Yaaa.... aku sedang menyiapkan draft report tesis untuk dihantar Khamis ini, tapi aku nak hantar besok aje sebab aku malas nak pegi UUM sorang dengan anak-anak, sebab habibi nak pegi KL esok malam sampai la Sabtu. Aku nak hantar cepat-cepat, malas dah aku. Dah lama dok serabut dengan projek. Lepas submit ni, tenteram sikit jiwa dan raga aku. Upgrade sistem je, lepas tu get ready untuk project defense. Dahla evaluator aku tu muka tak mau nak senyum, sabar je lah, semoga segalanya berjalan lancar.
Faiz pulak sakit gigi yang kritikal malam kelmarin, cuma semalam baru dia tido lena sikit. Aku tanya kawan aku, pharmacist, nak kasi ubat apa sebab dokter gigi dah bagi paracetamol dan antibiotik. D ia suggest ibuprofen sebab ianya kuat sikit. Ka farmasi kelmarin dia suggest fenegesit untuk sakit gigi, tapi kawan aku suggest ibuprofen saja sebab ianya lembut dan sesuai untuk budak kecik. Tapi memandangkan Faiz dah ok, memadai aku bagi paracetamol 250mg tu aje lah. Ibuprofen tu standby aje. Ahad depan appointment cabut gigi. Lambat lagi. Itu je le ceritanya sepanjang minggu ni. Kami juga upah orang lain untuk pasang board kabinet dan almari. Kami juga upah orang buat awning belakang rumah.
Aku nak sambung edit draft report aku ni. Aku harap semuanya berjalan lancar, semoga Allah permudahkan, amin...
No comments:
Post a Comment