tu ok je, padahal dengan dia sebelum tu (kami jumpa bersama-sama) kena marah lagi. Bukan salah aku ok, hehehe... nak kata aku pandai ambil hati, tak juga. I am what I am!

oklah aku nak tido, sebenarnya aku kurang mengantuk sebab tadi aku tido, alhamdulillah I'm feeling better...
good nite all...

ke hulu ke hilir dan sekarang aku demam

akibat makan tak menentu, ke hulur ke hilir, penat punggah barang, kemas rumah etc, aku tak berapa sihat sikit. Demam sikit, ulser mulut, sakit kepala dan kepenatan. Aku jadi kelaparan sebab nak makan sakit mulut masa nak telan makanan. Lepas tu terpaksa menguruskan FIL di hospital untuk checkup jadi kami berkejaran ke sana ke mari...

Hari ni tukar tadika budak-budak dan jumpa supervisor di UUM...
and the weather is extremely hot! Masa dok dalam kereta aku dapat rasakan bahang yang sangat panas di luar kereta. Mental pun agak stress kebelakangan ini berhadapan dengan kerenah tukang kabinet Melayu. Kami terpaksa push dia gila-gila punya barula dia datang buat. Ada lagi kerjanya yang berbaki, tak tau bila nak datang.

Bila dah officially pindah, at least lega sikit sebab semua barangan seperti peti sejuk dan mesin basuh ada. Nak masak pun no hal walaupun kabinet tak siap.

Perut aku pun sakit... gara-gara makan nasi bungkus.. lepas tu aku bedal makan sushi banyak-banyak kat Tesco kelmarin, adehh....

oklah capek kurasakan, mau tido lah...