nak cari kerja lain.....
aihh bila la aku nak dapat kerja lain, dah bosan dah aku dengan tempat kerja sekarang.
Zaman sekarang ni bukan senang nak dapat kerja lain. Yang dah ada kerja macam aku patut bersyukur, tapi aku perlukan suasana baru yang lebih produktif. Suasana kerja sekarang dah tak sesuai dengan jiwa aku sebab keadaan dah tak macam dulu.
Dan dah lama juga aku tak menjenguk website Jobstreet mahupun SPA. Sebabnya aku rasa MENYAMPAH dengan kerenah birokrasi yang menyakitkan hati. Yang aku tau, nak jadi cikgu je senang. Apply cikgu, masuk maktab perguruan dan jadi cikgu. Tapi cikgu buka kerjaya yang aku minati buat masa sekarang.
Lulusan master pun tak semestinya senang dapat kerja. Zaman sekarang ni ada master bukan jaminan pun. Ramai je kawan-kawan aku yang ada master tapi masih tercari-cari kerja. Nak kerja gomen pun bukannya senang. Tapi kalau bapak-bapak orang kuat politik atau kenal repat dengan pihak atasan organisasi, itu dah jadi satu batu loncatan. Ehh.. korang pernah dengar tak anak VIP menganggur? takde kan? paling koman pun kerja dengan syarikat family. Yang kaya jadi makin kaya...yang miskin terus dibelenggu zaman sekarang ni. Tapi kalau nak senang cari makan, orang kata jangan nak harap sangat dengan kerja makan gaji. Tapi realiti nya apa yang dikata tak semudah itu. Setakat nak jual goreng pisang tepi jalan tu boleh la ehhehe...
Aku pernah kata kat habibi, aku nak jual nasi lemak aje lagi bagus daripada makan gaji ehhehehe... (ayat orang putus asa dengan majikan ehhe)..
arghh.... entah apa aku merepek ni.... saja je luahan perasaan rasa nak cari kerja lain..... kerja oh kerja datangla kepada kuuu......
No comments:
Post a Comment