Monday, April 16, 2012

Air kelapa itu penawar...

Kat rumah aku kat kampung, mesti ada buah kelapa kat hujung dapur. Kalau ke Kedai Lalat, mesti Wan akan beli. Tapi ianya MESTI ada. Kenapa ya?

Wan dan mak makan ubat setiap hari. Kadang-kadang bermacam-macam jenis ubat dalam satu masa. Lepas tu silap haribulan, termakan tapai, durian dan sebagainya. Akibatnya, badan terasa lemah dan kepeningan, mabuk, lantaran keracunan ubat.

Solutionnya adalah : pergi ke dapur, belah buah kelapa tua (muda pun boleh), minum airnya. Dan insyaAllah memang mujarab. Ini kerana air kelapa mempunyai khasiat anti-carcinogenik iaitu anti tindakbalas kimia dalam badan.

Sebenarnya mak aku keracunan ubat semalam. Selepas makan tapai ubi kayu, dia terus makan ubat darah tinggi sebab dia terlupa. Akibatnya dia mabuk, pening-pening dan berdebar-debar. Lantas dia menelefon abang aku, yang kemudiannya membawa air kelapa pulang. Sejak Wan tiada, dah lama tak beli buah kelapa. Jadi terpaksa beli. Uhhhh... kenapa la dia suka sangat makan tapai ubi kayu tu. Aku tengok pun rasa nak 'marah' sebab selalunya dia akan keracunan bila makan tapai ubi kayu. Kadang-kadang cirit-birit. Tapi makan jugak. Nak buat macam mana dah dia suka.

Tapi itulah kemujaraban air kelapa. Subhanallah yang menciptakan pelbagai penawar yang semulajadi untuk kegunaan kita. FIL pun bila balik dari meracun padi di sawah, biasanya akan minum air kelapa sebab nak hilangkan racun yang mungkin tersedut semasa meracun.

Jadi, korang rajin-rajinla minum ar kelapa. Banyak lagi khasiatnya, korang google la sendiri hehehhe...

2 comments: