Semasa aku buat degree dulu, ada kawan yang cilok projek di Internet jadikannya sebagai projek tahun akhir. Dia tak kantoi dan dapat A untuk tesis celupnya.
Masa zaman aku sambung master, ada beberapa kes di sekeliling aku yang ubahsuai projek orang dan jadikan tesisnya. Kemudian ada kes upah orang buat sistem aplikasi, dan ada juga buat kerja mengambil upah buat assignment!
Oh my apa korang buat nih?
Aku bersusah payah buat sendiri projek akhir degree dan master, alhamdulillah aku dapat A-. Tu pun habis kudrat dan usaha dilakukan. Aku puas hati walaupun dapat A-, segala ranjau dan liku aku harungi aku rasa berbaloi dengan ilmu yang aku dapat. Berbanding dengan upah orang buat, yeah memang score tapi you shouldn't feel proud of it because it's not your effort!
Yang upah tu satu hal, yang ambik upah dua kali hal!
Think again weh, kerja tu dah tak bermoral dan berunsurkan penipuan, pahtu boleh pulak ambik upah tolong buat penipuan atas nama pertolongan? whohoo aku takkan buat benda-benda macam ni sebab aku ada prinsip. Kalau nak mintak idea sikit-sikit tu lainla, ni orang lain yang tolong buatkan dan kemudian anda mendapat markah yang sangat cemerlang.
Ohh sangatla immoral! sorry to say, that's is so immoral and unethical!
Aku ada abang yang expert dalam bidang sistem maklumat ni tapi dia takkan tolong aku buat sistem. Dia hanya bagi guide apa yang aku kena study dan explore. Kalau nak jadi unethical and score to the maximum tu bulehla aku mintak dia buat, tapi of course he won't! Thanks Allah since Wan wasn't an unethical person, so he raised us to work truthfully.
I feel sick when this things become more obvious lately, or I didn't notice?
Aku tak kata la aku baik sangat, tapi ni obvious sangat. Macam pak arab ada yang extreme, terus upah orang masuk kelas dia! Dia tu dok kat mana ntah sebenarnya.
Pada pendapat aku la, examiner tesis tu kena teliti ketika memeriksa projek student. Jangan hanya semak report je. Sepatutnya tanya dia detail tentang cara dia develop sistem tu. Setakat tanya soalan yang boleh dikelentong, memang susah nak jejak la. Ini tidak adil bagi mereka yang bersungguh-sungguh bangunkan sistem, berbanding yang upah tu dapat excellent pulak.
One more thing, it's about how you work and your satisfaction, do you really satisfy with the work done by someone else? And later you are proud to tell your children that you hire someone to finish your assignment?
how 'inspiring'!!! Your children surely will be 'proud' of you...
No comments:
Post a Comment