Akhirnya setelah berbulan-bulan sakit hati dan tensen, dek kerana orang tua yang buat kitchen kabinet kami tu buat kerja sambil lewa, maka semalam kesabaran aku sampai tahap maksimum dah selepas aku smash bini orang tua tu. Nak cakap dengan dia sendiri memang tak dapat sebab dia mengelak, asyik bagi bini dia jawab.
Call kali ketiga baru jawab. 2 kali call dia reject. Sebelum tu memang payah nak dapat, sama ada dia off terus handphone atau tak jawab langsung.
Aku dan habibi bukan jenis kurang ajar, atau jenis yang mencarut, atau spesies tarik-tarik rambut dan bertumbuk. Kami masih ada akal supaya tak jadi macam orang bodoh. Sia-sia mak bapak didik kami kalau kami serang orang tua tu macam orang gila.
Cukupla aku smash dia dengan kata-kata pedas. Takda ruang dia nak mencelah, hanya mengiyakan saja. Masa tu dalam kereta. Bila suara aku dah makin meninggi dan start yelling, habibi kat sebelah tengah drive suruh aku calm down. Habibi dah banyak kali sound politely tapi alasan tetap sama, kali ni kasi turn aku pulak. Maknanya, secara officially khidmat dia dah ditamatkan. Aku bagi mukaddimah, nanti habibi bagi ayat penutup pulak. Bila aku dah yelling macam tu, memang aku malas tengok muka dah. Sebab tu aku malas nak sound, bila aku sound, aku smash terus dan lepas tu malas tengok muka.
Diorang tengok muka kami ni macam lurus bendul kot, senang diperbodohkan. Dia tak tau yang kami ni jenis malas gaduh. Kami ni sekolah sampai Universiti bukan nak cari gaduh dan jadi orang bodoh macam dia. Bergaduh dengan orang bodoh ni takda gunanya.
Padan muka, aku sound cukup-cukup. Aku tau, memang dah takda harapan dia nak pasang board kabinet dan almari. Sedangkan kami dah bagi duit sejak bulan Januari lagi. Aku tau, duit yang kami bagi tu dah habis untuk tujuan lain. Bila nak order board tu, dia dah takda duit.
Takpa wahai orang tua kutuk,
kali ni kau menganiaya orang, I curse you, hidup engkau takkan senang. Aku takkan jatuh miskin kerana hal ini, tapi engkau akan semakin jatuh miskin dan papa kedana kerana menganiaya orang. Itu bukan kerja aku. Aku serah pada Allah saja.
No comments:
Post a Comment