Sunday, April 27, 2014

Daftar mengerjakan haji dengan penyata caruman KSWP

Hai guys!
Anda dah daftar mengerjakan haji dengan Lembaga Tabung Haji?
Kalau sebelum ni kita kena ada wang sekurang-kurangnya RM1300 dalam akaun tabung haji, kali ni lebih mudah! Korang boleh daftar anytime dengan hanya menggunakan penyata KWSP!
Caranya adalah :

1) Mula-mula sekali kena ada akaun tabung haji la
2) Kena ada wang dalam akaun 2 KWSP sekurang-kurangnya RM1300
3) Cetak penyata KWSP
4) Bawa penyata KWSP ke pejabat Lembaga Tabung Haji, dan daftar! Tak sampai 10 minit siap kalau korang dah ada akaun tabung haji. Sooo easy!

Semasa aku buat baru-baru ni, aku tak bawak buku akaun pun. Hanya bawak penyata KWSP je. Anak-anak pulak duit diorang dah cukup dalam akaun tabung haji, kira daftar terus satu family. Sangat convenient! Sebelum ni aku tak tau pun boleh daftar menggunakan penyata KWSP, dok tertangguh-tangguh. Terima kasih kepada kawan aku yang share pasal ni kat Fb, settled! Mengikut slip pendaftaran tu, anggaran nak pegi haji tu tahun 2071!! Tapi itu hanya anggaran saja.
Baik daftar sekarang jom!


No comments:

Post a Comment