Saturday, April 21, 2012

Termanggu-manggu...

Dalam sedar tak sedar, rupa-rupanya aku makan nasik sambil menongkat kepala dengan siku di atas meja...
adededeeee.....

********

Semalam aku tidur pukul 3.30 pagi sebab try selesaikan programming error untuk projek aku. Masa tu dah pening-pening lalat dan give up. Lalu aku tidur.

Aku rasa aku tidur nyenyak dan lama apabila aku rasa macam mamai-mamai bila mendengar lagu Permata Ayah Bonda dendangan kumpulan Firdaus yang menjadi ringtone handphone ku....

Tertera nama abang aku.... ini mesti berita kurang baik...
Kata abang aku, mak sakit tak boleh bangun. Uzur benar nampaknya sejak semalam. Abang mengesyorkan agar aku balik memandangkan emak menyebut-nyebut namaku.

Aku yang masih pening-pening lalat ketika itu.... terasa jem pulak kepala otak aku ni...
Sempat aku bercakap dengan emak..

"Emak sakit...balikla...."..... kata mak sambil menangis....


Tiba-tiba aje aku rasa badan aku penuh suspen sampai sejuk kaki tangan dan aku terasa sangat sejuk sampai menggigil. Aku call kakak aku, ntah kenapa ketika bercakap dengan kakak gigi aku berlaga-laga sebab sejuk menggigil. Uhuuu penyakit apa ntah, sebab aku terkejut kot ditambah pula aku baru aje tidur. Masa tu aku tengok jam pukul 5.40 pagi.

Termenung aku sejenak di kerusi.... ini adalah senario biasa bila aku terkejut. Duduk dan termenung sambil termanggu-manggu. Thinking what to do. Senang je kalau nak tau bila aku susah hati. Bila aku duduk diam termenung ke lantai dan tak tau nak buat apa. Kejap-kejap aku belek telefon. Tu tandanya hati risau.

Teringat aku ketika aku bercakap dengan Wan tahun lepas di telefon..

"Tak mengapalah.. tak payah balik. Wan takpa dah (dah ok)..."

dan aku patah balik ke rumah, tak jadi balik Kelantan malam tu.
Rupa-rupanya itu adalah kali terakhir aku bercakap dengan Wan...huhuuuuu.... panggilan bertarikh 3 Julai, 11.07 itu adalah perbualan terakhir aku dengan Wan, sebelum Wan nazak 4 jam selepas itu dan pergi meninggalkan kami pada sebelah petangnya.

Sighh....

dalam pukul 6 aku pergi mengadap habibi yang masih tidur. Sambil memerhatikannya tidur, masa tu macam dah nak sedar bila ku dok mengadapnya sambil bersila.
"Boleh tak mama balik naik bas pagi ni?"
lalu dia terjaga...
"nenek sakit..." kataku...

Maka dipendekkan cerita aku buat temujanji nak jumpa supervisor pada pukul 8.30 pagi dan selepas tu terus ke kaunter tiket untuk tengok bas pukul berapa ada pada pagi ni.
Tengok-tengok kaunter tak banyak yang buka. Ada sebuah kaunter, bas pukul 9.00 pagi. Sambil termundar mandir depan kaunter tiket, aku telefon abang.

Kata abang, mak dah ok sikit selepas makan sedikit nasi. Aku kata aku nak balik malam ni.

Maka aku terus ke UUM. Seperti biasala I was like an idiot when facing my supervisor. We had a discussion on my project and he suggested some solutions.

Selepas itu aku ke stesen bas sekali lagi sebab tadi belum buka masa nak beli. Aku beli tiket malam pukul 9.30 malam. Yeah memang hati terasa berat nak meninggalkan budak-budak ni bersama abahnya. Tapi alasan akan sentiasa ada. Takkan habis. Semua orang ada hal masing-masing yang takkan selesai sampai mati. Semua orang ada tanggungjawab yang takkan habis sampai bila-bila. Aku tak mau memberikan banyak alasan, nanti menyesal seumur hidup kerana banyak sangat alasan dan halangan dan dugaan dan pancaroba untuk tidak pulang menjenguk emak. Ya memang banyak alasan. tapi biarla aku simpan. Susah payah kita harungi dengan bantuan Allah, insyaAllah.

Dan aku nak masak pulak ni. Tadi dah seterika baju habibi untuk beberapa hari.

Oh... rindunya nak jenguk kubur Wan. Kata mak, dah tumbuh dua kuntum bunga.

I miss you Wan..... I wish you were here....

No comments:

Post a Comment