Tuesday, April 24, 2012

Rawatan Perubatan Islam Darussyifa

Tadi aku dan abang membawa mak ke Pusat Rawatan Islam Darussyifa cawangan Bachok. Aku google alamatnya kat www.darussyifa.org dan dapat alamat serta nombor ustaz terlibat. Ada 3 cawangan di Kelantan iaitu Bachok, USM Kubang Kerian dan Kuala Krai. Rumah aku dekat aje dengan USM tapi klinik rawatan dibuka pada petang Khamis dan Sabtu aje, jadi kami ke cawangan Bachok yang dibuka pada sebelah malam pada kebanyakan hari (boleh rujuk jadual kat website darussyifa). Cawangan yang kami pergi tadi terletak berdekatan dengan Balai Polis Bachok. Klinik tu dok sebelah kiri sebelum sampai ke Balai Polis yang terletak di sebelah kanan (kalau dari arah Pantai Irama).

Ketika tiba, klinik masih belum dibuka. Ianya merupakan sebuah rumah kampung yang ditampal banner Darussyifa Bachok beserta gambar pengasasnya iaitu Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Tidak lama kemudian ustaz bertugas tiba dengan  menaiki sebuah kereta kancil. Masih muda orangnya, dengan berserban di kepala, aku menyuruh abang aku pergi dulu dan kami mengekori untuk masuk ke dalam rumah. Segan aku jumpa ustaz-ustaz ni hehehe, respect sebenarnya.

Tiba-tiba teringat ketika di UKM semasa aku masuk group Ikatan Studi Islam. Semuanya geng-geng tudung labuh dan ustaz yang berdahi hitam. They were so nice and caring. Sweet memories la masa dulu. Ada sekali tu ada program Qiamullail kat masjid UKM. Kitorang semua tidur kat masjid dan makan dalam talam. Pada sebelah malam ada program seperti panduan solat. Ada ustaz (student Fakulti Pengajian Islam), dia bagi tunjuk ajar pasal rukun-rukun solat. 

Tiba-tiba dia panggil aku, "Ha ustazah, apa dia rukun sembahyang yang ke (berapa ntah aku tak ingat)?

huhuu terus aku rasa nak lari keluar aje. Dah la pangge aku ustazah (semua dia panggil macam tu), mana aku nak ingat rukun semua tu, sebab bila solat, aku buat aje, mana nak ingat secara teori. Hehehe kenangan la. Ada pengalaman masuk tamrin kat dalam hutan. Aku jadi ketua kumpulan kena lalui jalan-jalan dalam hutan dan kena berhadapan dengan facie berkopiah yang akan torture di tengah jalan. Ada sekali tu facie nak ambik token yang kami bawa. Aku sebagai ketua berkeras tak mau bagi. Ala.. biasa la kalau program macam tu, mesti ada token yang kita kena jaga betul-betul. Sebab berkeras tak mau bagi, facie tu lagi la berkeras. Setelah bersoal jawab, lama-lama aku rasa tak tahan, lalu aku pusing belakang dan menangis teresak-esak. Huawahuaaa.... camna boleh nangis nih hihiiiii. Facie tu terus senyap dan cuak bila aku nangis tersedu-sedu. Hehheheh best la masa tu, nostalgia indah bila dikenang kembali. Bila malam, kena meredah hutan sambil diusik oleh facie yang menyamar sebagai hantu di tengah jalan, jadi pocong terbaring la, macam-macam. Ni semua gara-gara tengok ustaz tadi.

Hehehhe ok sambung. Maka bila sampai giliran mak aku, kami bertiga masuk ke dalam sebuah bilik. Ustaz tu duduk di atas kerusi dan mak aku duduk di bawah sambil meluruskan kakinya. Ustaz minta izin untuk pegang kepala emak. Sebelum tu kami diminta mengisi sehelai borang. Kena tulis nama pesakit, nama emak pesakit, umur, alamat, serta penyakit yang dihidapi. Juga ditanya sama ada mak pernah mendapatkan khidmat bomoh. Dan jawapannya adalah tidak pernah hehehe.

Rawatan yang diberikan adalah dengan bacaan doa dan ayat-ayat Al-Quran yang ditiupkan ke dalam sebotol air mineral yang disediakan. (sebelum tu dia tanya, ada bawa air ke tak, kalau tak bawa, kat sana disediakan). Juga dihembuskan ke ubun-ubun emak. Tak sampai 10 minit, selesai. Ustaz juga berpesan supaya mendapatkan 21 helai daun bidara. Selama 3 hari, tumbuk 7 helai daun bidara setiap hari hingga lumat dan campurkan dengan sebaldi air beserta segelas air mineral tadi. Air itu haruslah digunakan untuk membuat bilasan terakhir selepas mandi dan berwudhuk sebelum solat maghrib.Kata ustaz, berdoalah kepada Allah semoga beroleh kesembuhan, insyaAllah. Khidmat yang diberikan adalah percuma. Tapi kalau nak bagi juga, boleh masukkan dalam tabung yang disediakan.

Selepas tu kami pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, hujan sangat la lebatnya. Mak kata, dah lama ta hujan lebat begini. Sangat lebat sampaikan tak nampak jalan. Pergi dan balik kami melalui Kedai Lalat. 

Oh ya, petang tadi aku bawa mak serta saudara sekampung ke tanah perkuburan. Kami lawat pusara Wan, makcik tersebut melawat pusara anaknya, ibunya dan saudara maranya yang lain. InsyaAllah esok nak pegi lagi.

Syukur alhamdulillah mak dah boleh tidur. Dia sedang tidur ketika aku blogging ni. Mak berhadapan dengan masalah tidur sehingga menjejaskan kesihatannya. Semoga asbab rawatan tadi, insyaAllah mak semakin pulih. Semoga Allah merahmati ustaz tadi, amin.

Dan aku rasa mengantuk la pulak......







No comments:

Post a Comment