bila la agaknya aku boleh jadi morning person ni? sebab aku sejak azali lagi adalah bukan morning person.
Aku kagum dengan kawan aku nih, sejak anak dara sampaila dah beranak pinak, maintain bangun pukul 5 pagi setiap hari! wah wah wah itu adalah azam aku zaman berzaman yang agak susah dilaksanakan iaitu bangun awal pagi.
Aku biasa bangun ngam-ngam aje dengan persiapan asas nak ke tempat kerja.
Kata kawan aku tu, disebabkan dia dibesarkan oleh neneknya, jadi neneknya akan mengejutkannya bangun pukul 5 pagi setiap hari. Bangun pagi buat kerja rumah, basuh kain, masak sarapan, solat berjemaah dan mengemas rumah. Patutla dia seorang yang sangat organized, sebab bila bangun awal pagi, banyak kerja rumah berjaya diselesaikan. Makanan pagi juga berkualiti dan teratur. Bila balik kerja rumah dah kemas dan bersih.
Aku ni terbalik pulak, bila balik kerja petang baru nak kemas rumah, masa tu dahla letih. Jadi la kerja tak sempurna. Weekend la aku nak buat kerja sempurna pun. Padahal bila bangun dari tido masa tu le otak lagi fresh untuk buat kerja.
Kata kawan aku lagi, masa kat U, ada lagi kawannya yang bangun awal setiap pagi iaitu 4.30 pagi hehehhehe.... bangun basuh kain.
ohhh cabaran sungguh ni, manyak susaahhhh!!! Pecah record Guinness kalau aku buat camni.
Tapi itu aje solutionnya kalau nak rumah teratur setiap hari. Makan pakai pun perfect kalau camtu.
Cuma aku rasa pada siang hari akan jadi mengantuk la, tapi kalau dah biasa mungkin tak ngantuk.
Mak mertua sayang nih kalau bangun pukul 5 pagi dan buat kuih tradisional hehehe...
Lecturer aku dulu pun dulu ramai jenis bangun awal camni untuk buat kerja dengan lebih terancang.
Masa tu la pun kan nak buat amalan sunat ke, mengaji ke, berdoa dengan khusyuk ke, ni siang ke malam kelam kabut aje.
Bila aku boleh buat niiiiii......
teruk teruk teruk... memang teruk!!
No comments:
Post a Comment