Monday, April 21, 2014

Sad day...

Bila aku terlupa pasal handphone aku, masa tu la ada panggilan penting masuk, bila aku dok belek handphone aku, tak ada apa pulak.
Tadi aku dok baca paper kat luar, lama gak, bila aku masuk kat bilik ada miscall dan message.

"Pokse meninggal pagi tadi..."

Innalillahi wainnailaihirojiun....

sedih dan terkejut...
tak sangka...
kelmarin sembang dengan mak, mak kata Pokse dah tenat, tak mau makan ubat, dan dah beberapa hari tak makan nasik.
Sabtu lalu anak Pokse ada sms aku mintak nombor telefon kakak ipar.
Aku yang masa tu ignorance tak tanya apa-apa hanya forward nombor kakak ipar aku.
Rupa-rupanya Pokse dah tak sihat, anaknya mintak tolong kakak ipar aku yang juga seorang doktor untuk tolong masukkan drip air. Dulu pun kakak ipar aku dok buat kat Wan dan mak kalau sakit.

Pokse sebenarnya merupakan kaum keluarga merangkap jiran rapat aku, jiran depan rumah. Isterinya adalah adik Makbah, diorang ni nenek sepupu aku.
Dari kecik memang kiranya aku membesar depan mata dia la.
Masa aku kecik-kecik macam Izzati, Pokse selalu dukung aku lambung-lambung tinggi huhuuu..sedih...
teringat aku kat Wan yang suka dukung aku dan hayun-hayun sambil cakap (ada tone dan rythm tersendiri yang kakak-kakak aku selalu ajuk)

" mekkkkk busuk banga!!"
"anokkkkk bongsu sapo??"

how sad.... so many old people left one after another...
sebelum tu Wan, diikuti Makbah pada tahun seterusnya, dan diikuti oleh Pokse pada tahun ini. Sederet rumah. Kali ni bila aku ke kubur Wan, aku akan lawat Pokse sekali selepas Makbah.
Rasa terkilan...
sebab biasa dok lalu depan rumah dia, atau beli barang kat kedai runcit dia, macam aku tak berusaha bersungguh-sungguh nak sembang lama-lama. Dia selalu tanya aku, bila balik? Tapi I'm glad aku ada mintak maaf ngan dia bila jumpa masa balik, tapi aku sebenarnya lupa bila kali terakhir aku sembang ngan dia, selalu nampak dia dok buat wau bulan depan rumah.
Pokse jatuh daripada bumbung rumah 8 tahun lalu, menjadikannya lumpuh paras pinggang dan hanya mampu duduk di wheelchair saja, dia masih mampu drive tapi kereta yang diubahsuai, untuk membeli barangan kedai runcitnya. Huhuuu aku jauh susah nak balik, kalau balik pun tak dapat tengok. Sejak lumpuh, Pokse jadi tak sihat dan selalu sakit-sakit. Pokse juga kena kencing manis.
How ignorant, lepas ni balik nak jumpa Pokseng pulak, sahabat baik Wan dunia akhirat. Baik aku jumpa dan bersembang-sembang sementara diorang masih ada ni. Pokseng pun sama juga, aku lalu depan rumah dia kalau dia ada kat depan rumah baru aku berhenti dan sembang. Kalau dia tutup pintu aku tak ketuk la.
I doakan agar Pokseng panjang umur dan sihat selalu. Tengok mukanya dah rasa sedih sebab dok terbayang dia bersahabat dengan Wan dari muda lagi.

gambar dengan Pokseng pada minggu-minggu pertama Wan meninggal, kena ambik gambar terbaru nih!


Semoga Allah merahmati kalian semua...



No comments:

Post a Comment