Pagi yang damai dan tenang....
kanak-kanak masih tidur..
ini peluang untuk aku study. Tapi kena basuh dan sidai kain, basuh toto dan selimut, dan buat breakfast. Goreng nugget dan teh jadi la kot..nanti bila diorang bangun, nak ke pasar Changlun beli bahan basah. Aku plan nak buat kari daging. Kawan encik habibi akan makan kat sini jadi kena banyak lauk.
Aku dah bagitau kat habibi, maaf sebab tak dapat nak kemas rumah dan hias rumah (aku memang fail hias rumah), nanti bila aku dah settle projek master, dah submit semuanya barulah aku nak fokus kat rumah ni. Buat masa ni aku tak sempat. Sempat masak tu kira ok dah tu hehehehe... lagipun rumah aku ni bukan tahan lama pun kekemasannya, tak sampai 10 minit sepah balik....
Semalam aku tidur awal gila sebab penat seharian dari pagi sebab ada program kat Kok Klang, Perlis. Program perasmian cuti-cuti Malaysia Northern Hunt, ada Raja Muda Perlis. Aku pegi tunjuk muka kat boss, duduk kat booth sekejap lepas tu balik. Lagipun aku bawa semua kanak-kanak ribena. Tengahari pegi cari anak pokok kat nursery. Lepas tu singgah supermarket beli barang. Kemudian petang pegi tengok perabot pulak. Kata habibi masa berjalan kaki ke sebuah kedai, dia rasa mengantuk. So did I. Memang capek sungguh kaki ini.
Balik rumah aku tidur awal lepas maghrib. Aku kata kat habibi tolong take over layan budak-budak boleh tak, sebab aku tak kehabisan battery, letih sungguh..
Pukul 11 aku bangun solat isya lepas tu tidur balik.
Sekarang otak dah fresh, aku nak buat sambung koreja.... kanak-kanak sila tidur lama sikit ye....
No comments:
Post a Comment